Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Selasa, 3 Mac 2015

Tawanan Cinta 6



BAB 6
           
           
            Iman menarik nafas panjang, udara petang dengan angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa begitu menyamankan. Matanya terpejam rapat, dari jauh kedengaran bunyi ombak memecah pasir pantai. Alangkah nikmatnya kalau hari-hari dia dapat menikmati keadaan seperti ini, pasti dialah orang yang paling bahagia.
            “Kau ni dah macam 10 tahun tak balik, pelik aku.” Iman mengangguk, mengiakan kata-kata sahabatnya itu.
            “Bukan senang tau nak menikmati waktu-waktu begini...nanti bila kita dah start kerja, susah kita nak dapat peluang macam ni. Jadi aku kenalah ambil peluang sebaik-baiknya untuk menikmati semua ni.” Amanda mengangguk, betul jugak cakap Iman..lepas ni mereka pasti sibuk dengan tugasan di hospital.
            Bunyi kenderaan yang masuk keperkarangan rumah membuatkan Iman membuka matanya luas, pelik melihat kenderaan mewah itu yang berhenti dihalaman rumah, hatinya tertanya-tanya, siapa gerangannya yang datang bertandang.
            Sebaik sahaja si pemandu keluar dari keretanya, mata Iman terbeliak, mulutnya ternganga luas, tidakkkk, ini semua hanya mimpi...mimpi ngeri. Batinnya menjerit nyaring.
            “Manda...ini Cuma mimpi je kan, not real..right.” Tanya Iman seraya menggongcang bahu sahabatnya itu, Amanda menepuk dahi dan menggeleng, nampak gayanya...keamanan dan ketenteraman hidup mereka sudah sampai ke penghujungnya.
            Iman turun dari pakin kayu, selipar jepun disarung ke kaki sebelum dia melangkah laju menuju kearah lelaki itu. Ini memang tak boleh diterima akal, kenapa disaat-saat dia sedang bahagia, lelaki ini muncul dengan niat untuk merosakkan segalanya.
            “Apa kau buat kat sini?.” Tanya Iman, Aisy menanggalkan cermin matanya.
            “Soalan bodoh apa yang kau tanya ni?.” Tanya Aisy, Iman mengetap bibir.
            “What are u doing here?.” Tanya Iman sekali lagi, Aisy mendekatkan wajahnya sehingga hujung hidung mereka hampir bersentuhan.
            “Hello....ini kampung aku jugak tau...bukan kampung kau sorang, ingat sikit...yang kat dalam rumah tu...nenek aku jugak.” Iman menjarakkan dirinya.
            “Itu aku tahu la...masalahnya kenapa sekarang, bukan minggu depan ke..bulan depan ke?.” Tanya Iman, Aisy berpaling, melangkah kebelakang, soalan Iman dibiarkan berlalu bak angin. Tumpuannya teralih pada kereta, pintu belakang dibuka, beg pakaiannya dikeluarkan sebelum dicampak pada Iman, kelam kabut gadis itu menyambutnya.
            “Mana aku tahu kau pun balik...kau tak bagitau.” Ujar Aisy, dia berjalan menuju ke pakin kayu, Amanda yang sejak tadi memerhatikan mereka disapa lembut.
            “Takkan kak Yana tak bagitau kau yang aku balik?.” Tanya Iman, Aisy menggeleng. Iman melangkah kearah pakin kayu, beg pakaian Aisy dicampak kesitu.
            “Habis kenapa kau tak tanya dia?.” Tanya Iman, masih tidak berpuas hati.
            “Apa ke halnya pulak aku yang nak kena tanya, patutnya kaulah yang bagitau.” Ujar Aisy, Iman mengetap bibir.
            “Apa pulak aku...kau yang patut tanya.” Balas Iman, bahu Aisy ditumbuk kuat.
            “La...Aisy pun ada...patutlah sayup-sayup nenek dengar suara kamu tadi.” Ujar Puan Sabariah, dulang berisi minuman petang ditatang menuju ke pakin kayu. Pantas Aisy bangun, tangan wanita itu dicapai lalu dikucup lembut.
            “Apalah kamu berdua ni, dah tahu dua-dua nak balik...apalah salahnya bergerak sekali.” Tegur puan Sabariah, Aisy tersengih.
            “Mana tahu dia pun nak balik nek...dia tak bagitau pun.” Ujar Aisy, Iman disebelah dikerling, gadis itu mencemik.
            “Kalau balik sekali dengan dia...jawabnya tak sampai kampung la.” Desisnya perlahan. Pantas Amanda menyikunya, meminta dia jangan berbicara yang bukan-bukan.
            “Sudahlah...mari kita minum sama-sama.” Pelawa puan Sabariah, bibirnya tak lekang dengan senyuman, gembira bukan kepalang bila dua-dua buah hatinya pulang bersama tapi bagi Iman mahupun Aisy, pertembungan mereka bakal menyaksikan satu lagi cerita epik perang saudara bakal meletus.        
            “Kau bersorak la puas-puas budak tiga suku...minggu depan, tahulah nasib kau macam mana.” Desis hati Aisy, senyum nipis terukir dibibir, tak sabar melihat apa reaksi gadis itu nanti.
            Iman duduk termenung ditangga dapur, sudah hampir setengah jam dia menunggu si jerangkung keluar dari bilik mandi namun bayangnya masih belum menampakkan diri, dia tahu lelaki itu sengaja melambatkan diri.
            “Apa jenis manusialah ni...mandi mengalahkan perempuan, aku yang perempuan ni pun tak bersiram lama macam tu.” Desis Iman perlahan, kepalanya digelengkan beberapa kali.
            “Wei...cepatlah mandi tu, aku nak mandi pulak ni.” Laung Iman kuat, mahu saja dia pergi dan robohkan pintu bilik air. Tiba-tiba bunyi siulan menyapa telinga,
            “Ya Allah...boleh pulak dia menyanyi dalam tu, memang sengaja nak suruh aku pecahkan pintu bilik air tu gamaknya.” Bebel Iman, suara Aisy yang asyik menyanyi membuatkan dia menutup telinga, dalam hati tak sudah-sudah dia memaki hamun lelaki itu.
            “Kau nak main-main dengan aku ya...nanti kau.” Iman bangun, pintu belakang dibuka selaknya sebelum dia keluar menuju ke tepi rumah. Iman tersenyum sinis, tapak tangannya digosok perlahan-lahan.
            “Nekkkkk...” Jerit Aisy kuat, Iman ketawa terbahak-bahak, cepat-cepat dia berlari masuk sebelum ada yang menyedari kehilangannya.
            “Kenapa Aisy?.” Tanya Puan Sabariah, terkocok-kocoh dia berlari menuju ke dapur. Iman yang duduk ditangga dapur disapa,
            “Iman...” Iman mengangkat bahu, tanda dia juga tidak tahu. Amanda mengecilkan matanya, dia tahu semua yang berlaku ada kaitannya dengan gadis disebelahnya. Bahu Iman disiku membuatkannya berpaling.
            “Apa?.” Tanyanya perlahan, Amanda tersenyum sinis.
            “Apa yang kau dah buat?.” Tanya Amanda, keningnya diangkat.
            “Mana aku ada buat apa-apa.” Ujar Iman mempertahankan diri. Amanda tidak jadi hendak meneruskan pertanyaan bila pintu bilik air ditarik kasar, serentak mereka bertiga berpaling,
            “Nek...macam mana air boleh tak ada pulak ni?.” Tanya Aisy, Iman menekup mulut, cuba menahan ketawa bila melihat keadaan lelaki itu yang mukanya penuh berlumuran sabun.
            “Macam mana pulak air boleh tak ada...tadi ok jer.” Ujar puan Sabariah, dia memandang Iman, gadis itu mengangkat bahu.
            “Mungkin Jabatan Bekalan Air tengah buat kerja-kerja pembaikan kot...tu pasal dia tutup.” Ujar Iman, puan Sabariah menggeleng.
            “Kalau betul tentu dia dah maklumkan, ini tak ada memo apapun.” Ujar puan Sabariah, Iman mengangkat bahu.
            “Ala...susah-susah pergi mandi air perigi jelah.” Saran Iman, Aisy menggeleng.
            “Gila...sejuk la air perigi tu.” Iman mengeluh.
            “Suka hati kaulah.” Ujarnya, sedaya upaya cuba menahan tawa, tidak mahu mereka curiga. Puan Sabariah menggaru kepalanya,
            “Cuba kamu pergi tengok paip utama kat luar, takut tertutup.” Arah puan Sabariah pada Iman, Amanda pantas menahan sebelum sempat gadis itu bergerak.
            “Tak apa...biar Amanda je yang pergi.” Ujar gadis itu, puan Sabariah mengangguk, Amanda tidak menunggu lama, pantas dia melangkah keluar.
                                                               



