Lama rasanya aku tak coretkan sesuatu disini....terlalu sibuk dengan pelbagai urusan( kerja malahan kesihatan juga tidak begitu baik ) membuatkan masa yang ada bagaikan tidak mencukupi. Dalam debar menanti karya pertama diterbitkan, karya kedua, Gerhana Cinta Luka hampir siap. Mungkin tidak sebaik yang pertama, tapi aku amat berharap ianya diterima pembaca....
Untuk semua pembaca yang masih setia menunggu apa kesudahan Tragedi Cinta, nantikan kemunculannya dalam versi cetak, insyaallah...
to all of you, terima kasih untuk segalanya, masa dan kesabaran anda.
hug & kiss...
eila iraiena
Rabu, 17 April 2013
Khamis, 29 November 2012
gerhana cinta luka 20
EPISODE
20
Musim bunga kembali lagi, Andrea semakin resah, minggu
depan pencarian bakat baru bermula sedangkan dia masih belum menemui sebarang
jalan penyelesaian. Pembunuhan demi pembunuhan yang berlaku cukup memberikan
kesan buatnya. Saban tahun dia terpaksa hidup dalam keresahan sambil berusaha
mencari siapa mangsa yang seterusnya.
Gambar-gambar
yang dihantar Nick, Ben, Oliver, Kelvin dan Juan langsung tidak menepati
gambaran mangsa-mangsa pembunuhan.
Andrea
mengeluh hampa. Seharian dia berkurung didalam biliknya, pelawaan makciknya
mengajak dia keluar bersiar ditolak dengan lembut. Malah dia tidak ke kafé seperti hari-hari biasa dan sering mengelak
untuk bertemu dengan sesiapa yang datang melawat menyebabkan masing-masing
kehairangan.
Panggilan
dari Thomas mematikan resahnya buat seketika. Butang hijau ditekan, dia menyapa
dengan nada yang lemah.
“Hai
si cantik manis, apa khabar?.” Tanya Thomas.
“Khabar
yang tak baik.” ujar Andrea selamba.
“Kau
tak sihat ke?.” Tanya Thomas, cemas.
“Tak
adalah….kenapa call?.” Tanya Andrea mengelak.
“Minggu
depan Program Pencarian Bakat Baru Model bermula, aku dan Anna dah buat
keputusan untuk turut serta jadi kami nak kau uruskan bagi pihak kami macam
biasa.” ujar Thomas.
“Kenapa
tiba-tiba pulak, bukan ke kau kata tak nak cari bakat baru dalam tempoh dua,
tiga tahun ni.” Tanya Andrea. Thomas ketawa.
“Mulanya
memang macam tu tapi aku dan Anna fikir, ini jalan terbaik untuk kau cari siapa
mangsa seterusnya sebelum pembunuhan berlaku.” ujar Thomas.
“Tapi…..”
Andrea tidak dapat menghabiskan kata-katanya bila ianya dipintas oleh Thomas.
“Kami
tak ada cara lain lagi nak bantu kau, lagipun kami dah tak sanggup nak tengok
kau hidup macam tu. Jadi kami nak kau rebut peluang ni untuk cari jalan
penyelesaian.” ujar Thomas. Andrea mengeluh.
“Dan
pertaruhkan nama baik agensi korang semata-mata nak tolong aku. Tak payah lah,
aku tak sanggup dan aku tak akan lakukannya.” ujar Andrea.
“Eliss….kami
tak nak tengok kau terus diselubungi masalah, 4 tahun kami lihat kau menderita,
saban tahun kau terpaksa lalui peristiwa yang sama. Sampai bila kau nak terus
begini.” ujar Thomas. Andrea mengeluh. Dia
juga jika diberi pilihan dia tidak mahu melaluinya lagi seperti tahun-tahun
sebelumnya tapi dia tidak mampu mengelak selagi jalan penyelesaian belum
ditemui.
“Tapi
bukan bermakna korang berdua perlu pertaruhkan reputasi dan nama baik agensi
korang.” ujar Andrea, marah. Dia menarik nafas panjang.
“Korang
berdua dah terlalu banyak berjasa pada aku. Kerana korang, nama aku dikenali semua.
Kerana korang, aku jadi terkenal. Semua majalah, editor malah orang-orang
penting dalam dunia fesyen kenal aku. Kerana korang, aku berjaya memenangi
anugerah. Semuanya kerana korang berdua. Jadi tolonglah jangan minta aku ambil
risiko untuk pertaruhkan reputasi dan nama baik agensi korang.” ujar Andrea,
lemah.
“Eliss…..apa
yang kau terima sehingga ke hari ini, semuanya adalah hasil usaha kau. Kami
hanya membuka jalan, selebihnya kau sendiri yang lakukannya.” ujar Anna.
“Betul
kata Anna tu. Apa yang kami terima hari ini dari kau, lebih dari apa yang kami
beri pada kau. Kalau kau kata, kau tak boleh lupakan jasa kami, kami juga sama.
Tak mungkin kami boleh lupa….kerana kau, agensi kami sekarang merupakan agensi
modeling terbaik Negara. Kerana kau, model-model kami boleh berdiri sama tinggi
dengan model ternama dunia dipentas antarabangsa. Kerana kau, model kami
berpeluang untuk memakai pakaian rekaan pereka terkenal dunia. Semuanya kerana
kau, jadi jangan terlalu memikirkan pasal nama dan reputasi kami.” ujar Thomas
pula. Andrea mengeluh lagi.
“Korang
betul-betul sanggup tanggung risiko ni, kalau apa-apa jadi?.” Tanya Andrea,
mengalah akhirnya.
