Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Rabu, 18 April 2012

GERHANA CINTA LUKA 6


EPISODE 6
Andrea menggenggam erat jambangan bunga lily putih kegemaran Hannah ditangan. Rentak kakinya perlahan menghampiri tebing Tasik Aquamarine yang beralun tenang. Dia duduk mengadap tasik, tunduk dan memejamkan mata.
Mindanya seolah-olah dapat merakam jeritan Hannah meminta pertolongannya, bagaimana rakusnya pembunuh itu memperlakukan Hannah dengan tidak wajar. Dia menangis, menangis kerana tidak berjaya menghulurkan pertolongan saat sahabatnya itu meminta.
“Maafkan aku Hannah, aku tak berdaya nak tuntut keadilan untuk kau sekarang tapi aku janji yang aku takkan berhenti berusaha untuk cari pembunuh kau.” bisik Andrea perlahan. Air matanya gugur setitis demi setitis.
Wajah Hannah yang muncul dipermukaan tasik dengan senyuman disambut dengan deraian air mata. Sebak terasa mencengkam dada, sehinggakan dia seolah-olah tidak boleh bernafas.




Andrea tersentak bila terasa bahunya disentuh lembut, wajahnya diangkat, serta-merta senyuman terukir dibibirnya biarpun hambar. Air mata yang mengalir, diseka dengan hujung jari.
“Dah lama sampai?.” Tanya Thalia. Andrea menggeleng.
“Baru je….tak sampai 10 minit pun.” ujar Andrea. Thalia tersenyum, begitu juga Sandra dan Marion.
 Mereka berempat duduk berteleku mengadap tasik dan berdoa sebelum mencampakkan satu persatu kuntuman bunga lily putih kegemaran Hannah. Kuntuman yang jatuh, terus dibawa arus pergi jauh dan hilang dari pandangan.
Mereka tidak pernah melawat kubur Hannah di Tanah perkuburan Primrose kerana bagi mereka, disinilah kubur sebenar Hannah, tempat dimana sahabat mereka itu dibawa pergi jauh dari mereka. Tidak pernah walau seharipun mereka lupa untuk datang kesini melawat, bercerita dan mengenang kenangan lama.




Thalia menarik nafas panjang sebelum bersuara, wajahnya tepat memandang wajah Andrea, Sandra dan Marion. Masing-masing mengangguk perlahan.
“Hannah…..ini kali terakhir kami datang melawat kau. Lepas ni kami takkan datang lagi. Bukan sebab kami dah lupakan kau tapi kami perlu pergi untuk mengejar cita-cita kami. Kita akan berpisah untuk sementara waktu dan bila tamat nanti kami pasti akan kembali semula pada kau.” ujar Thalia. Sandra mengangguk, pandangannya dihalakan kearah Andrea.
“Aku dapat tawaran ke University Of Alamas, dalam bidang fotografi, Thalia akan ke Alamas’s School of business, Sandra pula melanjutkan pengajian ke Alamas’s Institute Of Art & Cullinary dan Marion  memilih Alamas’s School Of Fassion & Design.” ujar Andrea sambil memegang tangan sahabat-sahabatnya.
“Kalaulah kau masih ada dengan kami, tentu Institut Sains Negara bangga menerima kau sebagai graduan mereka. Dan pastinya kau akan membanggakan kami dengan bergelar  ahli astronomi.” ujar Marion. Air mata yang menitis dikesat. Andrea mengangguk.
“Kami janji….kami takkan pergi lama. Walaupun kau dah tak ada, tapi kami bawa semangat dan kenangan kau bersama menemani kami menempuh perjalanan baru. Tunggu kami pulang ya Hannah, pulang bersama kejayaan yang akan membanggakan kau.” ujar Sandra pula.
“Kami pergi dulu…..sehingga kita jumpa lagi, 3 tahun dari sekarang. Selamat tinggal Hannah.” ujar mereka serentak sebelum bangun dan meninggalkan Tasik Aquamarine.




Andrea memandang wajah dihadapannya satu persatu, mereka duduk bersila mengadap antara satu sama lain. Pantas tangannya mencapai tangan Thalia dan Sandra lalu digenggam erat.
“Lusa…..kita semua akan terpisah jauh. Masing-masing akan pergi untuk merealisasikan impian masing-masing dan aku tak pasti kalau kita akan berjumpa lagi lepas ni.” ujar Andrea.
“Jangan cakap macam tu Ann….3 tahun bukan jangka masa yang lama. Pejam celik, pejam celik kita semua akan kembali semula ke pekan ni.” ujar Thalia. Sandra mengangguk.
“Aku tak tahu kalau rumah pokok kita ni masih wujud lagi 3 tahun akan datang ke tak. Entah-entah bila kita balik ke sini nanti, rumah ni dah tumbang menyembah bumi.” ujar Andrea. Thalia dan Sandra mengeluh.