            “Ada orang tutup paip utama nek.” Ujar Amanda dari muka pintu, Iman buat bodoh, sikitpun dia tidak menggelabah.
            “Mesti budak-budak yang main tu.” Ujar puan Sabariah, Iman mengangguk, Amanda mencemik....iya sangatlah budak-budak. Wajah Iman dipandang, dia menggelengkan kepala. belum pun sampai sehari, suasana sudah mula tegang
            “Dah mandi cepat...dah nak masuk maghrib ni...nanti lambat pulak kita ke masjid.” Ujar Puan Sabariah, Aisy mengangguk sebelum menghilang disebalik pintu. Iman menghela nafas lega, nasib baik dia tak disyaki, kalau tidak pasti perang meletus lagi tapi sekurang-kurangnya dia berpuas hati.
            “Tak baik tau kau kenakan dia macam tu...buatnya mata dia buta sebab buih sabun tu masuk dalam mata dia...tak ke parah.” Bebel Amanda. Iman menjuihkan bibirnya.
            “Buta lah sangat...buta hati ya, buta mata? Tak dernya.” Amanda menepuk bahu Iman kuat, geram dengan sikap loyar buruk gadis itu. Sebaik sahaja Aisy keluar, Iman terus mengambil gilirannya sebelum Amanda sempat menghabiskan ceramahnya.




