Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Khamis, 26 Mac 2015

Tawanan Cinta 23



BAB 23


Iman melemparkan senyuman manis dan ucapan selamat pagi dengan wajah yang mengembirakan. Mana tidaknya, berkat otaknya yang geliga, dia berjaya melakukan dua misi yang berbahaya. Lengan Amanda dipeluk erat, macam pasangan kekasih lagaknya.
“Kau ni dah kenapa, senyum lebar sangat…mimpi kawin dengan anak raja ke apa?.” Tanya Amanda. Iman tersenyum.
“Lebih daripada tu…” Amanda mengangkat kening,
“Happy gila beb…sebab aku dah tak payah duduk kat bilik mayat lagi, dah kembali ke tempat yang sepatutnya.” Ujar Iman, Amanda mencemik.
“Kiranya lepas ni tak payah tengok muka John Loyd Cruz tu lagi la.” Ujar Amanda, senyuman Iman mati.
“Yang tu satu je lagi yang aku masih belum berjaya, susah do…nak lari dari dia.  Kalau dia lantik aku jadi assistant dia tak apa lah jugak, ini kuli batak, jatuh standard tau.” Omel Iman sebelum matanya menangkap kelibat orang yang paling dibencinya.
“Asal kau sebut je nama dia, mesti dia muncul…membela ke apa dia ni.” Rungut Iman, Amanda ketawa. Aisy yang semakin menghampiri dipandang dengan satu pandangan yang sukar ditafsirkan maknanya.
“Korang berdua ni memang ada chemistrylah...mana-mana pergi je, mesti jumpa.” Ujarnya membuatkan Iman mengecilkan matanya.
“Banyak la kau punya chemistry, dia tu macam cuka getah tau tak, boleh melecur kulit aku kalau dekat.” Bentak Iman. Amanda ketawa lagi.
“Dah la…jom, tak payah layan sangat perasaan amarah kau tu, hasutan syaitan je semua tu.” Ujar Amanda, tangan Iman ditarik membuatkan gadis itu akur.
“Doktor Sara…” Panggil Aisy, Iman buat-buat tak dengar dan nampak. Nak saja dia sekup kepalanya dengan tong sampah.
“Doktor Sara…” Panggil Aisy sekali lagi, kali ini lebih kuat, sempat tangan Iman dicapai ketika mereka berselisih.
“Ya Doktor Rayyan…ada apa yang boleh saya tolong.” Tanya Iman, malas.
“Kertas kerja semalam dah siap?.” Tanya Aisy, Iman menggeleng.
“Belum.” Ujarnya sepatah.
“Bila nak siapkan?.” Tanya Aisy, keningnya diangkat.
“Bila saya rasa nak buat.” Balas Iman, selamba, sikitpun tak ada rasa bimbang. Aisy mengetap bibir,
“Amboi! Melawan Nampak.” Bisik hatinya.
“Siapkan sebelum balik hari ni.” Arahnya, Iman mencemik, arahan Aisy bagaikan masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
“What ever…” Ujarnya perlahan, wajah lelaki itu langsung tidak dipandang, Aisy mendekatkan telinga ke paras mulut Iman.
“Cakap apa?.” Tanya Aisy, Iman cepat-cepat menggeleng.
“Kertas kerja tu akan ada atas meja doc sebelum doc balik, promise.” Ujar Iman, siap dengan gaya orang nak mengangkat sumpah. Aisy mengangguk.
“Jangan nak mengelat macam hari tu pulak.” Ujarnya sebelum berlalu. Iman tersenyum, bila pulak dia kata dia nak mengelak. Langkah kakinya diatur semula, mengekori langkah Amanda yang sudah jauh kedepan.




Bunyi sebeban kertas yang jatuh diatas meja mengejutkan Katrina dan Fazlina yang sedang sibuk membaca, serentak mereka mengangkat wajah, sebaik terpandang muka Iman, riak mereka berubah. Katrina mencemik, menyampah.
“Kau nak apa datang sini?.” Tanya Katrina, tangannya masih ligat membelek majalah, wajah Iman langsung tidak dipandangan, Fazlina juga. Iman tersenyum sinis, dia pun tak ingin nak datang kalau bukan sebab terpaksa.
“Ini…doktor Rayyan pesan suruh aku bagi kertas kerja ni kat kau. Dia minta korang siapkan sebelum balik….dia nak hari ni jugak.” Ujar Iman. Dahi Katrina berkerut.
“Kenapa dia tak bagi sendiri pada kami?.” Tanya Katrina, Iman mengangkat bahu.
“Manalah aku tahu, kebetulan dia terserempak dengan aku tadi, dia bagilah…suruh aku sampaikan pada kau.” Ujar Iman, riak wajahnya tidak berubah, serius.
“Tapi selalunya dia sendiri yang bagi arahan pada kami.” Ujar Fazlina, Iman mengeluh, dahinya ditepuk.
“Apa ke bengap la korang ni…arahan tu memang dari dia pun, aku Cuma tolong sampaikan pesanan dia je.” Ujar Iman, Katrina dan Fazlina mengangguk, bodoh.
“Dia nak suruh siapkan hari ni juga ke?.” Tanya Fazlina, matanya tepat memandang timbunan kertas dihadapannya, Iman mengangguk
“Nanti dah siap…korang letak atas meja dia.” Ujar Iman, masing-masing hanya mengangguk. Iman tersenyum nipis, nafas lega ditarik panjang dan dihembus perlahan, selesai satu lagi masalah.
“Aku keluar dulu lah, banyak kerja lagi nak buat.” Ujarnya sebelum berlalu meninggalkan Katrina dan Fazlina yang mula sibuk dengan tugasan baru.




“Amboi…bersenang-lenangnya kau, kerja yang doktor Rayyan bagi….kau dah siapkan ke belum?.” Tanya Amanda bila melihat gadis itu berjalan melenggang, mungkin baru balik dari melawat pesakit. Iman hanya tersenyum.
“Dalam proses untuk disiapkan.” Ujarnya sambil menarik kerusi dan duduk membuatkan dahi Amanda berkerut, dia menjenguk meja kerja Iman, bayang fail pun dia tak nampak, bila masanya dia siapkan.  
“Kau biar betul, kertas kerjanya mana…aku tak Nampak pun?kau mengelat lagi yek.” Tanya Amanda musykil. Iman tersengih,
“Bila masanya pulak aku kata aku nak siapkan kertas kerja tu…aku Cuma kata dalam proses untuk disiapkan, hish kau ni…jangan la jadi nerd sangat, faham ayat tu betul-betul.” Tegur Iman, lengan Amanda ditampar lembut.
“Susah la nak faham kau ni, kadang-kadang apa yang kau merepek pun aku tak tahu la.” Ujar Amanda, Iman tersenyum.
“Tak faham diam.” Ujarnya membuatkan Amanda mendengus sebelum berlalu meninggalkan Iman sendiri.