“Yup….”
ujar Thomas yakin.
“Ok….aku
boleh uruskan ujibakat tu tapi dengan satu syarat.” ujar Andrea, dia tersenyum.
“Apa
saja syarat kau, kami terima.” ujar Anna.
“Aku
nak adakan sesi ujibakat tu kat sini.” ujar Andrea.
“Maksud
kau dekat Pekan Primrose?.” Tanya Anna.
“Ya…..macam
mana, korang terima.” Tanya Andrea.
“Dah
tentulah kami terima, nampaknya kami ada peluanglah nak datang melawat pekan
kelahiran kau. Tak sabar rasanya nak nikmati keindahan Tasik Aquamarine.” ujar
Thomas, gembira. Andrea mengetap bibirnya, sangkanya mereka tidak akan setuju
dan terus membatalkan rancangan tapi sebaliknya pula yang berlaku. Andrea
mengeluh.
“Kalau
macam tu, kita jumpa minggu depan.” ujar Andrea lemah.
“Itu
dah semestinya si cantik manisku, aku akan sediakan semuanya. Kau cuma perlu
tunggu saja kedatangan kami.” ujar Thomas, Andrea mencemik.
“Ok.…aku
nak keluar ni, nanti kita berbual lagi. Bye.” ujar Andrea lantas mematikan
perbualan. Wajahnya disembamkan diatas meja, fikirannya kusut.
Bunyi
nada dering handphonenya buat kali kedua memaksa dia untuk mengangkat wajahnya
kembali, pantas handphonenya dicapai. Bulat matanya melihat nama yang tertera
diskrin, Faye.
“Faye…hai.”
sapa Andrea.
“Hemm….I
dengar u akan uruskan sesi ujibakat bagi Clark & Louis Agency, baguslah I
gembira sangat bila dengar berita tu.” ujar Faye.
“U ni
kan…..cepat saja tahu berita ni, siapa yang bagitau u?.” Tanya Andrea, malas.
“Adalah…..kebetulan
pulak, I ada benda nak cakap dengan u.” ujar Faye. Andrea mengerutkan dahinya.
“Hal
apa?.” tanyanya. Faye ketawa. Andrea mula berasa was-was, pasti ada kaitan
dengan kerjanya. Faye pasti sedang merangcang sesuatu.
“Untuk
edisi istimewa Majalah Fashioniesta sempena ulangtahun ke-25 ni, isu yang kami
pilih untuk kali ini adalah ‘ BRIDE’S AND NATURAL ’ jadi pihak
pengurusan dan ahli lembaga pengarah semua bersetuju untuk memilih Tasik
Aquamarine sebagai lokasi pergambaran.” ujar Faye, Andrea terkejut.
“Oh tidak,
ini tak mungkin berlaku.“ Jerit hatinya.
“Kenapa
pulak pilih tempat ni sebagai lokasinya, tak ada lokasi lain ke yang boleh
dijadikan pilihan.” ujar Andrea, membantah.
“Hei
Darling….u patutnya gembira tau, pekan kelahiran u akan masuk majalah. Lepas ni
tentu ramai pelancong yang akan datang kesana.” ujar Faye, Andrea mendengus.
“Ala
tak masuk majalah pun, dah ramai yang datang. Pilihlah lokasi lain.” pujuk
Andrea.
“Eliss….”
tegur Faye. Andrea mengeluh, malas mahu bertegang urat lagi. Dia penat terlalu
penat.
“Ya
lah…..ya lah….tapi pergambaran tu hanya akan berlangsung sehari lepas sesi
ujibakat. Kita akan gunakan model dari Clark & Louis kan?.” Tanya Andrea.
“Of
couselah…..selama ni pun Majalah Fashioniesta memang gunakan model dari agensi
mereka kan.” ujar Faye.
“Manalah
tahu kalau-kalau u nak guna model dari agensi lain.” usik Andrea.
“Kami
dah biasa dengan mereka. Jadi u setuju ya, kita adakan pergambaran tu minggu
depan.” ujar Faye.
“Pastikan
semua persiapan dibuat dengan rapi, I tak nak nanti timbul sebarang masalah
pulak dalam pergambaran.” ujar Andrea, mengingatkan.
“Ok…..so
kita jumpa minggu depanlah. Bye….have a nice day.” ucap Faye sebelum mematikan
perbualan. Andrea mengeluh lagi, fikirannya semakin berkecamuk. Lepas satu,
satu masalah yang timbul. Dia sudah tidak tahu bagaimana hendak menangani lagi.
Dia
sudah sedaya upaya mencuba mengelak dari mempertaruhkan nama dan reputasi
Thomas dan Anna namun tidak berjaya dan sekarang Faye pula menambah kerisauannya.
Suara
gembira Stella dihujung sana cukup membingitkan telinganya. Perlahan-lahan dia
menjauhkan corong handphonenya dari memekakkan telinga.
“Sudah-sudah
la tu menjerit, sakit telinga aku ni.” ujar Andrea.
“Wah…..tak
sabarnya aku nak datang ke pekan kau. Boleh la aku cari peluang untuk kenal
dengan lelaki-lelaki hensome kat sana. Manalah tahu kot-kot nanti aku akan jadi
orang pekan kau.” ujar Stella.
“Apa-apalah….jangan
lupa pastikan semua peralatan dan krew bersedia, jangan ada yang tertinggal pulak.”
pesan Andrea.
“Jangan
bimbanglah….aku akan pastikan semuanya berjalan dengan lancar.” ujar Stella,
tahu bagaimana cara Andrea bekerja.