            Aisy berhenti melangkah, dia berpaling ke belakang, entah kenapa dia terasa ada seseorang yang mengekorinya namun bila dia menoleh tiada siapa disitu. Bulu romanya serta-merta tegak berdiri, seram ditambah pula dengan keadaan sekeliling yang agak sunyi.
            “Apa hal tiba-tiba aku rasa semacam je ni.” Bisiknya perlahan, dia meneruskan perjalanannya, dalam hati doa dipanjat tidak putus-putus, berdoa agar dilindungi keselamatannya.
            Bunyi derap tapak kaki yang tiba-tiba kedengaran menghampiri membuatkan Aisy semakin berdebar, peluh dingin merencik didahi, dia menelan air liur sebelum berpaling kebelakang.
            “Arghhhhhhh...” Jeritnya nyaring, lampu suluh ditangan jatuh ketanah, Iman pantas menutup telinga, gegendang telinganya seakan-akan hendak pecah dibuatnya.
            “Kau ni dah kenapa..suka sangat takutkan orang....nak suruh aku mati cepat ke apa.” Marah Aisy, dadanya diurut perlahan, jantungnya berlari kuat sehinggakan dia merasa dadanya hampir pecah.
            Iman ketawa kuat, muka lelaki itu yang pucat lesi membuatkan dia kelihatan seperti mayat hidup. Kenangan lama menjengah ingatan, kali pertama Aisy dikejutkan dengan jenaka seperti ini, lelaki itu juga berada dalam keadaan yang sama sehinggakan dia jatuh sakit, demam terkejut.
            “Adoi la...sakitnya perut aku, kau ni memang pemegang title maharaja lawak la...baru kena usik sikit, rupa dah macam zombi Kampung Pisang.” Iman menekan perutnya yang terasa senak. Aisy mengetap bibir, ikutkan hatinya yang panas, mahu saja dia cucuk biji mata Iman dengan jari tangannya.
“Kau ni dah besar panjang macam ni pun, takut lagi ke. Hish....mengalahkan budak-budak.” Ujarnya dalam ketawa yang masih bersisa. Aisy mendengus,
“Kau ni memang sengaja nak cari pasal dengan aku kan, sengaja nak sakitkan hati aku....nak buat aku marah.” Ujarnya sambil mencekak pinggang, Iman mengangguk.
“Aku memang suka bila boleh buat kau marah...lebih-lebih lagi dapat tengok muka kau yang tak berapa nak hensome tu bertukar jadi muka tenuk...barulah kena dengan title kau...JERANGKUNG.” Ujar Iman sebelum berlari meninggalkan Aisy yang sudah merah padam mukanya menahan marah.
“U gonna pay for this.” Jeritnya dalam sunyi malam, Iman menjelirkan lidahnya, mengejek Aisy dengan mimik muka yang hodoh.




            “Ai...minum sorang je...aku punya mana?.” Tanya Aisy bila melihat Iman kembali hanya dengan sebuah mug. Gadis itu mengangkat kening,
            “Kau ada tangan...ada kaki, pergi ambil sendiri. Jangan nak berlagak macam raja pulak yek.” Ujar Iman, Aisy mengeluh.
            “Kau tolong la ambilkan...aku tak larat la nak bangun.” Ujar Aisy lembut, Iman menggelengkan kepalanya.
            “Ah...tak kuasa aku nak layan, kau nak minum...kau ambil sendiri, aku tak ada masa nak jadi orang gaji kau.” Ujar Iman, Aisy, menguis kaki Iman, memaksanya mengalah namun gadis itu buat tak endah.
            “Tak apa...biar saya tolong ambilkan, saya pun nak ke dapur ni.” Ujar Amanda bila melihat Iman masih tidak berganjak, tumpuan gadis itu tetap pada kaca tv.
            “Thank you Amanda...is very nice of u, tak macam orang tu” Provok Aisy, Iman tayang muka selamba, tak terkesan langsung dengan kata-kata lelaki itu.
            “Ada aku kisah, huh sikit pun tak la.” Ujar Iman, matanya masih tak teralih dari kaca tv. Puan Sabariah yang sedang melipat kain menggeleng, susah pulak bila dua-dua bertemu muka, bertegang urat jadinya.
            “Fuh...sedap giler air kopi Aik Chong ni...tambah-tambah bila cicah dengan biskut Cream Creaker cap Ping Pong...peh, terangkat beb. Nak??.” Tanya Iman, Aisy mencemik, tahu sangat gadis itu sedang mengujinya, sengaja.
            “Iman...” Tegur Puan Sabariah, bila melihat gadis itu semakin rancak menabur benih-benih sengketa. Iman mahupun Aisy terdiam, tidak jadi hendak meneruskan bicara, sudahnya mereka terpaksa membiarkan ‘perlawanan’ malam ni, berakhir tanpa ada yang menang.