Yuli berhenti menyuap spegettinya, wajah Aisy yang kelihatan tidak bermaya dipandang sekilas. Dia mengeluh, pantang betul dia bila keluar, lelaki itu mempamerkan riak wajah sebegitu.
            “U ni kenapa Ziq, ada masalah?.” Tanya Yuli, Aisy tersenyum dan menggeleng.
            “Habis tu kenapa muka u moyok je, I tak sukalah tengok u macam ni.” Ujar Yuli, dia menarik muka masam. Aisy menarik nafas panjang,
            “Sorry la…I penat sikit. U pun tahukan I ni kerja macam mana.” Ujar Aisy, meminta pengertian gadis itu.
            “Itu I faham la, kalau ya pun…jangan la tunjukkan muka macam tu bila keluar dengan I…buat rosak mood I je.” Ujar Yuli, Aisy tersenyum hambar.
            “Cepat la habiskan makanan tu, kata nak shopping kan.” Ujar Aisy, malas hendak mengomel panjang. Yuli mengangguk, ceria sedikit wajahnya bila mendengar lelaki itu menyebut perkataan shopping.
            “U nak beli hadiah apa pulak untuk I kali ni?.” Tanya Yuli.                        
            “Apa-apa je yang u nak, I belikan…cepat la makan, nanti I nak masuk ke  pejabat semula.” Ujar Aisy, minuman yang masih berbaki didalam gelasnya diteguk sehingga habis. Yuli mencemik.
            “Ala…bukan u kerja dengan orang pun, kerja sendiri. Lagipun kitakan dah lama tak keluar bersama.” Ujar Yuli. Aisy menggelengkan kepalanya.
            “Tak kisah la, kerja dengan orang ke…kerja sendiri ke, yang penting tanggungjawab. Kalau I sebagai ketua dah tunjukkan contoh yang tak baik, macam mana I nak pimpin orang bawahan I.” Ujar Aisy, Yuli mencemik, bosan mendengar ceramah percuma, sudahnya dia terus mendiamkan diri.


“Doktor Rayyan.” Panggil Katrina, terjengul wajahnya dimuka pintu. Aisy mengangkat wajahnya dan meminta gadis itu masuk.
“Apa ni doktor Katrina?.” Tanya Aisy bila melihat timbunan kertas diletakkan diatas mejanya, tersusun.
“Kertas kerja yang doktor minta kami siapkan lah.” Ujar Katrina. Dahi Aisy berkerut.
“Kertas kerja?.” Katrina mengangguk. Aisy mengetap bibir,
“Bila masa pulak aku bagi arahan pada dia?.” Bisik hatinya, perlahan.
“Kan doktor suruh doktor Sara yang bagi pada kami, suruh kami siapkan sebelum balik…doktor lupa ya.” Ujarnya seakan-akan mengerti, Aisy mengangguk, fahamlah dia apa yang berlaku.
“Oh yalah…saya terlupa.” Ujarnya sambil tersenyum, berpura-pura mengiakan kata-kata gadis itu.
“Siap kau Iman…lain yang aku suruh kau buat, lain yang kau buat ya.” Dengus hatinya, geram. Wajah gadis dihadapannya dipandang dengan senyuman.
“Terima kasih doktor Katrina , awak boleh keluar sekarang.” Ujar Aisy, Katrina mengangguk sebelum berlalu meninggalkan ruang kerja Aisy.
Telefon dicapai, nombor Iman didail, sebaik sahaja panggilannya bersambut, Aisy terus menuntahkan segalanya.
“Masuk bilik aku sekarang.” Ujarnya lantang. Iman tersentak, keras suara lelaki itu membuatkan dia sedikit kecut perut. Iman menelan air liur, mesti ada sesuatu yang membuatkan lelaki itu menyinga dan dia tahu apa sebabnya.
“I guess  it’s time.” Bisiknya perlahan, dia bangun dan terus berlalu.




            Iman mengetuk pintu bilik yang tertera nama lelaki itu, nafas panjang ditarik sebaik sahaja kebenaran masuk diberikan. Perlahan-lahan kakinya melangkah menghampiri meja kerja Aisy. Lelaki itu masih tidak mengangkat wajahnya, dia tekun memandang kertas dihadapannya.
            “Doktor Rayyan panggil saya, ada apa?.” Lembut suaranya bertanya dalam nada yang begitu fomal.
            “Awak tahu tak kesalahan apa yang awak dah buat hari ni?.” Tanya Aisy, Iman menggeleng. Dia sudah bersiap sedia mengatur strategi untuk membalas.
            “Entah…saya tak fikir pulak saya ada buat apa-apa kesalahan hari ni.” Ujarnya selamba sambil menggigit bibir, berpura-pura berfikir. Aisy meletakkan pen ditangan, dia mengangkat muka, wajah Iman dipandang tajam.
            “Ini apa?.” Tanya Aisy sambil menunjukkan kearah timbunan kertas bersaiz A4 yang terletak ditepinya. Iman meletakkan tangannya diatas kertas yang bertimbun,
            “Kertas…hai, takkan doktor Rayyan dah tak kenal kot rupa kertas.” Ujar Iman, Aisy mengecilkan matanya, tercabar sedikit dengan kata-kata gadis itu.
            “Saya suruh awak yang siapkan kertas kerja ni…bukannya Katrina atau Fazlina.” Ujar Aisy, geram. Iman menggoyangkan jari telunjuknya.
            “Hei…saya tak janji pun yang saya akan siapkan kertas kerja ni, saya Cuma janji yang kertas kerja ni akan ada atas meja doktor sebelum doktor balik. Siapa yang siapkan dan siapa yang hantar, itu tak penting. Yang penting saya dah tunaikan janji saya.” Ujar Iman. Aisy menghembus nafas,
            “Doktor Nur Iman Qaisara…bila kau ni nak belajar dengar arahan?.” Tanya Aisy, suaranya mula tenang. Iman kalau diajak bergaduh, natijahnya nanti dia juga yang sakit hati.
            “Doktor Aisy Rayyan Ziqry…bila masanya pulak aku tak mendengar arahan. Kau tu yang bagi arahan tak jelas. Kau Cuma kata siapkan kertas kerja dan letak atas meja sebelum balik…tapi kau tak mention pun siapa yang kena siapkan kertas kerja tu. So part mana yang kau rasa aku tak mendengar arahan aku.” Tanya Iman, Aisy mengeluh, dahinya ditepuk kuat.
            “Apalah yang aku nak buat dengan kau ni doktor Sara?.” Tanya Aisy, perlahan, berbicara dengan gadis ini sering membuatkan dia sakit jiwa.
            “Tak payah buat apa-apa…buat bodoh je la.” Ujar Iman dengan muka tak bersalahnya. Aisy mengetap bibirnya.
            “U…just get out, now.” Halaunya, lagi lama gadis itu berada didalam biliknya, lagi gila dia dibuatnya. Jadi cara terbaik adalah dengan membuatkan gadis itu hilang serta-merta. Iman mengangguk, dia pun tak sudi nak duduk lama-lama mengadap muka lelaki itu.
            “Ok..” Ujarnya sepatah sebelum keluar tanpa menoleh lagi. Aisy mengurut dadanya kuat, jangan kata nak minta maaf, ucap terima kasih pun tak.
            “Lama-lama aku bunuh jugak budak ni.” Bisiknya geram. Dia kembali menyambung kerjanya yang tertangguh.