“Ha…..lepas
ni jangan kata aku tak pernah ajak kau datang sini pulak. Ni aku dah bagi
peluang untuk kau kenal dengan pekan dan orang-orang kat sini.” ujar Andrea.
“Aku
tahulah….ok, aku nak pergi selesaikan kerja yang tertangguh. Nak berkemas lagi.
Bye.” ujarnya sebelum mematikan talian membuatkan Andrea hanya mampu
menggelengkan kepala.
Beg
sandangnya dicapai sebelum keluar menuju ke garaj. Dia tersenyum, basikal
miliknya masih elok, perlahan-lahan disorongnya basikal keluar.
Kopi
yang masih bersisa didalam mug, diteguk sekaligus. Andrea memandang wajah
Thalia dan Sandra lama membuatkan mereka berdua kehairangan.
“Apa
hal kau pandang kami macam tu, ada yang tak kena dengan muka kami ke?.” tanya
Thalia. Andrea menggeleng sambil ketawa kecil.
“Aku
nak minta bantuan korang berdua sebenarnya, boleh?.” tanya Andrea.
“Dah
tentulah boleh, cakap saja.” ujar Thalia, Sandra mengangguk.
“Aku
nak upah korang berdua untuk jadi katering aku selama lima hari bermula minggu
hadapan.” ujar Andrea.
“Untuk
majlis apa?.” Tanya Sandra, hairan. Makcik Jane tidak pula memberitahu mereka,
kalau-kalau dia ingin mengadakan apa-apa majlis.
“Korang
tahukan pasal Program Pencarian Bakat Baru Model yang diadakan setiap tahun
pada bulan Mei. Jadi tahun ini, agensi kawan aku akan turut serta dalam
pencarian bakat baru tu dan dia minta aku untuk uruskan hal tu. Sebab tu aku
akan adakan ujibakat tu dekat sini.” ujar Andrea. Mereka berdua mengangguk.
“Lepas
daripada program tu, ada satu pergambaran akan berlangsung, pergambaran
apa…..aku tak boleh cakap. Korang kena tunggu jelah.” ujar Andrea, tersenyum.
Thalia dan Sandra saling berpandangan, masing-masing mengangkat bahu.
“Ok
tak ada masalah.” ujar Sandra. Andrea mengangguk.
“Pasal
hal tu, kau tak perlu risau. Kau tak payah bayar apa-apa. Aku dan Sandra
sponser je.” ujar Thalia.
“Betul
ke ni…..kalau macam tu lagi bagus, tak payah aku sain apa-apa cek untuk korang.”
ujar Andrea ketawa. Thalia dan Sandra juga.
“So
aku serahkan tugas ni untuk korang lah ya.” ujar Andrea, begnya disandang
kebahu, bersedia untuk melangkah pergi. Thalia dan Sandra hanya menghantar
pemergian Andrea dengan senyuman dan lambaian tangan.
Andrea
berbaring mengadap siling bilik tidurnya. Fikirannya merewang jauh, peristiwa
lama kembali menerjah diminda, peristiwa pahit yang cuba dibuang dari ingatan
namun semakin hampir program pencarian bakat bermula, peristiwa itu semakin kuat
merantai ingatan.
Puas
dia cuba menghalau memori lama dari terus menerjah ruang ingatannya namun ianya
tetap berlegar diruang fikiran tanpa mahu berganjak walau sedikitpun.
gerhana cinta luka 19
EPISODE
19
Alunan air tasik
yang tenang mengalir cukup mendamaikan perasaan Andrea. Tasik
Aquamarine yang hijau kebiruan airnya kelihatan jernih dipermukaan
sehingga dasarnya jelas kelihatan.
Anak ikan berenang bebas, sementara
sang burung terbang rendah dipermukaan menanti peluang untuk menyambar si ikan
yang sedang galak berenang.
Dihujung tasik, kelihatan beberapa
anak muda sedang bersukaria, ada yang sedang mandi malah ada yang sibuk
memancing. Andrea tersenyum sendirian, hujung minggu begini situasi itu
sememangnya perkara biasa bagi penduduk disini.
Andrea
tidak mahu melepaskan peluang untuk beraksi, pantas butang kecil pada kameranya
ditekan berkali-kali bagi merakam detik indah itu.
Senyuman
Andrea tiba-tiba mati bila teringatkan peristiwa lampau. Tasik dihadapannya ini
pernah memberikan kenangan manis, tapi tasik ini juga yang telah meragut
semuanya. Tanpa sedar, air matanya mengalir perlahan. Cepat-cepat disekanya
dengan jari, tidak mahu terus hanyut dalam kesedihan yang akan membuatkan
hatinya mati.
“Hannah….hari
ini aku kembali lagi kesini. Maafkan aku kerana memungkiri janji aku. Aku tahu
aku pernah cakap yang aku akan kembali pada kau sebaik tamat pengajian dulu
tapi aku tak tunai pun janji tu kan. Maafkan aku ya Hannah.” ujar Andrea
perlahan. Dia duduk diatas rumput, ditepi tasik. Batu kecil dicapai lalu
dilemparkan kedalam tasik sehingga mengocakkan ketenangan tasik itu.
“Kau
tahu tak…..aku tak pernah lupakan apa yang berlaku sepuluh tahun dulu. Berkali-kali
aku cakap pada diri aku, kenapa aku biarkan semua tu berlaku. Kalau aku cepat
atau kau lambat tentu kami semua takkan kehilangan kau.” ujar Andrea lagi,
mengulang kata-kata yang sama.