Tawanan Cinta 5



BAB 5


Keropok kentang Mr. Potato dikunyah satu persatu, matanya langsung tidak beralih dari kaca tv. Drama bersiri Korea, Brain sedang rancak bersiaran. Dia bangun bila kedengaran pintu diketuk. Sebaik dibuka, terjengul wajah budak penghantar pizza. Selesai membayar harga dan kos penghantaran, dia menutup pintu dan menguncinya.
”Manda.....pizza dah sampai.” laung Iman.
”Kejap lagi aku keluar,  jangan makan dulu.” pekik Amanda, sayup-sayup. Iman menggeleng, tak lain tak bukan...bergayut dengan Jason la tu.
Iman berlalu ke dapur, sebentar kemudian dia kembali semula dengan dua biji mug dan sebotol jus durian belanda. Dia duduk bersila dihadapan tv sambil menunggu ketibaan Amanda.
”Lambat lah kau ni, mengalahkan tuan puteri.” Perli Iman, Amanda tersengih. Dia pantas duduk bersila mengadap pizza. Tangannya cepat saja mencapai sekeping pizza lalu disua ke mulutnya.
”Kau kenapa....macam tak berselera je aku tengok. Ada masalah ke?.” Tanya Amanda, jarang dia melihat wajah sahabatnya itu muram. Iman mengangguk.
”Masalah hati...” ujar Iman geram. Amanda teruja, Susah nak dengar Iman berbicara soal hati.
”Aik.....dah jatuh cinta ke, kawan baik aku ni. Siapalah agaknya jejaka bertuah tu ye?.” usik Amanda. Iman mendengus kasar.
”Jatuh cinta ke apa.....hati aku ni dah macam kena hiris dengan pisau kau tahu tak. Dah jadi berlapis-lapis, macam sushi.” ujar Iman. Amanda ketawa.
”Ini mesti pasal mamat yang muka hensome macam John Loyd Cruz tu kan.” teka Amanda. Iman menutup telinganya, sakit hati mendengar nama itu.
”Boleh tak kalau kau jangan sebut nama jerangkung tu, menanah telinga aku tau tak. Nanti tak pasal-pasal kena operate.” ujar Iman. Pizza ditangannya digigit rakus, ibarat ketika ini dia sedang meratah daging Aisy si jerangkung.

”Lor...ada ke aku sebut nama dia tadi, tak ada kan...aku Cuma kata mamat yang muka macam John Loyd Cruz, itu je.” Ujar Amanda, Iman mengecilkan matanya, marah benar dia.
Amanda mengangkat tangannya, dia ’mengunci mulut’. Tidak mahu berbicara tentang hal itu lagi, tidak mahu hati Iman terus sakit.
”Ok.....ok.....aku tak cakap lagi pasal dia, sebut pun tak. Kita sambung tengok cerita ok” ujar Amanda, Iman tersenyum. Lega kerana Amanda cukup memahami. Mereka menumpukan perhatian pada drama korea ’Brain’ yang sedang ditayangkan di kaca tv.