Isnin, 23 Mac 2015

Tawanan Cinta 22



BAB 22


            Iman tidak jadi melangkah, suara mama dan mem besarnya kedengaran sayup-sayup memecah gegendang telingannya. Bungkusan plastik berisi nasi lemak dan kuih-muih untuk sarapan pagi disangkut pada tombol pintu dapur.
            Perlahan-lahan dia berdingkit-dingkit melangkah masuk kebawah rumah dan duduk bertinggung betul-betul dibawah lantai bilik tidur Puan Sabariah. Ais krim 1 Malaysia, perisa bubur kacang hijau menjadi peneman setia. Lantai yang berlapik dengan tikar getah langsung tidak menghalangnya untuk mencuri dengar perbualan mereka berdua.
            “Mak rasa rancangan kita ni boleh berjaya ke?.” Tanya Datin Munirah.
            “Kamu ni macam tak yakin je dengan mak.” Ujar Puan Sabariah, Datin Munirah tersenyum nipis.
            “Bukannya Irah tak yakin tapi Irah takut kalau-kalau rancangan ni gagal.” Ujar Datin Munirah, raut wajahnya penuh dengan kebimbangan.
            “Kamu tak payah nak risau lah, mak yakin rancangan kita akan Berjaya.” Ujar Puan Sabariah, Datin Munirah mengangguk perlahan walaupun hatinya masih curiga.
            “Aisy dengan Iman tu lembut hatinya…mereka takkan sanggup nak tolak permintaan mak dalam keadaan macam ni. Buktinya sekarang diaorang dah bersetuju.” Ujar Puan Sabariah, gembira sakan. Datin Munirah mengangguk, semalam bila Iman dan Aisy menyatakan persetujuan mereka, dialah orang yang paling gembira, rasa nak melompat tinggi pun ada.
            “Irah memang respectlah dengan mak, panjang akal. Tiap kali rancangan kita nak gagal, ada je idea baru mak timbul.” Puji Datin Munirah, Puan Sabariah tersenyum.
            “Mestilah…ada cucu yang otak dia penuh dengan muslihat, akal mak kenalah panjang…kalau tak macam mana nak patahkan serangan dia.” Ujar Puan Sabariah, Datin Munirah mengangguk, semuanya kerana Iman.
            “Kalaulah Iman dengan Aisy tahu kita tipu mereka berdua, mahu kejang mulut nak terangkan semuanya.” Ujar Datin Munirah, dia ketawa kecil. Puan Sabariah tersenyum, harap-harapnya mereka berdua takkan tahu.
            “Siapa lagi yang berkomplot dengan kita mak?.” Tanya Datin Munirah.      
“Norizan la….kalau tak siapa lagi nak tolong mak balut kaki ni. Lepas kamu call mak semalam, terus mak minta dia tolong balutkan kaki, biar Nampak real sikit maklumlah…yang kita nak tipu ni  doktor.” Ujar Puan Sabariah, dia dan Datin Munirah sama-sama ketawa.
            “Kasihan pulak dengan su, tak pasal-pasal dia bersubahat sama.” Ujar Datin Munirah, tawanya masih tersisa.
            “Terpaksalah…kita tak cukup pelakon tambahan.” Ujar Puan Sabariah, dia ketawa lagi.