“Kau jangan bimbang lah…..aku dah titipkan pesan pada ayah aku, minta dia tolong tengok-tengokkan rumah ni sepanjang ketiadaan kita. Dia sendiri setuju, lagipun dia tahu rumah ni banyak menyimpan kenangan kita dengan Hannah.” ujar Marion pula. Thalia tersenyum sedangkan Andrea mula sebak.
“Cakap pada Encik Hach, jangan alihkan basikal Hannah. Biarkan ianya disitu. Sekurang-kurangnya bila kita kesini satu hari nanti, kita masih dapat merasakan kehadiran dia bersama kita.” ujar Andrea, air mata yang mengalir dikesat dengan hujung jari. Marion hanya mengangguk.
“Apa kata malam ni, kita habiskan masa bersama-sama kat sini buat kali terakhir sebelum kita berpisah.” ujar Thalia.
“Cadangan yang bagus tu. Aku balik ambil makanan. Marion….kau bawa makanan ringan. Thalia…..bawaklah apa yang patut.” ujar Sandra. Thalia dan Marion mengangguk.
“Aku akan bawa selimut dan bantal. Kita jumpa semula jam 6 petang nanti.” ujar Andrea sambil bergerak turun, Thalia dan Sandra serta Marion turut sama berbuat demikian.




“Malam ni kamu semua nak tidur atas rumah pokok ya.” Tanya makcik Jane sewaktu membantu Andrea memasukkan bantal serta selimut didalam beg kertas besar. Gadis itu hanya mengangguk.
“Eloklah tu…..lagipun esok hari terakhir kamu bersama. Luangkan masa bersama selagi boleh sebelum berpisah.” ujar makcik Jane. Andrea mengangguk.
“Lepas ni, siapa akan tengokkan makcik bila Ann dah tak ada.” Tanya Andrea, mengutarakan rasa bimbang.
“Kamu tak payahlah risau pasal hal tu. Ramai yang akan bantu tengokkan makcik kamu ni. Makcik Lucy dan pakcik Harry akan tolong kamu jaga dia baik-baik.” ujar Makcik Lucy. Malam ini dia akan menemani sahabatnya itu. Andrea mengangguk, dia tersenyum manis.
“Nanti bila cuti kamu baliklah. Sesekali makcik akan kesana melawat kamu. Tak payah lah kamu risau sangat pasal makcik kat sini.” ujar makcik Jane.
“Harap-harap semuanya baik-baik saja sepanjang ketiadaan Ann nanti. Terima kasih ya makcik Lucy sebab sudi tolong.” ujar Andrea sebelum berlalu ke garaj. Makcik Lucy hanya mengangguk dan tersenyum.




Beribu bintang berkelipan menghiasi dada langit, Andrea duduk diatas pelantar rumah pokok sambil memandang ke langit mencari satu bintang yang paling terang sinarnya.
Dia seolah-olah dapat melihat bayang wajah Hannah dicelah-celah kelipan bintang melambai dan tersenyum kepadanya.
Dalam dia dia menggumam mamanggil nama Hannah, berharap yang sahabatnya itu akan hadir dan menemaninya seperti selalu. Lamunan Andrea mati bila suara Thalia kedengaran.
“Tengok…..banyaknya kelip-kelip.” ujar Thalia sambil menunjukkan kearah sepohon pokok renek. Sandra yang menjenguk melalui tingkap kecil mengangguk, dia tersenyum.
“Mesti Hannah yang datang melawat kita….kan.” ujar Thalia, Marion mengangguk perlahan, mengiakan kata-kata itu.
“Tentu dia tersenyum bila tengok kita, sama-sama sedang bergembira.” ujar Marion walaupun nada suaranya berlainan, tidak ceria.
Sang  kelip-kelip masih galak bermain di kawasan rumpun pokok bunga Tunera Ulmifolia yang tumbuh banyak dikawasan Hutan Simpan Armalis.