Meja makan besar di ruang  makan banglo mewah milik Datuk Adham dan Datin Munirah kelihatan penuh dengan pelbagai juadah yang menyelerakan. Masing-masing tidak sabar untuk menikmati hidangan.
”Kenapa Iman tak datang?.” tanya Datin Munirah.
”Dia penat sikit mama, banyak kerja katanya.” ujar Ilyana, mencipta alasan.
”Sibuk macam mana sekalipun, kesihatan nak jaga jugak. Nanti kalau jatuh sakit macam mana.” ujar Datin Munirah lagi.
”Dia tu degil la mama, susah nak dengar cakap orang.” ujar Amirul. Ilyana mengangguk, setuju dengan kata-kata suaminya itu.
”Itulah...elok-elok duduk sini nak pindah.” ujar Datin Munirah.
”Ala mama bukan tak tahu Iman tu, mana betah duduk kat rumah ni. Karang tak pasal-pasal perang meletus pulak.” ujar Amirul, matanya menjeling kearah Aisy.
”Eh..eh...tak pasal-pasal aku pulak yang terbabit, bukan salah aku pun dia nak keluar dari rumah ni.” Omel Aisy dalam hati, masam wajahnya.
”Biarlah dia....nak merasa hidup bebas kat luar. Lagipun dia kan tinggal dengan Amirul dan Yana. Nanti bila sampai masanya, balik juga dia kesini.” ujar Datuk Adham. Datin Munirah tersenyum, tak sabar menunggu saat itu.
”Lepas ni Iman nak buat apa, dah tau kat mana dia kena posting?.” tanya Datuk  Adham lagi.
”Dia dapat kerja kat Amethyst Specialist Hospital papa....kerja sambil belajar.” ujar Ilyana.
”Wah...bagus tu. Sambung lagi, lepas ni dalam keluarga kita ada dua doktor pakar la.” ujar Datuk Adham lagi, Datin Munirah mengangguk. Dia gembira mendengar berita itu.
”Alhamdulillah...lega mama bila dengar Iman kerja dekat Amethyst, boleh la Aisy tengok-tengokkan Iman tu, risau mama kalau dia kena buli ke apa.” Ujar Datin Munirah, Ilyana ketawa, kalau kena buli pun bukan dengan orang lain, bakal suami sendiri juga.
Aisy yang sedari tadi hanya menjadi pendengar setia, mencemik, benci mendengar pujian melangit tinggi papa dan mamanya pada budak tiga suku tu. Paling dia tidak suka bila dirinya digandingkan dengan Iman.
”Apalah hebat sangat budak tiga suku tu, papa dengan mama ni, tak habis-habis nak gandingkan aku dengan dia, benci betul la.” bisik hati kecil Aisy.
”Eh.... Aisy, kenapa diam je?.” tanya Datin Munirah. Aisy melemparkan senyumannya.
”Saja ma...... Aisy tak ada cerita nak kongsi, so jadi pendengar je lah.” ujar Aisy. Ilyana tersenyum, dia tahu Aisy tidak menyukai bila mereka asyik memuji Iman.
”Kamu dah bincang dengan Iman pasal tarikh perkahwinan kamu, jangan nanti nenek yang uruskan pulak.” ujar Datin Munirah. Aisy menggaru kepalanya.
”Nantilah Aisy cakap dengan dia, tak ada masa nak borak panjang lagi. Mama bagitau nenek, sabar sikit.” ujar Aisy.
”Macam mana nak ada masa, kalau jumpa saja bercakar macam anjing dengan kucing. Bila masa nak duduk berborak kalau bertentang mata pun, dah macam nak ke medan perang.” ujar Datin Munirah, Datuk Adham dan Amirul ketawa.
”Biarkan mereka yang tentukan masa yang sesuai mama, kita tunggu sajalah. Kalau dah jodoh, takkan lari kemana, last-last bersatu jugak.” Pujuk Ilyana, Aisy tersenyum sambil memberikan isyarat bibir, mengucapkan terima kasih. Ilyana mengangguk, dia sebenarnya kasihankan Aisy yang kelihatan tertekan dengan permintaan keluarga mereka.
”Amethyst ya.....aku tahu apa yang aku perlu buat, nantilah kau. Aku akan pastikan lepas ni kau takkan berani melawan aku lagi.” ujar Aisy berlahan. Dia meneruskan suapannya. Senyuman sinis terukir megah dibirai bibirnya.
Selesai menikmati hidangan, Aisy meminta diri. Dia mahu keluar berjumpa dengan kawan-kawan lamanya. Rasanya sejak dia balik, dia masih belum berpeluang untuk keluar dengan mereka.




Enjin kereta dihidupkan, Aisy mencapai handphonenya lalu mendail nombor seseorang. Otaknya ligat merangka satu rancangan, dia pasti Iman akan terperanjat besar bila mendapat tahu berita itu.
”Hello....Amsyar, Aisy Rayyan here. I need u to do something for me.” ujar Aisy.
”Boleh Doktor Rayyan, just say it.” ujar Amsyar.
”I need u to send me a detail about Dr. Sara, doktor baru yang akan laporkan diri bulan depan.” ujar Aisy.
”U mean Dr. Nur Iman Qaisara?.” tanya Amsyar.
”Yes...that one.” ujar Aisy, yakin.
”Ok....i send it to ur email now, lagipun saya masih ada kat pejabat lagi ni.” ujar Amsyar.
”Thanks.” ujar Aisy sebelum mematikan perbualannya. Dia tersenyum lagi. Keretanya terus dihalakan keluar dari perkarangan banglo menuju ke pusat bandar.