            Iman mundar-mandir sendiri, kelibat Aisy masih tidak kelihatan. Jam ditangan dijengah, hampir 20 minit dia menanti. Iman menggelengkan kepalanya, bot-bot nelayan yang lalu-lalang dihadapannya tidak dihiraukan, bunyi enjin bot yang bising langsung tidak mengganggunya. Dia sudah terbiasa dengan  semua itu, bahkan bunyi itu kedengaran seperti irama muzik ditelinganya.
            Penat berdiri, dia duduk menjuntai kakinya ditepi jeti. Selipar jepun diletakkan ditepi. Air sungai yang sejuk berkocak bila kakinya mencecah permukaan air.
            “Apa ke halnya lama sangat nak sampai. Bukan jauh mana pun, 10 minit je, jarak macam 10 hari nak sampai.” Bebel Iman, kepalanya disandarkan pada tiang jeti. Tapi 10 minit tu, kalau naik kenderaan la.
            Fikirannya melayang jauh teringatkan peristiwa semalam, kata-kata mem besarnya terngiang-ngiang ditelinga, kata-kata yang membuatkan dia dan si jerangkung menyerah tanpa membantah.
            “Hentah sempat ke tidak nenek nak tengok korang berdua naik pelamin. Kalaulah esok, umur nenek tak panjang, meninggal, tak tutup rapat la mata jawabnya.” Ujar Puan Sabariah, sedih, air mata yang mengalir dikesat.
            “Kenapa nek cakap macam tu, Iman tak suka la dengar.” Ujar Iman, sebak. Kepalanya dilentokkan diatas peha wanita itu.
            “Manalah tahu, ajal maut ni kan ditangan Allah.” Ujar Puan Sabariah, kepala Iman diusap lembut. Aisy tunduk, terdiam sesaat.
            “Nek…Aisy dengan Iman sanggup buat apa saja untuk nenek, malah kalau nenek minta nyawa kami sebagai ganti pun, kami bagi.” Ujar Aisy, Iman mengangguk. Puan Sabariah tersenyum, yakin yang mereka pasti tidak akan menolak.
            “Nenek tak minta banyak, satu je…” Ujar Puan Sabariah, Iman mengangkat kepalanya.
            “Apa nek?.” Tanyanya.
            “Nenek nak korang berdua kawin, boleh?.” Tanya Wanita itu, Iman memandang Aisy, berat permintaannya tapi bila melihat lelaki itu mengangguk, dia turut sama berbuat demikian.
            “Kalau itu yang nenek nak, yang nenek harapkan….kami akan tunaikan, kami setuju.” Ujar Iman, Aisy tersenyum mengangguk.
            “Betul???.” Tanya Puan Sabariah, terkejut, pipi Iman disentuh lembut, matanya tepat memandang wajah Aisy, serentak mereka berdua mengangguk.
            “Alhamdulillah…gembiranya nenek. Terima kasih Iman..Aisy, terima kasih.” Ujar Puan Sabariah sambil memeluk pasangan itu seraya memandang wajah menantuanya, pantas dia mengenyitkan matanya bila Datin Munirah mengangkat ibujarinya.
            “Mende yang penting sangat sampai aku kene menapak sampai ke sini?.” Tanya Aisy mengejutkan Iman membuatkan gadis itu nyaris-nyaris tergelincir jatuh masuk ke dalam sungai. Habis terbang melayang segala lamunannya.
            “Kalau ya pun…tak boleh ke bagi salam dulu, suka sangat kejutkan orang. Kalau aku tergelincir masuk dalam sungai tadi, siapa yang susah.” Marah Iman, Aisy tersengih.
            “Kau la yang susah, ala…bukannya ada buaya pun dalam sungai ni, jatuh… paling kurang basah je.” Ujar Aisy selamba. Iman nengetap bibirnya.
            “Choiii…mulut tu jangan nak cabul sangat boleh tak, kalaulah ada…kau tu dulu yang aku campak masuk dalam sungai ni.” Ujar Iman, Aisy ketawa.
            “Ha…pe benda yang kau nak cakap sangat sampai kena berbincang sejauh ni.” Tanya Aisy, dia melabuhkan punggungnya disebelah gadis itu. Iman bangun, kepalanya digaru perlahan.
“Kalau aku cakap mesti kau tak percaya punya.” Ujar Iman, Aisy memeluk tubuh.
            “Cakap kau tu bila masanya aku pernah percaya.” Iman menampar kuat peha lelaki itu, masa-masa serius macam ni pun lelaki itu masih sempat nak bergurau. 
“Aku rasa baik kau lupakan saja hajat kau nak jadikan si guli tu bini kau, hebat macam mana pun cara dia ambil hati mama dengan mem besar, ianya takkan berjaya melainkan kau ada cara lain untuk lembutkan hati mereka.” Ujar Iman. Wajah Aisy berkerut.
            “Apa benda yang kau merepek ni, boleh tak kalau kau cakap terus terang je….tak payah nak berbelit-belit macam ni.” Ujar Aisy, Iman mengeluh.
            “Mem besar tu tengah buat drama air mata, berkomplot dengan mama dan mak su.” Ujar Iman perlahan. Aisy menepuk dahi.
            “Ya Allah…kau nak gila, kau gila sorang dah la…tak payah nak heret aku sama. Aku tak faham langsung apa yang kau cakap ni. Nenek buat drama air mata, drama apa?.” Tanya Aisy, betul-betul tidak dapat menangkap maksud kata-kata Iman.
            “Ingatkan otak kau tu cerdik sangat, rupanya ada masa bengap jugak.” Ejek Iman, dia tersenyum sinis, kepalanya digeleng beberapa kali.
“Aku malas nak cari gaduh dengan kau pepagi ni, perut aku tengah lapar, jadi kalau kau tak nak cakap terus terang, aku nak balik sambung makan nasi lemak kerang bakal mak mertua tak jadi kau tu.” Ujar Aisy, dia berpusing sebelum melangkah.
“Aik…mana dia tahu dulu aku nak pergi pinang si Arfan, ni mesti mem besar yang bagitau…hish, tak boleh simpan rahsia langsung.” Gomel Iman, Aisy yang hampir meninggalkannya dipanggil semula.
“Mem besar tipu je…kaki dia tak terseliuh pun dan dia tak jatuh bilik air. Itu semua rancangan dia je nak pastikan kita kawin sebab dia tahu kita berdua sayangkan dia sangat.” Ujar Iman, macam manalah dia boleh kena kencing dengan puan Sabariah tu. Aisy tidak jadi melangkah.
“What did u say?.” Tanya Aisy, mahu memastikan yang dia tidak tersalah dengar.
“Malas la nak ulang banyak kali, aku tahu kau boleh dengar dengan baik.” Aisy mengangkat kening,
“Macam mana kau tahu diaorang tipu kita?.” Tanyanya, Iman tersenyum sinis,
“Macam mana aku tahu…itu tak penting, biarlah rahsia.” Ujarnya, Aisy mencemik.
“So kita nak buat apa ni?.” Tanya Iman, wajah Aisy yang bingung ditatap.
“Apa lagi yang kita boleh buat…kita dah setuju pun kan.” Ujar Aisy, mengalah. Iman membulatkan matanya,
“Pantang keturunan Datuk Bahaman dan Tok Gajah tau, mengalah sebelum berjuang.” Ujar Iman, serius air mukanya. Aisy ketawa mengejek.
“Keturunan Datuk Bahaman dan Tok Gajah konon, diaorang kenal kau pun tidak.” Iman meniup anak rambutnya yang terjuntai.
“Memang la diaorang tak kenal…masa diaorang hidup, aku belum lahir lagilah ngok. Ini metafora je lah….inilah susahnya kalau hidup dalam budaya barat sampai bahasa kiasan pun tak tahu.” Ujar Iman, kepala lelaki itu diketuk membuatkan Aisy menyinga marah. 
            “Jangan nak main kepala boleh tak.” Iman menggeleng,
            “Dah terbiasa…dah jadi tabiat, tak boleh nak kikis.” Ujarnya selamba, sengaja mahu menaikkan marah lelaki itu.
            “Habis tu srikandi keturunan Datuk Bahaman dan Tok Gajah oi…kita nak buat apa untuk batalkan rancangan mereka ha, bagitau aku.” Aisy mencuit dagu Iman dan menolaknya keatas. Iman ketawa kecil, jarinya dipetik, kuat.
            “Der…ini Iman la, just wait and see.” Ujar Iman, Yakin ya amat. Terima kasih pada dinding dan lantai kayu. Aisy mengangguk.
            “Ok…yakin sangat kan…go on, selesaikan.” Ujar Aisy, Iman mengangkat kening, tak kisah lelaki itu hendak percaya atau tidak.
            “Dah la jom balik…aku lapar ni, karang tak pasal-pasal kau pulak yang aku makan.” Ujar Aisy, dia berjalan mendahului Iman yang masih terkial-kial hendak menyarung selipar jepunnya.