“Hannah…..patut
ke aku bagitau sesiapa tentang apa yang pernah berlaku pada aku dulu. Kerap kali aku terjebak dalam kes pembunuhan,
aku pernah anggap ianya satu kebetulan tapi bila berkali-kali pembunuhan
seperti itu berlaku, aku mula percaya ianya bukan satu kebetulan lagi.”
ujarAndrea, tubuhnya dibaringkan diatas rumput.
“Aku
takut mereka semua kecewa bila tahu kisah silam aku, aku takut kalau mereka tak
boleh terima semua tu. Siapa tahu kan….kalau aku mungkin kehilangan mereka
andai rahsia ini terbongkar.” ujar Andrea lagi.
“Aku
tak pasti berapa lama aku boleh rahsiakan kisah silam aku ni, harap-harap
selama aku hidup, rahsia ni akan tersimpan kemas dalam lipatan sejarah hidup
aku.” ujar Andrea lemah.
Matanya
dipejam rapat sambil nafas dihela perlahan. Udara pagi yang begitu menyegarkan
ditambah dengan sinaran mentari pagi cukup membuatkan mindanya menari bebas
menikmati keindahan alam.
Andrea
membuka matanya perlahan-lahan bila terasa ada sesuatu yang menghalang sinaran
mentari dari menjamah wajahnya. Dia terkejut dan bingkas bangun lalu duduk
bersimpuh bila terpandang wajah Sean.
“Sheriff…..buat
apa kat sini?.” Tanya Andrea, Sean tersenyum.
“Meronda…..awak
pulak buat apa kat sini, Ann?.” Tanya Sean pula. Andrea mengeluh.
“Nikmati
keindahan alam…..dah lama rasanya saya tak melakukan sesuatu seperti ini.” ujar
Andrea. Sean melabuhkan punggungnya disebelah.
“Tunang
Sheriff mana?.” Tanya Andrea.
“Dia
ke Pekan Golden Rose, ada hal katanya.” ujar Sean. Andrea mengangguk.
“Sheriff….boleh
saya Tanya sesuatu.” Tanya Andrea.
“Boleh
tapi ada syaratnya.” ujar Sean.
“Apa
dia?.” Tanya Andrea pula.
“Tolong
panggil saya Sean.” ujar Sean Andrea mengetap bibirnya, patut ke dia memanggil
lelaki itu dengan nama.
“Tapi
saya….” Andrea tidak sempat menghabiskan kata-katanya bila Sean lebih pantas
bersuara.
“Ann…..awak
sendiri tahu, semua penduduk kat pekan ni dah macam satu keluarga besar, kita
saling mengenali antara satu sama lain jadi tolong jangan anggap saya seperti
orang luar.” ujar Sean, Andrea mengangguk.
“Ok….ok.”
ujar Andrea mengalah.
“Nak
Tanya apa?.” Tanya Sean.
“Dah
lama ke tunang awak jadi jurugambar?.” Tanya Andrea.
“Tujuh
tahun.” ujar Sean.
“Dia
tak pernah bekerja dengan mana-mana agensi ke sebelum ni, atau diupah oleh
mana-mana majalah.” Tanya Andrea lagi. Sean menggeleng.
“Tak
pernah dapat peluang pun, selalunya dia jadi jurugambar kecil-kecilan untuk
majlis perkahwinan. Itupun tak banyak.” ujar Sean simpati dengan nasib
tunangnya.
“Oh
macam tu rupanya….tak apalah saya akan cuba membantu setakat yang saya mampu,
selebihnya dia sendiri kena usaha.” ujar Andrea. Dia mengeluarkan PDAnya,
mencari nombor beberapa kenalannya yang terlibat dalam dunia penerbitan
majalah.
“Hello
Julian….lamanya tak dengar cerita.” sapa Andrea.
“Hai
si cantik…..lama tak jumpa, u semakin cantik sekarang, lebih-lebih lagi lepas
menang anugerah, makin terkenal lah ya. Patutlah u dah tak nak kerja untuk I.”
ujar Julian.
“Siapa
yang tak nak siapa ni ha, bukan ke u sekarang dah ada jurugambar terkenal, Ben
Belfour. Mana nak pandang I lagi kan.” ujar Andrea mengusik. Julian ketawa
besar.
“Jangan
lah cakap macam tu, I sentiasa ingat jasa u dalam membantu menaikkan nama
majalah I dulu. I tak pernah lupa tau.” ujar Julian, Andrea ketawa.
“Sebenarnya
I ada hal nak cakap dengan u ni, kalau boleh I nak minta bantuan u.” ujar
Andrea.
“U
cakap je apa…..kalau I boleh tolong I akan tolong.” ujar Julian.
“Macam
ni……I ada seorang kawan, dia perlukan kerja. Sebelum ni dia jadi jurugambar
untuk majlis perkahwinan. Dan I dah
tengok gambar-gambar yang dia ambil, menarik. Jadi kalau boleh I nak
minta bantuan u, interview dia.” ujar Andrea, biarpun dia tidak pernah melihat
hasil karya Sophia pada hakikatnya.
“Hem….macam
nilah, u suruh dia datang jumpa I kat pejabat, nanti I tengoklah apa yang I
boleh bantu dia.” ujar Julian.
“Betul
ke ni?.” ujar Andrea.
“Betullah
sayang……kalau u yang rekomenkan dia, tentu dia bagus. Kalau boleh minta dia
datang esok jumpa I. Sebab lusa I nak terbang ke Paris, ada kerja.” ujar
Julian.
“Thanks
Julian…..u memang baik.” ujar Andrea memuji.
“Sebab
I sayangkan u lah maka I sanggup buat apa saja untuk u.” ujar Julian. Andrea
ketawa. Lelaki yang satu ini memang tak pernah berputus asa untuk memikatnya
sama seperti Nick Hunter membuatkan dia malas untuk melayan kerenah mereka.
“Oklah.…esok
I suruh dia kesana. Tapi sebelum tu….I nak ingatkan u, dia ni tunang orang, jadi
jangan nak menggatal ok. Bye.” ujar Andrea lantas mematikan perbualan, tidak
mahu berlama-lama berbual dengan lelaki itu yang diketahuinya memang seorang
kaki perempuan
“Ini
nombor kawan saya, minta tunang awak call dia. Kalau dia Tanya siapa yang bagi
nombor ni, kata Eliss yang bagi. Dan kalau boleh, minta dia terus ke pejabat
Majalah The Style esok, ada satu interview untuk dia.” ujar Andrea sambil
menghulurkan sekeping kertas tertera nombor pejabat Julian Fisher, pemilik
Majalah The Style, salah satu dari majalah yang pernah bekerjasama dengannya
sebelum ini.
“Betul
ke ni?.” ujar Sean. Andrea mengangguk, meyakinkan lelaki itu yang dia tidak
main-main.
“Terima
kasih untuk semuanya. Saya nak call dia bagitau hal ni. Mungkin dia boleh ke
Lacerta terus petang ni.” ujar Sean, dia bangun.
“Nak
saya hantarkan awak balik?.” pelawa Sean. Andrea menggeleng.
“Saya
nak duduk sekejap lagi kat sini. Nanti saya balik sendiri.” ujar Andrea
menolak. Sean mengangguk sebelum beredar.
Andrea
melepaskan nafas berat, entah kenapa hatinya terasa sesuatu tatkala lelaki itu
duduk disebelahnya, terasa seperti Aiden yang sedang menemaninya. Dia menarik
nafas panjang, membuang jauh perasaan itu, tidak mahu terlalu terjebak dengan
mainan perasaan kerana dia sedia maklum lelaki itu sudah berpunya.
Andrea
kembali memusatkan tumpuannya kearah tasik. Dia bagaikan ternampak wajah Hannah
disitu sedang tersenyum memandangnya. Lamunan Andrea mati bila handphonenya
berbunyi nyaring. Skrin dipandang, nama Nick tertera disitu. Dia mengeluh
sebelum butang hijau ditekan.
“Hai
Nick, lama tak dengar khabar?.” sapa Andrea, sekadar berbasi-basi.
“Ye
ke….rasanya baru bulan lepas kita jumpa kan.” usik Nick. Andrea ketawa.
“Yer
lah, dalam mimpi.” ujar Andrea sehingga mencetuskan tawa Nick.
“Kenapa
tiba-tiba call ni?.” ujar Andrea. Nick ketawa lagi.
“Nak
tunggu u call entah bila. Hurm….Tom kata u ada hal nak bincang dengan
I….sayang, apa dia?.” Tanya Nick. Andrea mengeluh kecil.
“Oh
pasal hal tu. Apa lagi dia cakap?.” Tanya Andrea.
“Itu
je, I pun tak sempat nak tanya lebih. So, u nak bincang apa dengan I.” Tanya
Nick lagi.
“Oh…..sebenarnya
I cuma nak tanya pasal pencarian bakat baru tahun lepas, Tom bagitau I….u
terlibat sama, betul ke?.” Tanya Andrea pula.
“Yup
dan I jumpa ramai bakat-bakat baru yang boleh diketengahkan. Kenapa tiba-tiba u
Tanya pulak?.” Tanya Nick was-was.
“U
ingat tak pasal kes pembunuhan tahun lepas?.” Tanya Andrea.
“Ingatlah,
mangsa pembunuhan yang dijumpai di Taman Awam Gerbera.” ujar Nick.
“Masih
ingat keadaan dia masa tu?.” Tanya Andrea.
“Mangsa
dipakaian dengan pakaian cantik dan disolek seperti seorang model.” ujar Nick.
“ Jadi
u mesti ingat rupa diakan. Pernah tak dia datang ujibakat dengan u?.” ujar
Andrea, teruja.
“I tak
pasti lah, ramai sangat yang datang masa tu. Jadi I tak bagi perhatian seratus
peratus.” ujar Nick.
“Sikit
pun u tak ingat kalau-kalau dia pernah datang?.” tanya Andrea.
“Tak
lah sayang.…tapi I ada ambil gambar calon-calon model tu sebagai simpanan.
Kalau u nak, nanti I hantar gambar-gambar tu pada u.” ujar Nick, Andrea
tersenyum.
“Memang I dah agak, pertanyaan u memang ada
kaitan dengan kes pembunuhan bersiri tu.” ujar Nick. Andrea ketawa.
“Yes…..dan
I terfikir mungkin mereka pernah datang ujibakat untuk jadi model. Lagipun
pembunuhan tu berlaku 3 bulan selepas ujibakat dijalankan.” ujar Andrea. Nick
mengeluh.
“I
akan cuba tanya Ben, Oliver, Kelvin dan Juan kalau-kalau dia pernah datang
ujibakat dengan mereka.” ujar Nick.
“Bagus
jugak tu, lagipun I belum berkesempatan nak call mereka untuk tanya.” ujar
Andrea, gembira dengan pertolongan yang dihulurkan Nick buatnya.
“Nanti
I suruh mereka call u ok. Bye the way…..dua bulan lagi pencarian bakat baru
akan berlangsung, dan I rasa, peristiwa tu pasti akan berlaku lagi.” ujar Nick.