Iman dan Amanda, terbaring kekenyangan, masakan tidak sekotak besar pizza habis dimakan oleh mereka berdua. Masing-masing kelihatan seperti ular sawa. Iman dan Amanda saling ketawa bila melihat keadaan masing-masing, kalaulah kak Yana melihat mereka begini pasti telinga mereka dipulas.
”Aku lupa nak bagitau la Manda, ada berita baik.” ujar Iman.
”Pasal apa?.” tanya Amanda tidak sabar, Iman tersenyum.
”Cuba teka”  Amanda diam, berfikir sejenak.
”Errr...kau nak kawin?.” Iman mencemik.
”Bukan la....yang ni tak ada kena-mengena dengan hidup aku.” Omel Iman, Amanda menggaru kepalanya.
”Kau cakap jelah...aku dah tak boleh nak fikir.” Ujar Amanda, malas. Iman mengeluh, cepat sangat mengalah.
”Kak Yana nak dapat baby tak lama lagi.”  ujar Iman ceria.Amanda bangkit dari pembaringan, matanya memandang tepat anak mata Iman.
”Betul ke ni?kau tak main-main kan.” tanya Amanda. Iman menggeleng. Amanda bertepuk tangan. Gembira bukan kepalang bila mendengar berita itu, hari yang dianggap cukup bertuah kerana mereka menerima 2 berita baik dalam satu hari yang sama.
”Lepas ni....kita sama-sama jaga kak Yana. Kitakan bakal doktor, bagus juga ada pesakit kat rumah ni, boleh praktis.” ujar Amanda.
”Hish kau ni....kau ingat kak Yana tu katak ke, nak buat ujikaji.” marah Iman. Amanda ketawa.
”Maksud aku.....sebagai pelajaran pertama sebelum kita bergelar doktor pakar yang bertauliah.” ujar Amanda. Iman mengangguk, betul jugak kata Amanda.
”Kiranya sekarang ni kita doktor pakar yang tak bertauliah lagi la ya.” perli Iman. Amanda mengangguk.
”Aku dah tak sabar nak bergelar seorang doktor, aku nak buktikan yang aku memang layak bergelar seorang doktor.” ujar Iman. Amanda pelik.
”Siapa pulak yang kata kau tak layak ni?.” tanya Amanda lembut.
”Si jerangkung tu la, kau tahu petang tadi aku terserempak dengan dia kat hospital, apa lagi hangin la satu badan. Suka suki dia je nak kata yang aku ni tak layak jadi doktor.” ujar Iman geram.
”Dah tu kenapa kau tak sound je dia.” ujar Amanda.
”Dah direct lagi....aku suruh dia pergi check otak dia, takut kalau dia ada penyakit gila.....tak siuman.” ujar Iman selamba. Amanda ketawa besar. Dia dapat membayangkan bagaimana perang antara mereka berdua tercetus.
”Bila lah korang berdua nak berbaik ni ha?.” tanya Amanda. Jari telunjuk Iman berdiri tegak sebelum bergoyang kekiri dan kanan.
”Perkataan berbaik tu tak akan wujud dalam kamus hidup kitaorang tau, dah ditakdirkan yang aku dengan si jerangkung tu, musuh ketat.” ujar Iman. Amanda menggeleng.
”Tapi sampai bila....korang kena ingat yang korang tu satu keluarga.” ujar Amanda. Iman mencemik.
”Aku tak kawin dengan dia ok. Jadi secara automatiknya aku dengan jerangkung tu tak ada sebarang hubungan.” ujar Iman.
”Tapi mereka tak fikir macam tu. Lagipun mereka semua dah anggap kau macam menantu,  kan.” ujar Amanda. Iman menggeleng.
”Oh tidak......ianya takkan mungkin terjadi. ” ujar Iman, marah.
”Macam mana kau berkata tidak sekalipun, kau tetap kena kawin dengan dia.” ujar Amanda.
”Mati berdiri la aku kalau aku kawin dengan dia....dia punya perangai kalau baik macam abang Amirul tak pe lah jugak, ini tak....perangai mengalahkan setan.” ujar Iman. Geram, sakit hati semuanya bersatu dalam jiwa. Amanda mencemik, yang bercakap tu pun apa kurangnya, dua kali lima jugak.
”Tak baik kau cakap dia macam tu tau.” ujar Amanda. Iman mengecilkan matanya.
”Yang kau ni bela dia kenapa, kau syok kat dia yek.” tanya Iman, curiga. Amanda memuncungkan bibirnya.
”Gila kau.....Jason aku tu nak campak kat mana?.” tanya Amanda. Iman tersenyum.
”Tak payah campak kat mana-mana, bagi jer kat aku.” ujar Iman dengan selamba membuatkan Amanda tanpa berfikir terus melepaskan cubitan kecil dilengan Iman.
”Aduh....sakit lah.” ujar Iman, dia menggosok lengannya yang sedikit merah, kesan cubitan Amanda.
”Padan muka...siapa suruh kau merepek yang bukan-bukan.” ujar Amanda. Iman memuncungkan mulutnya.
”Gurau pun nak ambil hati, kau ni.” ujar Iman.
”Lain kali jangan bergurau pasal bab tu lagi. Aku ni sensitif tau bila melibatkan Jason.” ujar Amanda.
”Sayang sangat kat Jason dia tu.” sindir Iman.
”Mestilah.” ujar Amanda sambil tersenyum. Iman berpura-pura ingin muntah, dia membuat isyarat menjolok tangannya ke dalam mulut. Amanda ketawa kecil.
Penat berbual akhirnya mereka tertidur diruang tamu lantaran terlalu lama menunggu kepulangan Ilyana dan Amirul. Bunyi nada message yang masuk mengejutkan Iman, dia mencapai handphonenya lalu menekan butang dan membaca message yang tertera.
”Manda bangun, tido kat dalam bilik....kak Yana tak balik.” ujar Iman, dia turut bangun, menghala ke pintu untuk memastikan semuanya berkunci sebelum masuk ke bilik.