            Aisy memerhatikan Iman yang sedang seronok melantak, langsung tak pandang kiri dan kanan, tau lah lapar tapi takkanlah sampai tak reti nak kontrol, boleh sumbat, sumbat. Dahinya ditepuk perlahan, parah betul budak ni, makan macam sepuluh tahun tak jumpa nasi lemak, taulah tu makanan kegemaran dia, tapi takkanlah sampai lupa rancangan mereka.
            “Hish dia ni…” Desis Aisy geram, Iman langsung tidak menoleh kearahnya walaupun sesaat. Kaki Iman disepak, membuatkan gadis itu berhenti menyuap, pandangannya beralih pada Aisy yang duduk disebelah sambil menghantar isyarat bertanya. Aisy pantas mengeling kearah Puan Sabariah dan Datin Munirah yang sedang mejamu selera.
            Iman membulatkan mulutnya, tahu apa yang mahu disampaikan lelaki itu. Sudu diletakkan ditepi, kopi o didalam cawan diteguk sedikit. Dia membetulkan duduknya, pandangan matanya tepat menghala kearah Puan Sabariah sebelum beralih pada Datin Munirah. Nafas panjang ditarik,
            “Nek…mama…” Panggil Iman, serius bunyinya, serentak keduanya mengangkat wajah.
            “Kenapa sayang?.” Tanya Datin Munirah, dia tersenyum.
            “Iman ada hal nak cakap ni.” Ujar Iman, lembut. Dahi mereka berkerut.
            “Iman nak cakap pasal apa?.” Tanya Puan Sabariah. Iman menarik nafas panjang sebelum menghembusnya perlahan, tahu yang bakal diucapkan ini pasti mengundang reaksi yang kurang menyenangkan.
            “Iman nak bagitau yang Iman sebenarnya dah terlanjur…”
 Belum sempat dia menghabiskan kata, jeritan bergema. Aisy tersedak, nasi lemak yang dimakannya tercekik, gila budak ni. Ilyana dan Amirul, ternganga manakala Datuk Adham mengurut dada. Wajah masing-masing pucat tak berdarah, terkejut tahap babun bila perkataan terlanjur terpancul dari mulut Iman.
            “Ya Allah…Nur Iman Qaisara….apa yang kamu dah buat ni, kamu sedar tak apa yang kamu cakapkan ni ha…kamu sedar tak?.” Tanya Puan Sabariah, Mata Iman berkelip-kelip, dia mengangguk. Puan Sabariah menggeleng, hampa.

            “Nenek besarkan kamu dengan penuh didikan agama, ajar kamu untuk bezakan mana yang betul dan mana yang salah….tergamak kamu buat semua tu, mana perginya iman kamu?.” Tegur Puan Sabariah, dia bangun, berjalan mundar mandir sambil menghentak kakinya kelantai. Nampak sangat yang dia sedang marah. Iman hanya memerhati, langsung tidak menegur perbuatan mem besarnya, pandangannya dialih pada Aisy disebelah, lelaki itu masih terkedu, kaku tak bergerak.
            “Mama tak sangka Iman sanggup menconteng arang kemuka kami, sampai hati Iman.” Ujar Datin Munirah, sedih. Iman menggaru kepalanya, mereka yang salah faham atau dia yang tersilap cakap.
            “Cakap Iman…siapa lelaki tu?.” Tanya Ilyana, keras. Air matanya mula bergenang, Iman terpinga-pinga.
            “Apa mama, kak Yana dengan nenek merepek ni?.” Tanya Iman.
            “Apa yang kami merepek…kamu Tanya apa yang kami merepek, kamu tu yang merepek, jujur-jujur je mengaku yang kamu dah terlanjur, kamu tak malu ke.” Tanya Puan Sabariah. Iman ketawa kecil, memang sah mereka dah salah faham. Dahinya ditepuk,
            “Adoi la…lain kali dengar dulu sampai habis apa yang Iman nak cakap, jangan suka potong jalan. Iman nak bagitau yang Iman dah terlanjur jatuh cinta pada si Arfan tu, nak bagitau yang Iman dah cakap pada dia yang keluarga kita akan datang meminang dia lepas dia dah habis SPM nanti…tu je.” Ujar Iman, tak pasal-pasal nama budak itu dijadikan modal ceritanya. Puan Sabariah menepuk dahi. Yang lainnya mula menarik nafas lega, buat lemah jantung orang je si Iman ni, lain kali cakap biar terang.
            “Memandai-mandai je kamu…bila masanya pulak kitaorang ni setuju nak pergi pinang si Arfan tu, kamu jangan nak mengada Iman….kamu dah janji yang kamu nak kawin dengan Aisy.” Ujar Puan Sabariah cuba mengingatkan Iman tentang janjinya, Iman tersenyum, keningnya terangkat, hehehe…senyum setan dah mula terpamer.
            “Puan Sabariah oi…” Panggil Iman, Puan Sabariah masih mundar-mandir, kekiri-kekanan, laju langkahnya sehingga dia terlupa sesuatu.
            “Mak…mak..” Tegur Datin Munirah, raut wajahnya berubah, melihat riak Iman cukup untuk menyatakan yang rancangan mereka sudah menemui titik noktahnya.
            “Puan Sabariah…ooo Puan Sabariah…” Panggil Iman lagi, Puan Sabariah berhenti melangkah, dia berpaling kearah Iman.
            “Apa?.” Tanyanya, keras bunyinya. Iman tersenyum manis.
            “Cepat baik kaki tu, bukan semalam terseliuh ke?.” Tanya Iman, sinis. Puan Sabariah menutup mulutnya.
            “Errr….aduh…sakitnya.” Ujarnya tiba-tiba. Iman mencemik, dah kantoi pun masih nak berlakon lagi…memang betul anak panggung la nenek ni. Entah-entah, air mata semalam pun pakai Eyemore je.
            “Got u…oo, main tipu. Huh…dan-dan je nenek dengan mama komplot yek, menipu kitaorang. Patutlah bila ajak pergi klinik, mati-mati nenek mengelak, siap tak kasi pegang lagi.” Ujar Iman, wajahnya dimasamkan. Datin Munirah terdiam, Puan Sabariah sudah tak terkata. Iman bangun, meja ditepuk perlahan.
            “Memandangkan nenek dengan mama main tipu, maka secara rasminya perjanjian kita semalam terbatal secara automatik….tak ada sebarang majlis perkahwinan yang akan dilangsungkan.” Ujar Iman membuatkan Datin Munirah terkedu, punah harapannya.
            “Tak boleh ke pertimbangkan semula.” Tanya Datin Munirah, masih mengharap agar anaknya itu mengubah fikiran, Iman menggeleng.
            “Muktamad..sebarang rayuan takkan dilayan.” Datin Munirah mengeluh.
            “Nenek boleh saman Iman tau, sebab mungkir janji.” Ujar Puan Sabariah, merungut, tak puas hati. Iman memeluk tubuh, keningnya diangkat
            “Eleh…saman konon, mahkamah mana yang nak tolong nenek. Perjanjian pun tak ada, ada hati nak saman kita, banyak cantik.” Ujar Iman lagi, dia menjuih bibirnya. Aisy mengangguk, dia sudah mula tersenyum.
            “Doktor Rayyan…tahniah, kemenangan berpihak pada kita.” Ujar Iman, tangannya dihulur pada lelaki itu dan pantas disambut, dia mengangguk.
            “Doktor Sara…good work.” Pujinya lantas memberikan satu tepukan semangat, siap berhi 5 lagi.
            “Mahkamah dengan ini mengistiharkan kemenangan bagi kes Puan Sabariah dan Datin Munirah vs Aisy Rayyan Ziqry dan Nur Iman Qaisara berpihak pada Aisy Rayyan Ziqry dan Nur Iman Qaisara….hipp, hipp, horey….Iman manse.” Jerit Iman gembira.
            “Sebagai meraikan kemenangan sempena pembatalan majlis kawin kami, Iman belanja semua orang makan aiskrim 1 malaysia, Doktor Rayyan….mintak dua ringgit.” Pinta Iman seraya menghulurkan tangannya, menadah. Aisy pantas menyelok poket seluar tracknya dan mengeluarkan not seringgit sebanyak 2 keping lalu dihulurkan pada Iman.
            “Moh kita ke kedai pak Leman…” Ajak Iman, sempat dia menari tarian kuda yang popular.
            “Oppa Gangnam Style…oo, oo, oo…Oppa Gangnam Style.” Kuat suaranya menyanyikan lagu dendangan Psy itu sehingga mencetuskan tawa Ilyana dan Datuk Adham.
Aisy bersandar, hampir tersembur tawanya, namun ditahan bila melihat wajah kelat Puan Sabariah dan wajah kecewa Datin Munirah, dia kembali menyambung suapannya.
“Macam mana ni mak?.” Tanya Datin Munirah, wajah ibu mertuanya itu dipandang, puan Sabariah mengeluh.
“Macam mana dia boleh tahu tentang rancangan kita ni?.” Ujar puan Sabariah perlahan, Datin Munirah menggeleng, Datuk Adham tersenyum.
“Kiranya rancangan awak nak dapatkan khidmat wedding consultant tu..batal la ya Datin Munirah.” Usik Datuk Adham membuatkan wajah isterinya itu kembali mencuka.
“Awak jangan nak cari pasal dengan saya, Datuk Adham…” Ujar Datin Munirah, geram mendengar usikan suaminya itu, orang tengah susah hati…boleh pulak dia buat lawak.
“Next time…bila buat rancangan, pastikan cakap siang pandang-pandang…cakap malam dengar-dengar. Zaman sekarang ni, dinding pun tak boleh percaya nek.” Ujar Aisy, dia tersenyum simpul sebelum bangun dari kerusi dan berlalu pergi. Puan Sabariah mengeluh lagi, rosak semua rancangannya.