“I
tahu….sebab tu I harap I boleh cari jalan penyelesaian sebelum peristiwa tu
berulang lagi. Lima bulan je masa yang kita ada sebelum ada gadis lain yang
akan jadi mangsa.” ujar Andrea.
“Harap-harap
tak ada lagi yang akan jadi mangsa.” ujar Nick. Andrea tersenyum. Pembunuhan ni
akan berhenti dengan sendirinya bila pembunuh yang mereka cari ditangkap.
“Oklah
I kena pergi sekarang, ada hal. Bagitau I bila u dah emailkan gambar-gambar tu.”
ujar Andrea lantas memutuskan panggilan sebaik selesai mengucapkan terima
kasih.
Kamera segera dimasukkan kedalam beg khas,
mentari semakin tegak dikepala, peluh juga mula membasahi tubuhnya. Andrea
bangun dan menyapu punggungnya yang kotor lalu beredar meninggalkan kawasan
Tasik Aquamarine.
Sekeping
nota yang diselitkan ditepi peti surat, ditarik. Andrea mengeluh, sejak pulang
sudah dua kali dia menerima surat seperti itu. Lipatannya dibuka menyerlahkan
bait-bait tulisan yang cukup dikenalinya.
U
can run but u can’t hide. Wherever u go, I’ll be there.
Sepotong
ayat Cuma tapi sudah cukup untuk menarik perhatian Andrea.
Pandangannya
dihalakan ke kawasan sekeliling, mencari kelibat seseorang yang mungkin
menghantar nota ini namun sayang hanya dia yang berdiri disitu, sendirian.
Nota
itu dicampak jatuh kedalam longkang yang berair. Dia tidak mahu ambil peduli
dengan semua ugutan itu, cukuplah jika hanya dia saja yang menjadi sasaran.
Selagi tiada orang-orang kesayangannya yang dilibatkan, dia tidak akan
mengambil sebarang tindakan drastik. Pintu pagar dikunci, dia melangkah menuju
ke rumah.
Khamis, 8 November 2012
gerhana cinta luka 18
EPISODE
18
Andrea berjalan
perlahan menyusuri jalan raya menuju ke kafe milik Thalia dan Sandra. Sengaja
dia mengambil keputusan untuk berjalan kaki, sambil bersenam boleh juga mencuci
mata. Semalam mereka bertiga sudah berjanji untuk membawanya bersiar-siar
melihat perubahan pekan kelahirannya ini.
Kamera ditangan langsung tidak
dilepaskan, kelipan cahaya kamera tidak pernah berhenti memancar. Ada saja
permandangan yang ingin diambil. Sesekali dia tersenyum dan melambai tangannya
tatkala terserempak dengan semua penduduk Pekan Primrose yang sudah lama
dikenalinya.
Andrea mengeluh kepenatan, agak jauh
dia berjalan. Dia baru sahaja selesai menghantar hadiah pada pakcik Shawn dan
makcik Lucy serta pakcik Charlie dan makcik Mary. Malah makcik Mary berjanji
mahu memasakkannya pai pisang sebagai ganti.
Keenakannya
sudah mula terbayang diruang mata, sudah lama dia tidak menikmati keenakan pai
buatan tangan makcik Mary, dulu sewaktu masih menuntut di sekolah tinggi,
wanita itu sering menjamunya dengan pai pisang.
Bayangan pai pisang hilang dari
ingatannya bila kedengaran namanya dipanggil, Andrea menoleh. Kelihatan Sean
sedang menghampirinya, seketika kemudian mereka berjalan beriringan.
“Dari mana?.” Tanya Sean, earphone
yang terpasang ditelinganya ditanggalkan.
“Rumah.” ujar Andrea sepatah. Lama
direnung wajah lelaki itu, hairan kerana tiba-tiba sahaja lelaki itu bersikap
ramah hari ini.
Walhal sebelum ini, susah untuk mendengar
lelaki dihadapannya itu membuka mulut, ditanya sepatah….sepatah dijawabnya.
“Kenapa awak pandang muka saya macam
tu, ada yang tak kena ke?.” Tanya Sean, Andrea cepat-cepat menggeleng.
Hish….terlebih tilik pula, nasib baik tak kantoi.
“Sheriff……tak kerja ke?.” Tanya
Andrea bila melihat lelaki itu masih berpakaian sukan. Sean tersenyum.
“Selalunya saya suka berjoging dan
sarapan dulu sebelum masuk pejabat. Awak nak ke kafe ke?.” Tanya Sean, Andrea
mengangguk.
“Nak tuntut janji dengan mereka,
katanya nak bawa saya bersiar-siar kat pekan ni hari ini.” ujar Andrea sambil
tersenyum.
“Bagus lah kalau macam tu, kebetulan
saya pun nak kesana. Boleh kita pergi sama-sama.” ujar Sean. Andrea mengangkat
keningnya.
“Teman wanita Sheriff tak marah ke
kalau dia tengok kita berjalan bersama, nanti tak pasal-pasal muka saya lebam
pulak. Tak mahu saya dituduh cuba merampas hak orang.” ujar Andrea, bergurau.
“Tak apa….dia tak kisah.” ujar Sean.
Andrea menggeleng.
“Itu kata Sheriff.” ujar Andrea
lagi, Sean tersenyum.
“Tak perlu bimbang pasal tu, mari
kita pergi.” ujar Sean. Andrea mengangkat bahunya, dia memang tidak kisah tapi
dia bimbang jika dia disalah ertikan.
Pintu kaca ditolak, loceng angin
berbunyi menandakan ketibaannya membuatkan Thalia segera berpaling. Senyuman
terukir dibibirnya menyambut kedatangan Andrea dan Sean.