Tawanan Cinta 4



BAB 4
           

Iman dan Amanda berpelukan sesama sendiri. Tangisan kegembiraan menitis di pipi mereka, keluhan lega dihela, tak perlu lagi risau memikirkan kemana mereka akan dicampakkan selepas ini. Pandangan mata mereka beralih ke arah pensyarah dihadapan mereka.
            “Betul ke Dr. Syafikah.....Doktor tak main-main ni.” Ujar Amanda, meminta kepastian. Perempuan separuh umur itu mengangguk.
            ”Kenapa pulak saya nak main-main. Lembaga pengarah hospital dah setuju untuk menawarkan awak berdua bekerja disini. Lagipun prestasi awak berdua bagus, sepanjang awak melakukan praktikal disini, tak ada sebarang rungutan dari pesakit yang kami dengar atau terima.“ Ujar Doktor Syafikah. Iman dan Amanda tersenyum dan mengangguk.
            “Mestilah…kitakan buat kerja dengan penuh kasih sayang.” Bisik Iman ke telinga Amanda membuatkan gadis itu ketawa kecil.
            “Atas saranan saya juga.…mereka turut menawarkan awak berdua untuk menyambung pelajaran ke peringkat sarjana.” Ujar Doktor Syafikah lagi. Iman dan Amanda menekup mulut, macam tak percaya dengan apa yang mereka dengar.
            ”Serius doc?.” Tanya Amanda, wanita itu mengangguk sambil tersenyum.
            ”Alhamdulillah....terima kasih Doc.” Ujar Iman, ucapan syukur tidak putus-putus bergema dalam hatinya, betapa besarnya rezeki yang Allah kurniakan buat mereka.
            ”Bila  kami boleh mula kerja?.” Tanya Iman tidak sabar.
            ”Bulan depan, in sya allah.” Iman dan Amanda mengangguk, jika dicongak, ada kira-kira tiga minggu lagi. Mereka terus keluar setelah mengucapkan terima kasih.
            ”Tak sangkakan impian kita jadi kenyataan secepat ni.” Ujar Amanda, Iman mengangguk.
            ”Inilah yang dinamakan rezeki.” Ujarnya, Amanda mengangguk setuju.
            ”Aku nak balik dan bagitau Kak Yana pasal hal ni. Seronoknya....tak sabar aku nak mula kerja.” Ujar Iman. Amanda mengangguk.
            ”Aku nak pergi bagitau Jason jugak ni. Kita jumpa kat rumah nanti.” Ujar Amanda lalu pergi.




 Iman melonjak kegembiraan, gembira bila impiannya menjadi kenyataan. Bergelar seorang doktor, itu adalah kebanggaannya.  Dia berpusing-pusing sehingga dia tidak menyedari yang dia sudah melanggar seseorang.
            ”Maaf.....saya tak sengaja.” Ujar Iman. Dia mendongak. Sebaik terpandang wajah lelaki itu, kemarahannya meletup, memercikkan api membakar hati.
            ”Kau????.” Ujar mereka serentak.
            ”Apa yang kau buat kat sini?.” Tanya Iman. Aisy tersenyum sinis.
            ”Sepatutnya aku yang tanya kau.” Balas Aisy. Dia melihat penampilan gadis dihadapannya sekilas.
            ”Oh.....bakal doktor rupanya. Tak sangka perempuan gila macam kau ni layak jugak jadi doktor.” Sindir Aisy.
            ”Wah! Suka suki kau je yek cakap aku gila. Kau ingat kau tu bagus sangat.” Ujar Iman, meluat.
            ”Memang aku bagus apa, kalau tak..... takkan aku boleh belajar sampai keluar negara.” Ujar Aisy bangga. Iman menahan marah, dia beristifar beberapa kali.
            ”Ya Allah.....kurniakanlah aku kesabaran yang tinggi.” Doa Iman dalam hati. Iman memeluk tubuh, wajah Aisy dipandang atas bawah, menilik lelaki itu seimbas.
            ”Aku rasa kau ni ada masalah otak.....nak aku tolong checkkan otak kau tu..” Ujar Iman, menyindir. Aisy mengangkat kening,
            ”Tak payah.....yang patut betulkan otak tu bukannya aku tapi kau.” Ujar Aisy pula, dahi gadis itu ditunjal dengan jari telunjuknya. Iman tidak dapat menahan marahnya lagi, lelaki ini sudah lebih.
            ”Baik kau blah dari sini.....orang macam kau ni tak dialu-alukan datang ke hospital ni.” Halau Iman. Aisy melirik senyuman, dia melangkah perlahan menghampiri gadis itu membuatkan Iman berundur setapak.
            ”A..a..apa kau nak buat ni?. Jangan, nanti aku jerit.” Ujar Iman. Aisy ketawa. Penakut jugak rupanya, desisnya.
            ”Bukan aku tapi kau.....kau tak kenal lagi siapa aku Iman, jangan cuba nak bermain dengan api, nanti terbakar diri.” Ujar Aisy. Iman menolak tubuh Aisy menjauhinya, sikitpun dia tidak menunjukkan riak takut dengan ugutan lelaki itu.
            ”Aku dah terlebih kenal dah, luar dalam kau semua ada dalam poket aku. Setakat api.....apalah sangat, meriam buluh pun aku berani main la.” Ujar Iman, sengaja membakar hati lelaki itu.
            ”Kau jangan cabar aku Iman...nanti menyesal tak sudah.” Ugut Aisy, Iman tersenyum sinis.
            ”Ada aku kisah.....bukannya hospital ni kau punya pun.” Ujar Iman berani, sungguh dia lupa. Aisy tersenyum sinis. Iman menolak lelaki itu ketepi lalu melangkah pergi dengan perasaan marah.
            Aisy mengetap bibirnya, dia melangkah laju menuju ke bahagian pentadbiran. Iman harus sedar dengan siapa dia berdepan. Dia bukan seperti Amirul yang boleh menerima sikap Iman dengan mudah.
            ”Taulah nasib kau nanti. Aku akan tunjukkan siapa aku dan siapa kau yang sebenarnya. Tunggu jelah.” Ujar Aisy, dia tersenyum sinis.




            Iman berlari menuju ke dapur sambil menjerit memanggil nama kakak kesayangannya, kelam kabut dia menanggalkan kasut sebelum dicampak ketepi. Ilyana yang sedang sibuk memasak tergamam dengan kehadirannya. Dia mencium pipi Iman, sebagai tanda kasih.
            ”Kenapa kelam kabut sangat ni, Amanda mana?.” Tanyanya, Iman tidak memperdulikan pertanyaan itu, ada perkara yang lebih penting yang mahu dikongsi dengan Ilyana.
            ”Iman ada berita baik nak kongsi dengan Kak Yana.” Ujar Iman.
            ”Iya..Kak Yana pun sama.” Kening Iman terangkat, Ilyana tersenyum.
            ”Iman cakap dulu ya.” Ujar Iman. Ilyana mengangguk.
            ”Iman..dah..dapat..kerja.” Ujar Iman dengan gembiranya. Ilyana terus memeluk adik kesayangannya itu sambil mengucapkan tahniah.
            ”Alhamdulillah...Kak Yana happy sangat.” Pipi Iman dicium lembut.
            ”Bukan tu je.....Iman jugak ditawarkan untuk menyambung pelajaran dalam peringkat sarjana.” Ujar Iman lagi.
            ”Bagus la macam tu......Kak Yana bangga dengan Iman.” Ujar Ilyana. Iman mengangguk, tak cakap pun dia tahu.
            ”Ok.....sekarang giliran Kak Yana pulak.” Ujar Iman.
            ”Insyallah tak lama lagi...Iman akan dapat anak buah.” Ujar Ilyana. Iman menekup mulutnya, dia bagaikan tidak percaya mendengar kata-kata Ilyana.
            ”Betul ke ni?. Wah..bestnya. Bila due?.” Tanya Iman bertubi-tubi. Ilyana ketawa mengenangkan sikap adiknya itu.
            ”Insyallah bulan 8 tahun depan Iman akan dapat anak buah yang comel, macam Iman.” Ujar Ilyana. Iman mengangguk, tidak sabar rasanya mahu memeluk si kecil itu. Senyuman yang mekar tiba-tiba mati membuatkan Ilyana kehairangan.
            ”Kenapa ni, tiba-tiba mood berubah...ada masalah?.” Tanya Ilyana. Iman mengeluh, dia mencapai gelas lalu menuangkan air sebelum meneguknya perlahan.
            ”Gaduh dengan Aisy?.” Teka Ilyana. Iman mencemik, benci bila nama itu disebut.
            ”Iman tak tahu apa masalah Jerangkung tu, suka sangat sakitkan hati Iman.” Ujar Iman.
            ”Apa lagi yang Aisy dah buat?.” Tanya Ilyana, lembut.
            ”Dah la semalam dia cakap Iman gila, lepas tu hari ni....bila jumpa dia kat hospital, dia boleh pertikaikan kelayakan Iman sebagai seorang doktor, ada ke patut. Sudah la tu, berlagak nak mampus. Mentang-mentang la dia belajar kat luar negara, dia ingat dia hebat sangat.” ujar Iman, meluahkan rasa tidak puas hatinya.
”Bukan Iman tak nak pilih universiti kat oversea tu, universiti tu yang tak nak pilih Iman....nak buat macam mana.” ujar Iman lagi. Ilyana ketawa.
”Bila Iman boleh mula kerja?.” tanya Ilyana, sengaja mengelak dari terus berbicara tentang Aisy.
”Bulan depan. ” ujar Iman. Ilyana mengangguk, dia meneruskan kerjanya semula.
”Pukul berapa Kak Yana nak pergi rumah mama?.” tanya Iman.
”Awal sikit, sebelum maghrib. Boleh tolong apa yang patut.” ujar Ilyana, Iman mengangguk.
”Kenapa....Iman nak ikut?.” tanya Ilyana. Iman cepat-cepat menggeleng.
”Tak kuasa.....nanti tak pasal-pasal, perang dunia ketiga pulak yang meletus. Baik Iman duk rumah, tengok tv lagi baik.” ujar Iman. Ilyana mengeluh.
”Ikut suka Iman la, Kak Yana tak nak paksa. Tapi kalau Iman ubah fikiran nanti, ajak Manda sekali.” ujar Ilyana. Iman mengangguk, dia berlalu biliknya meninggalkan Ilyana dengan tugas memasaknya.