Ahad, 22 Mac 2015

Tawanan Cinta 21



BAB 21
           

Aisy berhenti diruang tamu, kembang kempis hidungnya mencium bau harum makanan kegemarannya. Beg sandangnya dicampakkan keatas sofa, cepat-cepat dia berlari meja makan. Bulat matanya bila terpandang udang masak lemak cili api yang terhidang dihadapannya. Segera kerusi ditarik, sebelum punggungnya dilabuhkan. Baru saja dia hendak mencedok, tangan dihalang.
“Kalau ya pun lapar, naik mandi dulu, solat maghrib.” Tegur Datin Munirah, Aisy tersengih.
“Lapar sangat la mama, tambah-tambah bila terbau udang masak lemak ni, meleleh air liur.” Ujar Aisy, dia pamer muka kasihan.
“Dah….dah…tak payah buat muka macam tu, pergi naik mandi dan solat dulu. Nanti kita makan sama-sama.” Arah Datin Munirah, Aisy mengeluh, dia mengangguk perlahan sebelum bangun dan berlalu.
“Ma…banyak lauk hari ni, ada kenduri ke?.” Tanya Aisy, hanya separuh badannya melepasi pintu. Datin Munirah tersenyum.
“Saja…dah lama kan kita tak makan ramai-ramai.” Ujar Datin Munirah, Aisy tersenyum dan mengangguk.
“Dah pergi cepat, nanti lambat pulak kita makan malam.” Arah Datin Munirah, Aisy mengangguk, dia menghilang.
Senyuman dilemparkan bila dia terserempak dengan Ilyana ditangga, kakak iparnya itu baru hendak melangkah turun. Aisy berhenti seketika, bertanya khabar.
“Abang mana kak?.” Tanya Aisy, bayang Amirul dicari.
“Dalam bilik lagi.” Ujar Ilyana, Aisy mengangguk.
“Lewat balik hari ni…banyak kerja ke?.” Tanya Ilyana pula, Aisy sekadar mengangguk.
“Aisy naik dulu la akak, nak mandi…nak solat, dah lewat ni.” Ujar Aisy meminta diri, Ilyana tersenyum dan mengangguk sebelum meneruskan langkahnya.


Sebaik sahaja seekor udang tergolek masuk kedalam pinggannya, Aisy terus menyuap nasi tanpa menunggu. Gelagatnya membuatkan semua orang dimeja makan ketawa kecil.
“Lapar sangat ke Aisy?.” Tanya Datuk Adham. Aisy mengangguk, langsung tidak bersuara.
“Sedap?.” Tanya Datuk Adham lagi, pantas tangannya meletakkan seekor ketam masak merah dalam pinggan anak terunanya itu. Aisy masih mengangguk, wajahnya langsung tidak diangkat. Datin Munirah tersenyum, penuh makna.
“Nanti kalau dah kawin, boleh la suruh Iman masak hari-hari.” Ujar Datin Munirah, Aisy tersedak, cepat-cepat gelas minuman dicapai sebelum airnya diteguk rakus.
“Apa ma?.” Tanya Aisy, bimbang jika dia tersalah dengar.
“Mama kata, nanti lepas kawin….Aisy boleh suruh Iman masakkan hari-hari.” Ujar Datin Munirah. Aisy tersenyum sinis, memang dia tidak salah mendengar, memang betul nama Iman yang disebut mamanya.
“Boleh Iman?.” Tanya Datuk Adham, Aisy berpaling kebelakang, matanya menyoroti langkah Iman yang berjalan perlahan menghampiri meja makan. Perlahan kerusi sebelah Ilyana ditarik, lembut sekali perlakuannya, bak Puteri Gunung Ledang lagaknya. Aisy yang memandang, mencemik.
“Boleh apa pa?.” Tanya Iman, tidak faham.
“Masakkan lauk kegemaran Aisy.” Balas Ilyana bagi pihak bapa mertuanya, Datin Munirah mengangguk.
“Oh…boleh. Sepuluh kali sehari pun Iman boleh masakkan. Cakap je nak makan apa.” Ujar Iman dengan senyuman.
“Itupun lepas aku campur racun tikus, sebagai perencah utama.” Ujar Iman, dalam hati, sempat lagi dia membayangkan perkara itu. Hish…tak fikir dosa langsung.
“Ha…dengar tu Aisy, Iman sanggup nak masak 10 kali sehari…bertuah badan kan…sayang?.” Usik Amirul, wajah Ilyana dipandang dengan senyuman. Isterinya itu hanya mengangguk.
“Hurm….bertuah la sangat, entah-entah nanti dia campur racun rumpai dalam masakan tu semua. Tak pasal-pasal, mati muda aku.” Bisik Aisy, namun sekadar bermonolog didalam hati.
“Kerja macama mana…ok?.” Tanya Datuk Adham, perhatiannya berpusat pada Iman yang kelihatan agak kurang ceria seperti selalu.
“Boleh la pa…” Ujar Iman, sunggul. Bab pengenalan sudah pun bermula.
“Kenapa ni, macam tak seronok je….ada masalah?.” Tanya Datuk Adham lagi, Iman sekadar tersenyum hambar.
“Bukan tak seronok…Cuma…” Iman tidak sanggup menghabiskan kata-katanya, dia terus terdiam.
“Kenapa ni sayang, bagitau mama…ada orang buli Iman?.” Tanya Datin Munirah. Iman tersenyum nipis, bukannya membuli tapi dah masuk kategori penderaan, penderaan mental.
“Tak adalah sampai membuli, Cuma Iman kena posting kat tempat yang tak bersesuaian je.” Ujar Iman, dia menguis nasi didalam pinggan. Masa untuk meraih simpati dah tiba.
“Posting kat mana?.” Tanya Datuk Adham.
“Bilik mayat.” Ujar Iman selamba, mengejutkan Datuk Adham.
“Siapa yang hantar Iman kesitu? Bagitau papa?.” Tanya Datuk Adham, wajahnya agak serius, Iman mengangkat wajahnya, wajah Aisy yang tenang ditatap. Bab kemuncak semakin hampir.
“Doktor pakar yang menyelia tugasan Iman.” Ujar Iman, wajah Aisy sedikit berubah. Sudah, Iman pasti sedang merencana sesuatu.
“Siapa?.” Tanya Datuk Adham lagi, masih tidak berpuas hati. Aisy menelan air liur, otaknya mula ligat berfikir, cuba mencari idea untuk berdebat sebentar lagi.
“Doktor Aisy Rayyan Ziqry.” Ujar Iman, satu persatu nama itu disebut, pantas Datuk Adham berpaling kearah anak lelakinya itu.
“Aisy…kenapa kamu buat macam tu?.” Tegur Datuk Adham. Aisy berlagak tenang, dia memberikan senyuman nipis.
“Itu sebahagian dari tugas la pa….Aisy Cuma nak lihat sejauh mana kebolehan dia bekerja dalam pelbagai situasi, itu saja…tak salah kan.” Ujar Aisy, memberi alasan.
“Memang la tak salah tapi tempat tu tak sesuai untuk Iman, dia bukan pakar forensik, nak bedah mayat ke apa. Tukarkan dia ke bahagian lain, segera.” Arah Datuk Adham, Iman sudah tersenyum, puas hati bila rancangannya Berjaya.
“Tapi pa…” Belum sempat Aisy menghabiskan kata-katanya, Datuk Adham memintas.
“This is not a request…it’s an order.” Tegas Datuk Adham, Aisy mengangguk.
“Ok pa…esok Aisy minta pihak pengurusan tukarkan Iman segera.” Ujarnya, geram. Wajah Iman dipandang, mulutnya terkumit-kumit memarahi gadis itu, namun Iman hanya tersenyum, hatinya bersorak riang dan bab terakhir tergarap dengan penuh kejayaan. Yahooo menang lagi, 3 vs 0….huahahaha.
“Budak tiga suku ni memang sengaja cari pasal dengan aku, siap la kau nanti.” Bisik Aisy, geram. Iman menjelirkan lidahnya, meraikan kemenangannya menewaskan Aisy buat kali yang ketiga. Sesi makan-makan mereka disulami perbualan dan gelak ketawa, hanya Aisy saja yang mendiamkan diri, tidak ikut campur.




Iman menyanyi perlahan, mengikut rentak melodi lagu yang didengari dari handphonenya tanpa dia sedar yang gelagatnya diperhatikan seseorang yang sejak tadi berdiri dimuka pintu.
Aisy memerhatikan Iman, dengan baju kurung kain cottan berwarna putih susu bercorak poka dot berwarna-warni, dia kelihatan begitu menarik, persis anak gadis sunti yang baru belajar membesar.
“Amboi…bukan main seronok lagi kau kan…gunakan papa untuk lepaskan diri.” Sindir Aisy, Iman berhenti membasuh pinggan, dia berpaling ke belakang.
“Siapa suruh kau cari pasal dengan aku, kau yang mulakan dulu…so kau tak boleh nak salahkan aku.” Ujar Iman, dia tersenyum, tangannya kembali bekerja.
“Wei…apa citer kau dengan si Guli tu?.” Tanya Iman sekadar berbasi-basi, bukan busy body.
“Nama dia Yuli…” Ujar Aisy membetulkan sebutan Iman, gadis itu memang suka menukar nama orang ikut suka hati dia.
“Sama la tu, beza ejaan dengan sebutan je…itupun nak kecoh.” Omel Iman perlahan.
“Apasal kau nak tahu…nak sabotaj?.” Tanya Aisy, serkap jarang. Iman mencemik.
“Sabotaj pe bendanya…aku Tanya sebab nak tahu, ok ke tak. Iyalah…sampai sekarang tak ada ura-ura pun keluarga kau nak pergi meminang dia….kot-kot la tak jadi, risau jugak aku.” Ujar Iman, Aisy ketawa kecil.
“Kau?risau? biar betul Iman, kau sihat ke tak?.” Tanya Aisy, musykil. Dahi gadis itu disentuh, takut la demam tersampuk jin tanah. Iman pantas menepis tangan itu, hish..apa sentuh-sentuh, bukan muhrim la.
“Der….aku bukan risaukan kau…aku risau pasal masa depan aku, buatnya diaorang tak berkenan dengan pilihan kau…naya aku tau tak, kena kawin dengan kau…boleh gelap masa depan aku.” Ujar Iman, tangannya masih ligat membasuh pinggan yang masih berbaki.
“Kau tak payah nak bimbang sangat la….aku akan pastikan yang Yuli tu nanti akan jadi menantu rumah ni. Aku pun tak nak pertaruhkan masa depan aku dengan kau.” Ujar Aisy, Iman tersenyum.
“Bagus la kalau macam tu….tak adalah aku buang masa fikirkan pasal hal ni. Kiranya masalah ni aku serahkan pada kau sajalah untuk diselesaikan ya. Lagipun otak kau kan lagi bijak dari aku, mesti kau dah ada rancangan kan.” Ujarnya, Aisy sekadar tersenyum, bahunya diangkat. Iman menarik nafas lega,
“Lepas ni boleh la aku tumpukan sepenuh perhatian pada mereka..lepas tu boleh la buat keputusan.” Ujar Iman, perlahan, dahi Aisy berkerut.
“Mereka??mereka tu siapa?.” Iman tersengih,
“Aiman…Khairil…Badrul…” Ujarnya, Wajah Aisy berubah, merah menyala.
“Apahal pulak kau nak kena tumpukan perhatian pada mereka, mereka tu siapa…anak didik kau?.” Tanya Aisy, kasar bunyinya. Iman menggeleng.
“Bakal calon menantu mama dan nenek…bakal adik ipar kak Yana…bakal biras kau.” Aisy pantas menarik telinga Iman, kuat.
“Sakit la…” Marah Iman seraya menepis tangan lelaki itu.
“Kau apahal..” Tanyanya.
“Jangan nak menggatal yek, tak ada maknanya mama dengan nenek tu nak setuju dengan calon pilihan kau.” Ujar Aisy. Iman membulatkan matanya,
“Kenapa pulak tak setuju, bawa datang jumpa pun belum…dah sibuk nak buat kesimpulan sendiri…tunggulah aku bawa diaorang datang jumpa mama dengan nenek dulu, baru boleh buat keputusan.” Dengus Iman, Aisy mengetap bibir, degil betul.
“Tak boleh.” Bantah Aisy, mulut Iman muncung,
“Kalau kau boleh bawa si guli tu datang jumpa mama dengan nenek, aku pun boleh jugak…kita sama je tau…tak ada beza, kau ada calon...aku pun kenalah ada sama.” Ujar Iman, tak puas hati. Aisy menggeleng,
“Aku tak peduli apa pun alasan kau…pokoknya, kau tak dibenarkan ada calon lain selain dari aku..is that clear?.” Tanya Aisy, Iman nejelirkan lidah.
“Dengki la tu…calon aku lagi hensome dari kau.” Aisy menutup telinga,
“Dah…dah, aku tak nak dengar lagi.” Iman menarik muka masam,
“Ha lagi satu….aku suruh kau betulkan kertas kerja tu, asal kau tak buat?.” Tanya Aisy, sengaja mengubah topik perbualan, Iman mengeluh, time-time macam ni pun nak bincang pasal kerja lagi, memang lelaki ini gila kerja la.
“Kau tak baca ke nota yang aku tulis? Kan aku dah terangkan sebab-sebab dia…ke kau tak reti baca.” Tanya Iman, Aisy mengecilkan matanya, dahi Iman dijentik kuat.
“Sakit la..” Pantas periuk kecil ditangan dihentak diatas kepala lelaki itu, biar sama-sama merasa sakit, penyudahnya…pinggan tak siap berbasuh, mereka dah mula bergomol.
“Korang berdua ni, nak akak daftarkan masuk kejohanan gusti ke?.” Iman dan Aisy berhenti mendadak, wajah Ilyana yang kelihatan serius membuatkan mereka berdua segera menjarakkan diri.
“Bukan Iman…dia ni yang mula dulu.” Ujar Iman membela diri.


“Tak kisahlah siapa yang mulakan dulu, sama saja. Awak berdua tu dah besar…dah tua bangka, hari-hari nak bergaduh….bertengkak.…bergomol, pantang bersua muka..ada saja yang nak dibawa bergaduh.” Keluh Ilyana, pening kepalanya melihat gelagat mereka berdua.
“Yang tua bangka tu dia….bukan Iman.” Bisik Iman perlahan. Ilyana menarik cuping telinga Iman, kuat.
“Boleh jawab…jawab.” Ujarnya geram.
“Akak tu patut nasihatkan dia…kalau dia tak mulakan dulu, Iman takkan cari pasal dengan dia.” Ujar Iman mempertahankan dirinya, telinga digosok perlahan, macam nak tercabut rasanya kesan penangan si ketam batu.
“Siapkan kertas kerja tu esok.” Arah Aisy, mahu cepat beredar, bimbang jika dia pula yang menjadi mangsanya. Iman menjelirkan lidahnya, tak kuasa dia nak layan. Tugas menbasuh pinggan diteruskan sebaik kelibat Ilyana dan Aisy menghilang.




“Macam mana ni mak, Aisy tu betul-betul serius dengan si Yuli. Irah bimbang la mak, takut kalau-kalau rancangan kita gagal.” Tanya Datin Munirah, perbualan Aisy dengan Iman sebentar tadi benar-benar membuatkan dia tak senang hati.
“Cuba kamu cerita betul-betul, bagi mak faham.” Ujar Puan Sabariah, Datin Munirah menjelaskan segala-galanya, tak ada satu pun maklumat yang tertinggal. Apa yang didengarnya dari mulut Aisy dan Iman, itulah yang disampaikan semula pada ibu mertuanya itu.
“Kalau macam tu…terpaksalah kita gunakan plan kedua. Kamu dengar sini baik-baik Irah, apa yang mak nak cakap ni.” Ujar Puan Sabariah, Datin Munirah mengangguk.
“Kalau macam tu, malam ni jugak kita jalankan rancangan tu.” Ujar Datin Munirah sebaik sahaja Puan Sabariah selesai menerangkan rancangannya, perbualan segera dimatikan, dia bergegas turun.
“Abang…abang…” Jerit Datin Munirah cemas, bikin kecoh satu rumah.
“Apa hal awak ni, kelam kabut semacam je.” Tegur Datuk Adham.
“Mak….dia jatuh bilik air.” Ujar Datin Munirah membuatkan Datuk Adham dan yang lainnya tersentak.
“Bila? Siapa yang bagitau?.” Tanya Datuk Adham.
“Petang tadi, su yang bagitau….katanya mak jatuh bilik air.” Ujar Datin Munirah.
“Kenapa Su tak call abang?.” Tanya Datuk Adham pelik, selalunya Norizan, adik bongsunya itu akan menghubunginya bila berlaku sesuatu.
“Dia takut mak marah, dia call Irah pun sembunyi-sembunyi.” Ujar Datin Munirah, baik punya lakonan.
“Dah tu tunggu apa lagi, kemas la…kita balik sekarang.” Ujar Datuk Adham, masing-masing mengangguk. Kelam-kabut semuanya dek penangan Puan Sabariah. Dalam diam, Datin Munirah tersenyum.