“Tak payah nak bagi senyuman mengoda
macam tu kat aku. Kita orang just terserempak je tadi ok.” ujar Andrea sambil
menarik kerusi.
“Lama-lama nanti adalah sesuatu
tu….tak sabar aku nak tunggu.” ujar Thalia, Andrea mencubit lengan Thalia
menyebabkan sahabatnya itu mengaduh. Segera dia berpaling mengadap Sandra.
“Sandra….tunggu apa lagi, sarapan
aku mana?.” Tanya Andrea membuatkan Sandra ketawa kecil.
Pinggan
berisi dua keping buttermilk pengkek berserta sirap maple dan buah strawberry
sebagai hiasan disorong kearahnya. Segelas susu segar juga sudah tersedia
menanti. Sementara untuk Sean pula, dua keping sandwish tuna dan segelas jus
oren menjadi hidangan sarapan paginya.
“Bagus….kalau service kau selalu
macam ni, aku pasti tak lama lagi, kedai kau ni akan bertambah maju.” puji
Andrea.
“Moga-moga doa kau tu akan jadi
kenyataan. Biar pekan kita ni makin maju.” ujar Thalia. Andrea mengangguk,
suapan demi suapan masuk ke mulutnya, tiada lagi bicara yang keluar dari
bibirnya.
Ekor matanya melirik kearah Sean
yang sedang menikmati sarapannya. Hatinya terasa sesuatu bila lelaki itu berbicara
dengannya, seolah-olah dapat dirasakan yang Aiden sedang berbual dengannya.
Andrea cepat-cepat menghalau rasa yang mula bersarang dihati, pergi.
Bunyi loceng angin sekali lagi
menarik perhatian mereka, mata masing-masing tertumpu pada pintu kaca. Seorang
perempuan melangkah masuk dengan senyuman sebelum menghampiri Sean. Mereka
berpelukan seketika.
“Kenalkan ini tunang aku, Sophia.”
ujar Sean memperkenalkan perempuan disisinya. Cermin mata ditanggalkan, dia
mengangkat tangannya.
“Hai saya Sophia.” ujarnya. Thalia
membalas senyumannya.
“Hai…..saya Thalia, ini Sandra…..itu
Marion dan yang sedang asyik menyuap makanan tu, Ann.” ujar Thalia, Andrea yang
sedang mengunyah makanan tersedak bila namanya disebut.
“Hai….” ujarnya sepatah, Sophia
tersenyum namun senyuman dibibirnya kelihatan aneh. Ada maksud tersirat disitu.
Andrea menggelengkan kepala, perasaannya saja. Bisik hati kecilnya, dia kembali
menyambung suapan untuk menghabiskan sarapannya.
“So, Sophia….nak makan apa?.” Tanya
Thalia.
“Apa-apa pun boleh, pengkek juga ok.”
ujar Sophia. Thalia mengangguk, dia berlalu ke dapur membawa pesanan Sophia.
“Kau jangan sedih ya….nanti aku
kenalkan kau dengan lelaki lain yang lebih hensome.” ujar Sandra membuatkan
Andrea ketawa kecil.
“Dah lama ke korang berdua kenal?.”
Tanya Sandra.
“Lima tahun….I kenal dia masa kat
Lacerta, masa tu dia masih berkhidmat dengan pasukan tentera.” ujar Sophia.
Sean hanya tersenyum manis mendengar butir bicara tunangnya itu.
“Lepas dia menamatkan kerjayanya di
Lacerta, dia berpindah ke sini, I pulak menetap di Tucana.” ujar Sophia lagi.
Thalia mengangguk, wajahnya dipalingkan kearah Andrea.
“Apa?.” Tanya Andrea hairan. Thalia
tersenyum hambar.
“Aku oklah.” bisiknya perlahan namun
jelas dipendengaran Sean menyebabkan lelaki itu berpaling kearahnya. Andrea
melemparkan senyuman, tidak mahu lelaki itu mengesyaki sesuatu.
“Jadi bila korang berdua nak kawin?.”
Tanya Sandra.
“Tengoklah bila ada tarikh yang
sesuai nanti.” ujar Sophia.
“Sophia ni sibuk sangat, baru nak
mulakan kerjaya sebagai jurugambar.” ujar Sean.
“Oh ya….kebetulan Ann pun seorang
jurugambar.” ujar Thalia, Andrea mengangguk bila namanya disebut walaupun dia
tidak tahu butir bicara mereka kerana fikirannya melayang jauh seketika tadi.
“Bagusnya…bolehlah nanti u tolong
kenalkan I pada mana-mana majalah.” ujar Sophia.
“Mestilah boleh…..kan Ann. Lagipun
dia ni jurugambar terkenal, selalu bekerjasama dengan Majalah Fashioniesta,
jadi dia kenal semua yang terlibat dalam dunia fesyen.” ujar Sandra, bahu
Andrea ditepuk lembut membuatkan gadis itu tersenyum.
“Majalah
Fashioniesta?, maknanya awak ni Andrea Elissa Carlson lah, jurugambar muda yang
baru sahaja memenangi Anugerah Jurugambar Muda Terbaik anjuran Persatuan
Jurugambar Antarabangsa bulan lepas, di Paris…..kan.” Tanya Sophia. Andrea
hanya mengangkat keningnya.
“Wah….tak
sangka pulak I, kita boleh bertemu kat sini. Jadi u tentu tak keberatan untuk
bantu kenalkan I dengan mana-mana majalah fesyen kan.” ujar Sophia. Andrea
tersenyum.
“Boleh
apa salahnya, nanti saya bagi nombor telefon beberapa orang penting yang
terlibat dalam dunia penerbitan majalah. Hujung tahun ni persatuan jurugambar
kebangsaan akan mengadakan majlis perjumpaan dengan ahli-ahli persatuan,
datanglah.” ajak Andrea.
“Tapi
I bukan ahli persatuan, boleh ke?.” Tanya Sophia, ragu-ragu.
“Kami
memang mengalu-alukan kedatangan ahli baru, jadi u tak perlu bimbang. Lagipun
bukan semua ahli persatuan ni merupakan jurugambar professional, ada dikalangan
mereka masih baru dan tak pernah terlibat dalam dunia fesyen.” ujar Andrea.
Sophia terdiam, masih berfikir lagi.
“Kalau
u bimbang sangat, nanti I minta bantuan seorang rakan untuk masukkan nama u
sebagai ahli baru. Jadi sebelum perjumpaan hujung tahun ni, nama u dah ada
dalam rekod mereka.” ujar Andrea meyakinkan Sophia.
“Kalau
macam tu terima kasih, untung juga I datang kesini….tak sia-sia. Manalah tahu
dengan pertolongan u, I boleh jadi seorang jurugambar hebat.” ujar Sophia,
Andrea mengangguk.
“Thanks
ya Ann sebab sudi bantu Sophia.” ujar Sean. Andrea sekadar mengangguk.
“Sayang….jom
I hantar u balik hotel, kejap lagi I dah nak masuk pejabat ni.” ujar Sean,
Sophia mengangguk.
“Oklah
semua….gembira dapat kenal.” ujar Sophia. Andrea hanya mengangguk. Ekor matanya
masih melirik kearah pasangan yang baru meninggalkan kafé, dia tersenyum
sendiri.
Alan
yang baru masuk terus meluru kearah Thalia, pelukan di eratkan sebelum pipi
isterinya itu dicium lembut. Dia memandang mereka semua dengan hairan.
“Siapa
perempuan cantik kat sebelah Sean tu?.” Tanya Alan.
“Tunang
dia.” ujar Thalia selamba.
“Ha….biar
betul. Selama ni tak pernah pun dia bagitau apa-apa pada I.” ujar Alan terkejut
dengan pengakuan Thalia.
“Takkan
semuanya dia nak cakap, mestilah ada sesuatu yang dia perlu simpan untuk diri
dia juga.” ujar Thalia, Alan mengangguk.
“Boleh
bagi kopi….kena pergi sekarang, nanti lambat, mengamuk pulak Sheriff kita tu.”
ujar Alan, Thalia mengangguk, dia mencapai cawan kertas bertutup lalu
menuangkan kopi panas sebelum dihulurkan pada suaminya.
“Nampaknya
Ann…..tak dapatlah aku nak jodohkan korang berdua.” ujar Alan hampa, Andrea
ketawa, sempat dia membaling gumpalan tisu kotor kearah lelaki itu membuatkan
Alan terus berlari keluar.
Andrea menongkat dahunya, sedari
tadi dia asyik memerhatikan Thalia dan Sandra yang begitu sibuk bekerja. Dia
mengeluh kecil, sebelum bangun, tidak mahu menganggu kerja mereka lagi.
“Hei girl’s…..aku keluar jalan-jalan
dulu, bosan la.” ujar Andrea. Thalia hanya memandang wajah Andrea lama. Sedar yang mereka terlalu
sibuk sehingga melupakan janji mereka untuk membawa Andrea keluar bersiar.
“Sorry sangat, terlalu sibuk dengan
tugasan sampai lupa janji kami pada kau.” ujar Thalia, kesal.
“Tak apalah…korang siapkan kerja
korang dulu, nanti baru kita pergi berkenalan dengan orang baru kat pekan ni.
Ada banyak masa lagilah.” ujar Andrea sambil tersenyum.
“Tapi….” Sandra mengaru kepalanya.
“Jangan
bimbang la…..aku bukan nak pergi jauh sangat. Nanti aku datang balik.” ujar
Andrea meyakinkan Thalia membuatkan wanita itu hanya mengangguk perlahan.
Andrea segera melangkah keluar meninggalkan café menuju ke kedai Marion.
“Hei girl…..nak tempah baju ke?.Kalau
kau nak, aku boleh reka baju yang paling cantik untuk kau.” ujar Marion, Andrea
menghempaskan punggungnya diatas sofa berangkai 3 disudut berhampiran tingkap.
“Tak nak lah, aku bukan pakai pun
baju cantik-cantik macam ni….tak kena dengan style aku lah.” ujar Andrea.
“Ala sesekali apa salahnya bergaya.”
ujar Marion, Andrea mencemik, rimas.
“Kalau kau nak sangat reka pakaian
aku, nanti bila aku kawin, kau buatkan aku sepasang gaun perkahwinan yang
cantik….boleh?.” Tanya Andrea. Marion mengangguk.
“Kalau
kau tak cakap pun memang aku akan buat untuk kau.” ujar Marion sambil tangannya
lincah membetulkan rantai Kristal yang tersangkut pada leher patung yang sudah
dipakaikan baju dress yang cantik berwarna merah darah ikan.
Andrea tersenyum, dia pantas merakam
gambar patung itu yang sudah lengkap berpakaian serta beberapa patung lagi yang
sudah berpakaian seperti itu.
“Dah la….malas aku nak layan kau.
Baik aku pergi berjalan nikmati pemandangan yang cantik waktu pagi ni.” ujar
Andrea sebelum mengangkat kakinya meninggalkan butik Marion.
Langgan:
Catatan (Atom)