Andrea mengangkat tangannya cuba mencapai sebutir bintang dilangit. Digenggam seolah-olah bintang itu sudah berada didalam tangannya. Dibuka tapak tangan lalu ditiup jauh menghala kearah Tasik Aquamarine.
“Semoga bintang itu akan menerangi malam kau, Hannah.” ujar Andrea perlahan, namun masih jelas kedengaran digegendang telinga Thalia. Dia tunduk cuba menghapuskan air matanya yang mula membasahi pipinya.
“Ann…..” panggil Thalia, dia menyandarkan kepalanya dibahu Andrea.
“Belajarlah terima kenyataannya, Hannah dah jauh dari kita.” ujar Thalia, memujuk. Andrea tersenyum, hambar.
“Bukan mudah untuk aku terima sesuatu kenyataan yang menyakitkan dan bukan mudah untuk aku lepaskan Hannah pergi jauh dari kita. Tak semudah itu aku nak lupakan semua ni.” ujar Andrea.
“Aku tahu…..kami semua tahu, tapi kau tak boleh terus hidup dalam masa silam, kau kena teruskan langkah kedepan bukan masih berdiri disitu, menanti.” ujar Sandra. Andrea ketawa, ketawa yang sengaja dibuat.
“Kadang-kadang aku masih nampak Hannah bermain buai sambil menyanyi lagu kegemaran dia. Bila buaian tu bergerak, aku selalu fikir  Hannah yang menghayunkannya. Bila terpandang basikal dia, ianya buat aku fikir yang dia ada kat atas rumah ni sedang tunggu kita. Tapi semua tu hanya khayalan aku saja kan, Thalia. Tak mungkin Hannah akan kembali lagi pada kita kan.” ujar Andrea sebak.
“Kalau kau dah tahu macam tu, kenapa masih meletakkan harapan yang dia akan kembali. Hannah bukan pergi bercuti Ann, dia dah meninggal.” ujar Thalia. Andrea berpaling, matanya tajam menatap anak mata Thalia.
“Habis tu kau nak suruh aku lupakan dia, pura-pura yang dia tak wujud dalam hidup kita. Nak aku anggap yang dia Cuma imaginasi aku, macam tu ke Thalia.” tanya Andrea, sebak.
Thalia tunduk memandang ke bawah. Dia tak tahu bagaimana mahu membuatkan Andrea faham, gadis itu langsung tidak mahu belajar menerima hakikat sebenar.




Sandra berhenti mengemas tempat tidur mereka, dia merangkak menuju kearah Andrea dan Thalia yang sedang duduk dianjung. Nafas ditarik sedalamnya. Bahu Andrea disentuh lembut.
“Ann….kami bukan nak suruh kau lupakan Hannah atau anggap yang dia tak wujud, kami Cuma minta kau jangan terlalu mengingati dia. Kau kena teruskan hidup, Hannah mesti tak suka kalau tengok kau sedih lagi macam sekarang. Dia tak pernah ajar kita menangis, dia ajar kita bagaimana nak ketawa, gembira dan senyum.” ujar Sandra, dia melabuhkan punggungnya disebelah Andrea.
“Betul tu Ann…..Hannah pasti tak suka tengok kita terus bersedih meratapi kematian dia, seolah-olah kita tak merelakan pemergian dia.” ujar Marion pula. Thalia menangguk, setuju dengan kata-kata Marion.
“Memang….memang aku tak relakan pemergian dia, sampai bila-bila pun aku takkan rela. Aku janji pada diri aku, aku takkan maafkan pembunuh tu sampai aku mati.” ujar Andrea, berdendam. Thalia menggeleng, dipeluk tubuh itu seeratnya.
“Ann….tolonglah, belajar untuk lupakan semuanya.” pinta Marion. Andrea menggelengkan kepalanya.
“Tak tahu kenapa aku tak boleh lupakan semua tu, mungkin rasa bersalah masih tebal merantai hati aku. Kalaulah aku cepat atau Hannah lambat, tentu dia takkan mati.” ujar Andrea.
“Atau korang berdua yang akan jadi mangsa?. Pernah tak kau terfikir kemungkinan tu.” Tanya Thalia. Andrea diam, tidak mahu menjawab persoalan yang diutarakan Thalia.
“Sudah la Ann….berhenti menyalahkan diri kau, Hannah takkan kembali lagi sekalipun kita duduk dan menangis macam sekarang. Kita kena teruskan hidup berbekalkan kenangan kita pada dia. Kau kena belajar terima hakikat ni.” ujar Sandra lagi, Cuba membuatkan Andrea faham.
“Aku tahu tapi aku….” Andrea tidak menghabiskan kata-katanya, dia mengeluh.
“Cukup-cukuplah kita buang masa ingatkan perkara sedih ni. Elok kalau kita bercerita tentang sesuatu yang gembira. Jangan cemarkan masa kita bersama ni dengan hal-hal yang menyedihkan. Kita patut rakam perasaan gembira kita dan simpan sebagai kenangan indah.” ujar Marion lagi, rimas bila mereka asyik bergaduh tentang hal yang tidak sepatutnya.
“Betul cakap Marion tu, mari kita ambil gambar sama-sama. Kita duduk, makan dan bercerita tentang masa depan kita. Kita tinggalkan Hannah untuk seketika.” ujar Andrea. Sandra mengangguk, gembira melihat senyuman dibibir Andrea. Biarpun hambar tapi sekurang-kurangnya gadis itu masih tahu tersenyum.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan