Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Rabu, 18 April 2012

GERHANA CINTA LUKA 5


EPISODE 5
Hari ini genap 6 bulan pemergian Hannah, hari-hari yang dilalui mereka berempat tidak lagi sama seperti dulu. Tiada lagi gelak ketawa Hannah yang menceriakan, wajah manis yang menyejukkan hati mereka dan kata-kata yang selalu memujuk kesedihan mereka. Kemana mereka pergi, wajah Hannah sentiasa mengekori.
Lantaran tidak mahu terbeban dengan emosi, mereka berempat jarang mengunjungi tempat yang boleh mengingatkan mereka pada Hannah.




Wajah masing-masing masih menunjukkan tanda-tanda kesedihan, tatkala mereka berbicara tentang kenangan lama bersama Hannah biarpun mereka sudah boleh menerima kenyataan yang Hannah tidak akan kembali lagi.
Rata-rata penduduk pekan masih lagi asyik memperkatakan tentang kejadian yang menimpa Hannah. Namun bila melihat kelibat Andrea, mulut mereka pasti terkunci.
Pembunuh Hannah masih bebas sekalipun siasatan giat dilakukan. Maklumat yang mereka kumpul tidak membawa mereka kemana-mana, jangankan bayang, hatta jejak sekalipun mereka masih tidak dapat.
Antara mereka semua, Andrealah yang paling kecewa kerana masih tidak berpeluang untuk melihat pembunuh itu dihadapkan ke muka pengadilan.




Sejak pemergian Hannah, mereka berempat jarang berkumpul dirumah pokok, tidak mahu peristiwa tragis itu kembali menghantui emosi, mereka masih belum bersedia untuk berdepan dengan semua itu lebih-lebih lagi Andrea.
Cuaca hari ini cerah, awan berarak nipis. Hujan yang turun renyai-renyai sebentar tadi telah menghadiahkan sebuah pelangi yang cantik.  Jalur berwarna-warni jelas kelihatan, memagari gunung yang mengelilingi tasik. Beburung yang tadinya bersembunyi kini keluar semula, terbang bebas mencari rezeki untuk anak-anak yang sedang menunggu disarang.




Masing-masing sudah menerima surat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi setelah menamatkan pelajaran  di Sekolah Tinggi Primrose. Antara mereka berempat , hanya Andrea yang diterima masuk ke University Of Alamas di Lacerta. Satu-satunya universiti yang paling berprestij di Alamas juga merupakan salah satu universiti terkemuka di dunia.

 Manakala Thalia memilih Alamas’s School of business yang terletak di Musca, Sandra pula melanjutkan pengajian ke Alamas’s Institute Of Art & Cullinary di Fornax dan Marion  memilih Alamas’s School Of Fassion & Design yang terletak di Tucana.
Biarpun memilih bidang berlainan dan jarak yang jauh akan memisahkan mereka, janji untuk terus bersama sentiasa tersemat kukuh dihati, tidak mungkin akan dilupakan begitu saja.




Andrea sibuk mengemas pakaiannya lalu dimasukkan kedalam begasi, lusa dia akan berangkat menuju ke Lacerta untuk meneruskan pengajiannya selama 3 tahun dalam bidang fotografi yang menjadi minatnya sejak kecil. Hampir separuh pakaiannya sudah dimasukkan kedalam begasi.
Frame gambar yang terletak elok diatas meja dicapai lalu dipandang sepi. Gambar terakhir mereka bersama Hannah, satu-satunya gambar kenangan Hannah yang dia ada.  Rasa kesal mula bertamu dihati, kalau dia tahu Hannah akan meninggalkannya pasti dia akan mengambil seberapa banyak gambarnya bersama Hannah.




Surat tawaran ditangan dipandang sepi, kalaulah Hannah masih ada, tentu dia gembira melihat separuh dari cita-cita mereka sudah menjadi kenyataan. Pastinya gadis itulah yang paling teruja apabila berbicara tentang semua impian mereka.
Pandangan dihala keluar tingkap, udara yang menghembus masuk membawa bersama keharuman bunga-bungaan. Andrea mengeluh.
Semalam ketika dia bertemu dengan Puan Jenny di kedai, wanita itu ada memberitahunya yang permohonan Hannah untuk memasuki Institut Sains Negara sudah diterima berdasarkan keputusan cemerlangnya tapi sayangnya Hannah tidak mungkin akan kesana dan cita-citanya tidak akan tercapai lagi. Tiada bintang yang akan dipetik sebagai hadiah untuk mereka.




Andrea berpaling bila pintu biliknya diketuk beberapa kali. Suaranya dikuatkan, membenarkan tetamu diluar masuk. Seketika kemudian, terjengul kepala makcik Jane dengan satu senyuman terukir dibibirnya.
“Ann….dah kemas semua barang. Jangan ada yang tertinggal pulak nanti.” ujar makcik Jane, mengingatkan Andrea.
“Ann dah masukkan semua barang penting dalam beg, yang tinggal Cuma barang mandian saja.” ujar Andrea sambil tersenyum.
“Ada apa-apa lagi yang tak cukup…..nanti kita boleh pergi beli kat kedai.” Tanya makcik Jane. Andrea menggeleng.
“Rasanya semua dah cukup.” ujar Andrea, dia menarik tangan makcik Jane duduk.
“Nanti bila Ann dah pergi jauh, siapa nak tengokkan makcik. Ann bimbang kalau apa-apa jadi pada makcik.” ujar Andrea. Makcik Jane tersenyum.
“Tentang hal tu Ann tak payah la bimbang sangat. Makcik boleh jaga diri, Ann tu yang makcik bimbang.” ujar makcik Jane.
“Ann dah besar la makcik, Ann boleh jaga diri. Lagipun sekarang dah sampai masanya untuk Ann belajar berdikari, sampai bila nak bergantung pada makcik saja.” ujar Andrea. Makcik Jane mengangguk.
“Makcik bangga sangat dengan pencapaian Ann, hasrat ayah dan ibu Ann untuk lihat anak tunggal mereka ini masuk ke universiti akhirnya tercapai jugak.” ujar Makcik Jane. Andrea tersenyum.
“Makcik…..terima kasih kerana menjaga Ann selama ini, tak tahu bagaimana kehidupan Ann kalau makcik tak datang.” ujar Andrea. Matanya mula dibasahi, Makcik Jane tersenyum.
“Kenapa pulak cakap macam tu, Makcikkan mak saudara Ann, tentulah makcik akan jaga Ann.” ujar makcik Jane. Andrea mengeluh perlahan.
“Sampai sanggup tinggalkan kerjaya makcik sebagai arkitek landskap sedangkan itu impian makcik sejak kecil. Ayah pernah bagitahu Ann, makcik sanggup ketepikan wasiat keluarga semata-mata nak kejar cita-cita dan impian. Makcik tak kisah bila atuk buang makcik asalkan makcik dapat tunaikan impian makcik sampaikan bawa diri bertahun-tahun tak balik.” ujar Andrea.
“Betul…..tapi masa tu, Ann belum lahir dan makcik pulak masih muda. Walaupun atuk buang makcik, tapi John selalu ambil berat pasal makcik. Dia tak pernah buang makcik malah selalu hulurkan bantuan tiap kali makcik susah. Dia tanggung semua yuran pengajian makcik tanpa pengetahuan atuk. Dia selalu cakap pada makcik, keluarga harus sentiasa jadi yang pertama.” ujar makcik Jane sambil mengusap rambut Andrea.

“Itu juga yang ayah selalu bagitau Ann. Walaupun Ann tak pernah jumpa makcik sebelum ni…..ayah tak pernah berhenti bercerita pasal makcik. Dia bangga sangat dengan makcik, selalu dia suruh Ann jadi macam makcik.” ujar Andrea sambil memeluk tubuh wanita itu.




Makcik Jane memandang wajah Andrea yang tekun melipat pakaiannya sebelum dimasukkan kedalam beg. Wajah yang suram itu membuatkan dia sedih, dia tahu anak buahnya itu masih belum dapat menerima kenyataan.
“Ann….makcik harap, Ann dah boleh lupakan apa yang pernah berlaku, dah dapat terima kenyataan.” ujar makcik Jane lagi. Andrea tersenyum nipis.
“Ann tak mungkin boleh lupakan apa yang pernah berlaku, tidak mungkin sama sekali. Tapi Ann dah tak nak ingat lagi, menangis air mata darah sekalipun, Hannah takkan kembali semula. Itu yang Ann selalu kata pada diri Ann setiap hari.” ujar Andrea lemah.
“Makcik tahu sayang tapi Ann kena cuba.” pinta makcik Jane. Andrea mengangguk, dia tersenyum hambar.
Pandangannya dibuang keluar, angin petang menyapu lembut rambutnya. Makcik Jane bangun dan keluar meninggalkan Andrea sendirian, tidak mahu menganggunya lagi, membiarkan gadis itu tenggelam dalam dunianya sendiri.




Andrea mengeluh, surat tawaran ditangannya direnung lagi. Lacerta, jauhnya jarak antara mereka. Tegarkah dia meninggalkan Hannah disini, kenangan manis mereka, pekan yang menjadi tempat kelahirannya, Tasik Aquamarine yang cantik, rumah pokok yang menjadi saksi persahabatan mereka dan peduduk pekan yang baik.
“Hannah….aku tak pasti lagi samaada aku akan kembali lagi kesini semula atau tidak. Terlalu banyak kenangan yang menyakitkan disini, aku tak mungkin akan lupa apa yang dah berlaku.” ujar Andrea.
“Masih banyak sesalan yang menghantui aku, Kalau aku cepat atau kau lambat…..tentu kejadian ni takkan berlaku. Kenapa Hannah…..kenapa kau tak tunggu aku datang dulu.” bisik Andrea perlahan, air matanya gugur lagi.




Andrea menyembamkan wajahnya dibantal, esakannya kedengaran halus. Dia terhenjut-henjut menangis, menahan esakkan agar tidak kedegaran ditelinga makciknya.
Dia tidak mahu makciknya menyangka yang dia masih terfikirkan tentang kejadian yang menimpa Hannah biarpun itulah hakikatnya. Pantas air matanya dikesat, bila terdengar pintu diketuk dari luar.
“Ya makcik….” sahut Andrea.
“Makcik nak keluar sekejap, beli barang dapur. Kamu nak ikut?.” Tanya makcik Jane.
“Tak apalah makcik…..Ann nak habiskan mengemas ni. Lagipun petang nanti Ann nak keluar jumpa Thalia, Sandra dan Marion.” ujar Andrea, lembut menolak pelawaan makciknya.
“Ok lah kalau macam tu, makcik pergi dulu. Kunci pintu bila keluar takut makcik lambat balik.” pesan makcik Jane.
“Ya lah.” ujar Andrea, sepatah. Tiada kedengaran sebarang bunyi lagi, Andrea tersenyum, pasti makciknya telah keluar.
Dia kembali menyambung kerjanya, mengemas buku dan pakaian sebelum dimasukkan kedalam sebuah beg yang lain. Frame gambar kenangan lima sahabat turut dimasukkan kedalam beg bersama-sama kamera pemberian makcik Jane dan sebuah album gambar lama.




Jam didinding dipandang sepintas lalu, sudah hampir pukul 5. Pakaian yang masih belum habis dikemas, dialihkan ketepi Dia bergegas bangun lalu menuju kearah almari, membuka dan mencapai jeketnya lalu keluar.
Janjinya untuk sama-sama melawat Hannah di tepi Tasik Aquamarine perlu dikotakan. Pasti Thalia, Sandra dan Marion sudah menunggunya disana.
Pintu dikunci rapat, kakinya melangkah menghala ke garaj. Kereta makcik Jane masih tidak kelihatan, bermakna dia belum pulang. Basikal hadiah dari pakcik Harry disorong keluar.




 Andrea berhenti seketika dihadapan pintu pagar, mahu melihat jika ada surat penting buatnya, peti surat dibuka, ada sekeping sampul surat disitu. Dahinya berkerut, pelik kerana tiada setem terlekat disitu.
 Tangannya pantas mencapai sampul surat yang kelihatan lusuh warnanya menandakan yang surat itu sudah lama berada disitu. Namanya yang terhasil dari tulisan tangan itu ditatap, dia menggelang, tidak kenal dengan tulisan itu. Sampul surat dibuka, kertas didalamnya dikeluarkan.

Semuanya salah kau, sahabat baik kau mati kerana kau.
 Kau yang bertanggungjawab atas kematian,
dia bukan aku.

Andrea mengumpal kertas itu sehabis tenaga. Matanya berkaca, sikap kurang ajar pembunuh itu terserlah bila dia menghantar nota itu, kenapa mahu ditambah lagi deritanya. Sudahlah dia kehilangan Hannah, dan sekarang pembunuh itu sengaja membuatkan luka hatinya bertambah parah.
Air mata disapu, tidak mahu ada yang perasan kesedihannya. Pagar kecil dikunci rapat, dia meninggalkan perkarangan rumah agam  milik Makcik Jane. Kayuhannya agak laju menurungi bukit kecil menghala ke Hutan Simpan Armalis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan