EPISODE
17
Andrea terjaga dari
tidurnya bila kedengaran bunyi ranting pokok menyapa tingkap kaca, dia bergerak
kearah tingkap, menarik langsir menutupinya. Agak menyeramkan bila
bayang-bayang ranting itu kelihatan seperti tangan seekor raksaksa yang cuba
untuk menangkapnya.
Andrea kembali berbaring diatas
katil, tidak jadi melelapkan matanya. Angin kuat diluar menyebabkan bunyi
geseran daun kedengaran jelas pada gegendang telinganya. Kalau diikutkan
hatinya, mahu saja dia memanjat naik ke atas bumbung tapi memandangkan ribut
sudah mula melanda, dibatalkan saja niatnya.
Hujan sudah mula turun mencurah,
semakin lama semakin lebat. Andrea berganjak kembali ke tingkap, tempias hujan
menyebabkan cermin tingkap basah.
Lama dia tidak pulang ke pekan ini,
terlalu banyak perubahan yang tidak sempat dia lihat. Petang tadi dia sempat
melawat pusara ayah dan ibunya, memohon maaf kerana sudah lama dia tidak pulang
menjenguk mereka.
“Kenapa
jantung aku tiba-tiba terasa berdebar bila pandang wajah dia, jangan kata aku
dah jatuh cinta pada lelaki itu. Jangan kata yang kata-kata Tom akan jadi
kenyataan. Aiden tetap Aiden dan Sean tetap Sean.” ujar hatinya.
“Tapi kenapa aku betul-betul nampak
diri Aiden dalam diri Sean, seolah-olah lelaki itu adalah jelmaan Aiden. Wajah
yang sama, sikap yang serupa. Jangan cari pasal Ann….lelaki itu bukan Aiden.”
ujar hatinya lagi.
Handphonenya
yang berbunyi nyaring menjerit minta diangkat. Andrea terus mencapainya,
bimbang jika bunyi itu akan mengganggu tidur makcik Jane. Nama diskrin
diperhati, pelik bila melihat nama Thomas disitu, pantas butang hijau ditekan.
“Hello…..Tom, kenapa tiba-tiba kau
call ni. Rindu aku ya.” usik Andrea. Thomas ketawa.
“Itu
dah semestinya, tapi sebenarnya ada hal lain yang aku nak cakap. Kau dah tidur ke?.” Tanya Thomas.
“Tadi
ya…..sekarang aku dah terjaga.” ujar Andrea. Hujan lebat diluar mentenggelamkan
sedikit suaranya.
“Maaflah
kalau aku ganggu kau, aku ingatkan kau masih belum tidur lagi. Sebab selalunya
bila aku call, kau masih lagi sedang mengadap komputer.” ujar Thomas.
“Penat
memandu la.” ujar Andrea. Thomas ketawa.
“So
macam mana semua orang?.” tanya Thomas.
“Ok
je….sihat semuanya.” ujar Andrea.
“Eloklah
kalau macam tu, kau rehat lah….ambil cuti lama sikit. Lupakan dulu buat
sementara semua kerja. Kau pun bukan
selalu cutikan.” ujar Thomas. Andrea ketawa.
“Ha….apa
hal, apa yang kau nak cakap sangat tu, bunyi macam penting je.” ujar Andrea.
“Memang
penting bagi kau. Ingat tak hari tu kau ada tanya aku samaada agensi kita
terlibat tak dengan pencarian bakat baru model tahun lepas.” ujar Thomas.
“Ingat
lah….kenapa?kan kau kata agensi kita tak terlibat.” Tanya Andrea hairan.
“Memanglah
agensi kita tak terlibat, tapi Dolce & Hatch Agency terlibat.” ujar Thomas.
“Dolce
& Hatch Agency, milik Julia dan Rick tu ke?.” Tanya Andrea.
“Yup.…yang
tu lah.” ujar Thomas. Andrea mengetap bibirnya, kenapa dia boleh terlupa pada
agensi milik Julia itu agaknya, sedangkan dia pernah juga bekerjasama dengan
model dari agensi itu Cuma sejak mereka memiliki jurugambar sendiri, dia tidak
lagi bekerjasama dengan mereka.
“Macam
mana aku boleh lupa pasal mereka, tapi mana pulak mereka tahu tentang hal tu.”
Tanya Andrea. Thomas ketawa.
“Semalam
aku jumpa Julia, kami berbual pasal model baru agensinya yang kurang
berdisiplin…..tup-tup aku tergerak hati nak tanya, dia pulak terus bagitau aku
yang agensi dia memang terlibat dengan pencarian bakat baru tahun lepas. Aku pun
apa lagi, terus cerita pasal kau.” ujar Thomas.
“Dah
tu apa yang dia cakap lagi.” tanya Andrea.
“Dia
tak pasti yang mana satu model yang kau nak cari, jadi dia minta kau call Nick
tanya, sebab dia yang uruskan hal ni.” ujar Thomas.
“Nick
Hunter?.” Tanya Andrea.
“Yer
lah….Nick mana lagi yang kita kenal.” ujar Thomas selamba.
“Kalau
dia….alamatnya aku kena fikir sepuluh kali sebelum call dia.” ujar Andrea.
Thomas ketawa.
“Kau
nikan, tak faham aku……Nick tu sikit punya hensome macam pelakon Bradley James,
tu pun kau tolak. Kau ni nak pilih yang macam mana lagi.” Tanya Thomas.
“Ha
dah….tak payah nak nak jadi matchmaker pulak. Nantilah aku call dia, lepas aku
fikir.” ujar Andrea.
“Suka
hati kau lah, eh! tapi kan…..kau kenapa tiba-tiba tanya pasal hal tu, ada apa-apa ke.” Tanya Thomas.
“Kalau
aku tanya tu mestilah ada sebab…Encik Clark oi.” ujar Andrea.
“Ala
aku tahu…..mesti ada kaitan dengan kes pembunuhan bersiri tu kan.” ujar Thomas.
“Kalau
dah tahu….buat apa kau tanya lagi.” ujar Andrea, geram. Thomas ketawa.
“Kau
jangan fikir sangat pasal hal ni, nanti memudaratkan kesihatan kau pulak.” ujar
Thomas. Andrea tersenyum.
“Kau
masih dekat kelab lagi ke?.” tanya Andrea, bunyi bising didalam handphonenya
membolehkan dia mengagak dimana lelaki itu berada.
“Yup….”
ujar lelaki itu sepatah.
“Dah
pukul 3 ni, kau tak balik lagi ke?.” tanya Andrea.
“Selagi
tak tutup, mana aku boleh balik.” ujar Thomas sambil ketawa. Andrea menggeleng.
Tahu sangat kegemaran Thomas yang satu itu.
“Siapa
lagi yang ada kat sana?.” tanya Andrea.
“Macam
biasa la, aku angkut satu agensi, Ben pun ada, kau nak cakap dengan dia.” usik
Thomas.
“Tak
nak….jangan bagitau dia yang kau tengah cakap dengan aku.” ujar Andrea memberi
amaran membuatkan Thomas ketawa kuat. Mujur juga bunyi bising membuatkan ketawanya
tidak didengari.
“Aku
nak tanya kau sesuatu boleh?.” tanya Thomas, setelah lama mendiamkan diri.
“Sejak
bila pulak kau pandai minta izin ni, selalunya main redah jer.” usik Andrea,
Thomas pula ketawa.
“Kau
dah lama tak pergi jumpa dengan Dr. Youth, kenapa?.” tanya Thomas, prihatin.
“Malas
lah....lagipun kau sendiri tahu, enam tahun aku buat terapi dengan dia, masalah
aku tak jugak selesai. Aku masih lagi macam dulu, tak ada perubahan.” adu
Andrea.
“Kau
masih makan lagi ubat yang dia bekalkan.” tanya Thomas lagi.
“Tak…..aku
dah berhenti sejak 2 tahun lepas, tapi aku masih simpan lagi senarai ubat yang
dia bagi. Manalah tahu kalau satu masa nanti aku perlukan ubat tu balik.” ujar Andrea. Thomas terdiam,
terbit rasa simpati pada Andrea.
“Kau
ada pergi lawat Aiden?.” tanya Andrea, perlahan. Thomas mengeluh.
“Ada….petang
semalam aku pergi. Aku bawa bunga kesukaan dia, kekwa putih.” ujar Thomas.
“Bunga
lili hitam tu masih ada kat situ?.” tanya Andrea.
“Masih
lagi ada, kenapa?.” tanya Thomas.
“Tom….sepanjang
kau melawat Aiden, kau pernah nampak tak siapa gerangan pemilik lili hitam tu.”
tanya Andrea.
“Tak
pulak. Bertahun-tahun aku kesana tapi aku tak pernah terserempak dengan pemilik
lili hitam tu. Dia macam tahu ada orang cari dia, sebab tu dia boleh elak.”
ujar Thomas. Andrea mengangguk.
“Oklah…apa-apa
hal nanti kau rujuk pada Nick ya. Manalah tahu kalau dia kenal orang yang kau
nak cari tu.” ujar Thomas.
“Ok…..selamat
malam Tom…..terima kasih atas pertolongan kau tu. Kirim salam pada Anna.” ujar
Andrea sebelum memutuskan perbualannya dengan Thomas. Handphone di campakkan
keatas meja disebelah katil, dia menarik selimut sebelum menutup mata.
Esok-esok sajalah dia fikir samaada
dia perlu menghubungi Nick atau tidak. Dia perlu bersedia dari segi mental
sebelum berbicara dengan lelaki itu.