Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Rabu, 18 April 2012

GERHANA CINTA LUKA 4


EPISODE 4
Dia resah sendiri, sejak semalam dia mundar mandir didalam biliknya. Kepalanya yang tidak gatal digaru, sana-sini dia mendengar orang bercerita tentang hal itu dan dia tahu pihak polis sedang giat melakukan siasatan, tadinya dia ada melihat sekatan jalan diadakan di sempadan antara pekan ini dengan pekan yang berdekatan.
Dia tahu lambat laun pihak polis akan dapat menangkap siapa pelakunya. Bibirnya digigit kuat, jantungnya pantas berdengup, kebimbangan mula terasa. Tanpa berfikir panjang, beg besar yang tersimpan dibawah katil dikeluarkan.




Almari dibuka sebelum dia mengeluarkan hampir semua pakaian yang ada lalu disumbat kedalam beg. Dia tergesa-gesa keluar dari rumah tanpa ada sesiapa yang menyedari kehilangannya. Dia sudah bertekad yang di perlu keluar dari pekan ini secepat mungkin.
            Dia sanggup berjalan kaki dari  menumpang, dia bimbang jika ada yang bertanya kemana dia hendak pergi lewat malam begini. Dia tahu semua orang mengenalinya.
            "Aku tak boleh tinggal kat sini lagi, aku kena pergi sejauh mungkin." ujarnya perlahan.
            Pintu belakang dibuka, dia keluar senyap-senyap tanpa menghiraukan pertengkaran ibubapanya. Dia sudah tekad uantuk pergi sejauh mungkin dan tidak akan menoleh ke belakang lagi.
            Langkah kakinya dipercepatkan, membelah kepekatan malam untuk keluar dari pekan kecil yang menjadi tempat kelahirannya itu. Dia tahu keluarganya tidak akan peduli tentang kehilangan dia, lebih-lebih lagi ayahnya.
            Lelaki itu tidak layak bergelar seorang ayah, hidupnya hanya bergantung atas hasil titik peluh ibu. Dia tidak pernah memikirkan kehendak keluarga, yang dia tahu kemahuannya harus dipenuhi.




            Air  mata yang menitis dikesat dengan hujung lengan, dia takut, sungguh dia takut. Dia tidak berniat untuk mencederakan gadis itu, dia cuma tidak mahu gadis itu membongkar rahsianya. Benar dia tidak sengaja menjerut leher gadis itu, dia cuma mahu gadis itu diam.
            Masih terbayang diruang matanya, betapa menggigilnya dia bila melihat tubuh gadis itu yang sudah tidak bernyawa.
            "Aku minta maaf, aku tak ada niat nak bunuh kau. Kalau kau janji yang kau takkan bagitau sesiapa tentang rancangan aku, tentu aku tak bunuh kau. Kau jangan salahkan aku, kau kena salahkan dia." bebelnya sendirian.
            Ketika majlis pengkebumian gadis itu berlangsung semalam, dia hanya duduk diluar pagar, tidak berani masuk. Dia hanya memerhati dari jauh. Jelas terbayang diruang matanya, wajah ibubapa gadis itu yang keruh, mahu saja dia meluru kesana dan meminta maaf tapi dia tidak berani, dia tidak mahu menghabiskan masanya dipenjara.
            ”Saya minta maaf makcik, pakcik. Saya tak ada niat nak bunuh anak makcik dan pakcik. Saya tak sengaja, sungguh tak sengaja. Dia yang memaksa saya bertindak begitu. Tolong jangan salahkan saya, salahkan anak makcik sendiri.” bebelnya lagi.




            Dia berdiri dihadapan sebuah rumah besar, pandangannya dihala kekiri dan kanan, mahu memastikan tiada siapa yang melihat dia disitu. Kepalanya dijenguk kearah bilik gadis itu dari luar pagar, gelap. Pasti gadis itu sedang lena.
            Dendamnya pada gadis itu kian membara, dia benci melihat gadis itu yang sering mendapat perhatian lelaki. Satu hari nanti, dia pasti akan musnahkan hidup gadis itu, itu janjinya.
            Nota kecil dimasukkan kedalam peti surat, pantas kakinya terus melangkah meninggalkan rumah besar itu dengan seribu dendam tersemat kukuh dihati.




            Pintu gerbang yang menjadi penanda sempadan kelihatan berbalam-balam didalam remang cahaya pagi. Mentari pagi diufuk timur sudah mula menebarkan cahayanya.
            Sebaik sahaja pintu gerbang dilepasi, yang menandakan  bahawa dia sudah berada di Pekan berikutnya, dia menarik nafas lega. Perjalanan diteruskan sehingga tiba di stesen bas yang terletak dipekan itu.
            Dia menjengah kekiri dan kanan, mencari pondok yang menjual tiket bas. Sebolehnya dia mahu cepat pergi, biar tiada siapa yang dapat mengesannya lagi.
”Maaf pakcik, bas ke Lacerta yang paling awal bertolak pukul berapa?.” tanyanya pada penjual tiket bas.
            ”Kejap lagi bertolaklah, baik anak cepat.” ujar lelaki itu, dia menghulurkan tiket bas sebagai pertukaran dengan duit yang dihulur padanya.
            ”Terima kasih pakcik.” ujarnya sebelum berlalu menuju kearah yang sepatutnya.
            "Aku akan kembali semula suatu hari nanti, kau tunggu sajalah." jeritnya dalam hati. Bas yang dinaikinya bergerak laju menghala kearah Lacerta.




            Andrea termenung memandang mentari pagi yang mula bersinar menerangi alam. Gelang hitam dibawah matanya jelas kelihatan, sudah beberapa hari dia tidak dapat tidur lena. Jeritan suara Hannah sentiasa menghantui mimpinya.
            Lututnya dipeluk kemas, dia menongkat dagunya diatas lutut sambil memandang tepat kearah ufuk timur. Beburung sudah mula keluar dari sarangnya.
            Makcik Jane menggelengkan kepalanya, sedih melihat anak buahnya begitu. Andrea seolah-olah hilang semangat untuk meneruskan hidup. Wajah Andrea dipandang sayu, air matanya menitis.
           
”Kau tengoklah Ann tu, dah beberapa hari dia tidak tidur. Makan pun dia tak hirau. Hari-hari dia duduk atas bumbung tu, mengadap langit. Aku sedih sangat tengok dia macam tu. Tiap kali ditanya, dia akan kata....Ann nak cari bintang yang paling terang, nanti pasti Hannah balik.” ujar makcik Jane dengan linangan air mata.
”Sabarlah Jane....kita berdoa saja semoga Ann tabah  untuk hadapi dugaan ini, semoga dia boleh menerima kenyataan.” pujuk makcik Lucy. Makcik Jane mengangguk. Dia meneruskan kerjanya menyiram pokok bunga dan membiarkan Andrea tenggelam dalam dunianya sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan