Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Rabu, 1 April 2015

Tawanan Cinta 26



BAB 26


Iman berhenti melangkah bila laluannya terhalang, wajah orang yang menghalang jalannya dipandang tajam. Dia menggelengkan kepalanya, gadis ini memang sengaja cari pasal, tak habis-habis nak buat dia naik angin.
Rasa-rasanya kalau dia bunuh Yuli tu kat sini, ada yang perasan tak…hurm tak kot, jam dah pukul 11 malam, kawasan letak kereta ni sunyi, pak guard pun lambat lagi nak meronda kat sini, kiranya ada masa lagi untuk dia melakukan satu pembunuhan kejam, mindanya bercanda. Lamunannya mati bila bahunya ditepuk kuat.
“Aku tengah cakap dengan kau..kau boleh buat bodoh je kan, langsung tak hormat aku.” Ujar Yuli, Iman mengangkat kening, tayang muka lima sen.
“Kau ni apa hal, tak ada kerja?.” Tanya Iman, dia memeluk tubuh. Yuli tersenyum sinis.
“Jauhkan diri kau dari Ziqry, aku tak suka tengok kau rapat dengan dia.” Ujar Yuli, memberi amaran. Iman menepuk dahi.
“Aku rasa kau ni dah salah orang la, kau patutnya nasihatkan boyfriend kau, bukan aku. Sebab  seingat aku, boyfriend kau tu yang selalu datang cari aku…bukan aku yang terhegeh-hegeh dekat dia.” Yuli mencengkam lengan Iman kuat, ditarik agar lebih rapat dengannya.
“Jangan ingat keluarga Ziqry sukakan kau, bererti kau dengan dia akan berkahwin…jangan mimpilah, yang akan jadi isteri dia tu….aku, bukan kau.” Ujar Yuli, Iman ketawa, memang sah perempuan ni tengah meroyan, gila talak.
“Hei…kau dengar sini yek, boyfriend kau tu….bagi percuma pun aku tak nak la.” Ujar Iman, sengaja mahu mencalarkan hati Yuli.
“Jadi kau tak payah nak meroyan tak tentu pasal, tak payah sibuk nak semakkan otak kau yang besar macam kacang walnut tu semata-mata nak warning aku.” Ujar Iman lagi, Yuli mengetap bibir.
“Daripada kau sibuk cari pasal dengan aku…baik kau pergi persiapkan diri, belajar macam mana nak tadbir rumah tangga kau dengan dia nanti. Pergi balik daftar sekolah memasak….move.” Ujar Iman, tubuh Yuli ditolak ketepi, buat menyemak je.
“Hei…aku tak habis cakap lagi, kau nak kemana tu.” Jerit Yuli, Iman buat bodoh, dia terus melangkah, balik rumah sambung tidur lagi baik. Yuli menghentak kakinya kuat, geram bila dirinya diperkotak-katikkan gadis itu. Nasib baik tak ada orang yang tengok, kalau tidak pasti jatuh air mukanya buat kali yang kedua.



                                                                                                               
Aisy mengeluh, tumpuannya terus lari bila Yuli hadir membawa seribu satu masalah. Sejak masuk tadi, gadis itu tidak habis-habis membebel sampaikan telinganya sudah tidak mampu untuk bertahan.
“U dengar tak apa yang I cakap ni…Ziq.” Panggil Yuli kuat, Aisy mengangguk.
“I dengar…” Yuli menarik muka, dengar tapi tak buat tak tahu.
“I tak suka la dia tu, tak tahu nak hormat orang…berlagak lebih.” Ujar Yuli, tubuhnya dipeluk, dia mendengus.
“Yang u ni pun satu…cari pasal dengan dia buat apa. Dah tahu perangai budak tu macam tu, yang u layan buat apa.” Tegur Aisy, serabut kepalanya dengan bermacam-macam masalah yang timbul, lama-lama otaknya boleh gila.
“Mana ada I cari pasal dengan dia…dia tu yang berlagak dengan I.” Bentak Yuli, Aisy mendengus.
“Si Iman tu....kalau tak ada orang cari pasal dengan dia, dia takkan ambil peduli pasal orang.” Ujar Aisy, Yuli mencemik.
“U ni kenapa….sebelahkan dia pulak….u sepatutnya sokong I, I ni bakal isteri u….bukannya dia.” Ujar Yuli, geram. Aisy menutup buku kasar, pen ditangan diletakkan ditepi.
“Tolong la Yuli…jangan serabutkan kepala I dengan benda-benda kecil macam tu boleh tak. I ada banyak lagi masalah penting yang perlu difikirkan, I tak ada masa nak tolong u selesaikan hal remeh-temeh macam tu.” Ujar Aisy, kasar. Yuli tersentak, belum pernah lagi dia melihat lelaki itu naik angin.
“Yang u ni nak naik angin kenapa…marah-marah I pulak.” Aisy hanya mendiamkan diri, malas hendak memanjangkan cerita.
“Kalau u tak suka I datang…cakap je lah, tak payah I susahkan diri datang jumpa u malam-malam macam ni….u pun bukan tahu nak hargai.” Ujar Yuli, beg tangannya diangkat sebelum kakinya melangkah keluar meninggalkan Aisy yang langsung tak ambil kisah.
“Pandai-pandai u lah pujuk diri sendiri Yuli, I dah tak kuasa nak layan….banyak lagi benda lain yang I nak kena fikir.” Ujar Aisy perlahan, dia kembali menyambung kerjanya semula.




Yuli mencampakkan beg tangannya diatas katil, merah padam mukanya menahan marah. Hatinya terasa sakit bila diperlakukan begitu, karektor lelaki itu benar-benar berubah, entah apa yang merasuknya pun dia tidak tahu.
            Bunyi ketukan pada pintu dibuat tidak endah, dia malas hendak bangun dan membukanya lantas dibiarkannya saja.
            Yuli....Yuli....buka pintu ni.” Arah Puan Salmiah, Yuli masih tidak berganjak, kedengaran tombol pintu dipulas.
            ”Hish budak ni...orang panggil, dia buat tak dengar je.” Omel Puan Salmiah, perlahan-lahan dihampirinya katil Yuli lantas dilabuhkan punggungnya disitu.
            ”Anak mummy ni kenapa, balik je masam....orang kalau dah dapat jumpa buah hati, senyum...ini kamu, macam macam cuka.” Tegur Puan Salmiah seraya mengusap rambut anak gadisnya itu.
            ”Mummy jangan sebut nama dia lagi, Yuli benci.” Amuk Yuli, Puan Salmiah tersenyum...tak lain tak bukan, bergaduh la ni.
            ”Kamu ni...sikit-sikit nak marah, nak merajuk...nanti Ziqry tu lari baru tahu, baru nak menyesal.” Ujar Puan Salmiah, Yuli bingkas bangun.
            ”Mummy ni...orang tengah susah hati, dia buat lawak pulak.” Rajuk Yuli, Puan Salmiah ketawa kecil.
            ”Si Ziqry tu bila nak bawa keluarga dia datang, papa dah asyik bertanya tu.” Ujar Puan Salmiah, Yuli mengangkat bahu.
            La...Yuli tak cakap ke kat dia.” Tanya Puan Salmiah, Yuli mendengus.
            ”Dah berbuih mulut Yuli ni cakap tapi dia asyik kata sabar, sabar, sabar.  Yuli pun tak tahu apa masalah dia, nampak macam tak bersungguh pun ada.” Adu Yuli, Puan Salmiah mengeluh.
            ”Mummy pun tak tahu macam mana nak cakap lagi...ialah, kita ni pihak perempuan...tak boleh nak buat apa, kena tunggu je lah.” Ujar Puan Salmiah, perlahan. Yuli kembali muram, dia sendiri bimbang jika apa yang diharapkannya tidak menjadi kenyataan. Puan Salmiah bangun,
            ”Mummy keluar dulu, nak masuk tidur...kamu pun cuba-cubalah pujuk Ziqry tu lagi.” Ujarnya sebelum melangkah keluar meninggalkan Yuli sendiri.




Lunak suara Junjin mengalunkan serangkap lirik lagu mengejutkan Iman dari lamunannya, dia mendengus, malaun manalah yang menggangu hidupnya disaat-saat dia sedang bahagia menikmati masa-masa indah bersama keenam-enam jejaka idamannya.
“Kau nak apa?.” Tanya Iman, malas. Jam dimeja dipandang, hampir pukul 2.30 pagi, apa ke hal.
“Amboi…cantiknya bahasa, tak reti nak jawab salam dulu.” Bebel Aisy, Iman menggigit bibirnya.
“Waalaikummussalam…kau nak apa call aku ni? Nak cari pasal lagi?.” Tanya Iman.
“Kau tengah buat apa? Kenapa tak tidur lagi, dah pukul berapa ni?.” Tanya Aisy lembut, Iman pelik, buang tabiat ke apa orang tua ni, tak pernah-pernah Tanya soalan mencabar minda, tetiba terkeluar pulak hari ni.
“Aku tengah dating…kenapa?.” Tanya Iman pula.
“Tak habis-habis dengan cerita mengarut tu, apa yang best sangat?.” Tanya Aisy, Iman mencemik.
“Suka hati aku lah…best ke tak best ke, aku yang tengok….bukan kau.” Ujar Iman, geram.
“Tanya sikit pun nak marah, kau ni patut masuk kelas anger management…belajar kawal marah kau tu sikit. Aku rasa siapa yang jadi suami kau nanti, harus kena penyakit darah  tinggi…asyik dengar kau marah je.” Tegur Aisy. Iman berdesis, yang pasti bukan kau.
“Ahh…jangan banyak songeh lah, cakap  jelah kau nak apa call aku ni, tak payah nak bermukaddimah lama-lama, bosan aku dengar.” Ujar Iman, meletak noktah pada perbualan mereka.
“Kau buat apa sebenarnya sampai Yuli mengamuk tadi?.” Tanya Aisy, kembali pada tujuan asal dia menghubungi gadis itu, Iman menghela nafas keras.
“Dia mengadu apa dekat kau?.” Tanya Iman, kasar macam tak puas hati. Aisy ketawa.
“Dia cakap kau berlagak dengan dia.” Iman mengetap giginya,
“Aku berlagak dengan dia? Dia yang cari pasal dengan aku…dia tak cakap.” Ujar Iman, panas hatinya seketika mendengar luahan Aisy.
“Dia kata kau buat dia macam orang bodoh, berlagak bila dia nasihatkan kau dan tak hormat dia.” Ujar Aisy lagi, apa yang disampaikan Yuli, dikhabarkan semula pada gadis itu. Iman mula menyinga, perempuan ni kan…
“Kau cakap kat girlfriend kau yang muka macam katak tak cukup makan tu, aku tak heran la kalau dia nak nak kawin dengan kau esok sekalipun tapi tolong jaga cara percakapan dia…jangan fikir dia tu bakal bini kau, dia boleh arahkan aku sesuka hati keturunan dia je…kang sekali aku bagi penampor ala-ala k-pop, mau terbang 10 ribu buat pembedahan plastik semula.” Ujar Iman, Aisy ketawa, garang sangat.
“Kau ni pun…tak payah la nak ambil hati sangat dengan dia, dia rasa tergugat je tu…itu yang dia gelabah sikit.” Ujar Aisy, Iman mencemik.
“Tu bukan gelabah…tu meroyan. Kalau takut sangat tak jadi kawin dengan kau…usaha lah ambil hati nenek dengan mama, ini tak…datang serang aku buat apa.”  Omel  Iman, siapa yang tak sakit hati…dia yang tak ada kena-mengena dengan kisah rumah tangga mereka berdua, diserang tanpa usul periksa. Nasib baiklah dia ni jenis yang penyabar sikit, kalau kena dengan orang lain…maunya terpecat rahang mulut perempuan itu dikerjakan.
“Kau sorang-sorang kat rumah ni…tak apa ke?.” Tanya Aisy bimbang, meskipun dia tidak sukakan gadis itu tapi sebagai salah seorang ahli keluarga terdekat, wajib dia mengambil berat tentang gadis itu. Tambahan pula, Ilyana sudah berpesan supaya dia menjenguk Iman sementara dia menemani Amirul outstation, keluar negeri.
“Aku dah biasa…bukan tak pernah kena tinggal pun sebelum ni.” Ujar Iman selamba, tumpuannya masih lagi tertacap pada skrin komputer, sedikitpun tidak beralih.
“Tak takut?.” Tanya Aisy. Iman mengangkat kening.
“Nak takut kenapa?.” Tanyanya pelik, bukannya dia tinggal sorang, Amanda ada.
“Oh  aku lupa, hantu tu semua kan kawan kau…memang patutlah kau tak takut.” Ujar Aisy,
“Kau ni kan memang….” Belum sempat dia menghabiskan kata talian sudah terputus. Iman menggenggam buku limanya kuat menyalurkan semua rasa sakit hatinya disitu.
“Sabar Nur Iman….sabar, dugaan kecil je ni.” Bisiknya perlahan, dada diurut lembut, dia beristifar panjang….tak mahu terlalu menurut bisikan syaitan.
Aisy ketawa sendiri, pasti gadis itu sedang menahan sakit hati yang tak berkesudahan. Puas hatinya dapat mengenakan gadis itu, baru lega rasanya bila secubit rasa sakit hatinya mula berpindah pada gadis itu.
            ”Baru kau tahu macam mana rasanya sakit hati, asyik kau je yang menang...kali ni biar aku pulak yang rasa.” Aisy ketawa, tuala yang tersangkut di penyidai diambil sebelum kakinya melangkah menuju ke bilik air, sementelah pula dia masih belum menunaikan solat isyak jadi dia perlu segera mandi dan membersihkan diri.

Ahad, 29 Mac 2015

Tawanan Cinta 25



BAB 25


Aisy berhenti menyuap, wajahnya diangkat memandang wajah Yuli. Gelas minuman dicapai sebelum airnya diteguk. Tisu yang tersedia disebelahnya diambil lalu mulutnya dikesat. Kenapalah pagi-pagi begini gadis itu suka sangat mematahkan moodnya.
“U cakap apa tadi?.” Tanya Aisy, kurang jelas. Yuli mengeluh. Nampak sangat lelaki itu tidak memberi perhatian.
“I Tanya…bila lagi u nak suruh keluarga u hantar rombongan meminang. Papa dan mama I dah sibuk bertanya, I tak tahu nak bagi alasan apa lagi pada mereka.” Ujar Yuli, geram. Aisy mengeluh.
“Sabar sikit boleh…I tengah cuba pujuk keluarga I la ni, u pun tahukan mereka tu macam mana.” Ujar Aisy, meminta Yuli memahami keadaannya.
“Diaorang tu tak habis-habis lagi ke nak suruh u kawin dengan budak sengal tu.” Tanya Yuli, Aisy tersenyum hambar, mereka takkan habis dan takkan pernah habis selagi tak lihat dia dan Iman bersatu.
“U kenalah pandai ambil hati diaorang tu, terutamanya nenek I. Kalau u Berjaya, jangan kata mereka nak datang meminang, silap-silap terus bawa rombongan bertunang.” Ujar Aisy, memujuk. Yuli ketawa kecil.
“Tak adalah sampai macam tu, keluarga I Cuma nak suruh keluarga u datang hantar tanda supaya senang diaorang nak tolak kalau ada pinangan dari orang lain.” Ujar Yuli, Aisy mengangguk.
“I tengah usaha ni…u sabar ya.” Pujuk Aisy, Yuli mengangguk malas.
“Tapi jangan lama sangat, takut nanti keluarga I terima pinangan dari orang lain pulak.” Ujar Yuli, bimbang. Aisy sekadar mengangguk sebelum menyambung makannya.
Fikiran Aisy melayang jauh, dia sendiri sudah tidak tahu bagaimana hendak meyakinkan keluarganya terutama sekali neneknya yang dia dan Iman takkan serasi bersama.


Iman tersenyum sendiri, nasi lemak didalam pinggannya hanya sedikit sahaja yang luak, selebihnya dia  lebih  banyak menguis. Amanda berhenti menyuap, Iman yang termenung jauh dipandangnya hairan.
“Kau ni gila ke apa senyum sorang-sorang.” Tegur Amanda. Iman mencemik.
“Tadikan aku lalu kat bilik baby tau…Ya Allah…comel giler, rasa nak picit-picit je pipi diaorang, geram sangat.” Ujar Iman, air mukanya ceria.
“Dah namanya baby…mestilah comel, pernah ke kau tengok baby tak comel.” Ujar Amanda, Iman menjelirkan lidahnya, geram pulak mendengar kata-kata Amanda.
“Aku dah boleh bayangkan, anak aku nanti mesti lagi comel…mewarisi kecantikan aku dan ketampanan daddy dia.” Ujar Iman, nak jugak puji diri sendiri. Dia tersenyum, mula memasang angan-angan. Amanda mengangguk.
“Aku pun dah boleh bayangkan, anak korang mesti comel giler….siap ada lesung pipit macam kau lagi dan ditambah dengan kekacakan daddy dia yang muka macam John Loyd Cruz tu…peh, memang boleh jadi juara pertandingan baby tercomel lah.” Ujar Amanda, Iman memandang gadis itu tajam.
“Hei…hei…siapa kata muka anak aku macam si jerangkung tu, tolong sikit yek…muka dia macam Junjin tau…diulang sekali lagi, JUNJIN…” Ujar Iman, membetulkan kesilapan Amanda.
“Hello…” Amanda melambai tangan,
“Aku tak sebut nama Doktor Rayyan pun…aku kata John Loyd Cruz...” Ujar Amanda, dia tersenyum.
“Sama la tu…” Ujar Iman tak puas hati, apa yang salahnya.
“Ha…kiranya kau mengaku la jugak yang muka dia tu macam John Loyd Cruz.” Ujar Amanda, jarinya dihala kearah Iman, pantas gadis itu menepis.
“No komen...” Ujar Iman selamba membuatkan Amanda ketawa besar, malulah tu kantoi.
“Dah la…cepat makan.” Amanda cepat-cepat menghabiskan sarapannya bila melihat Iman menolak pinggannya ketepi. Selesai bersarapan, mereka beredar.



            “Kau free tak malam ni?.” Tanya Aiman, wajah Iman berkerut.
            “Kenapa…nak ajak aku keluar?.” Tanya Iman, Aiman mengangguk.
            “Aku nak belanja kau tengok wayang and makan-makan.” Ujar Aiman, Iman terdiam seketika, berfikir.
            “Rasanya aku free malam ni, Amanda keluar dengan boyfriend dia….kakak dengan abang ipar aku keluar negara.” Ujar Iman, Aiman sudah tersenyum lebar, ada peluanglah dia.
            “Khairil dengan Badrul pun ikut sekali?.” Tanya Iman, Aiman pantas menggeleng.
            “Diaorang kerja shif malam hari ni…tak boleh join kita.” Ujar Aiman, Iman mengeluh,
            “Jadi kita berdua jelah.”
            “Ala..sesekali, apa salahnya kita dating berdua.” Iman ketawa dan mengangguk, tak salah rasanya dia menerima pelawaan lelaki itu, selagi belum terikat…haruslah dia bebas.
            “Kalau macam tu, aku jemput kau kat rumah.” Iman menggeleng,
            “Kita jumpa kat luar jelah, kau bagitau je kat mana nak jumpa.” Ujar Iman, Aiman menggeleng.
            “Tak gentleman la kalau macam ni.” Ujarnya, Iman mencemik.
            “Tak payah nak gentleman-gentleman sangat la dengan aku…geli tau tak.” Ujar Iman, dada lelaki itu ditumbuk lembut. Aiman ketawa,
            “Oklah…nanti aku message kau.” Ujar Aiman sebelum meminta diri, Iman sekadar mengangguk, dia mencapai buku laporan, masa untuk lawatan tapak.
            Aisy memeluk tubuh, dia bersandar didinding, perbualan antara dua insan itu begitu menarik perhatiannya sehinggakan api cemburunya marak menyala, bibir digigit lembut, haruskah dia biarkan semua itu berlaku sedangkan dia ada hak untuk menghalangnya.
            “Jangan haraplah kau nak bebas keluar dengan orang lain. Masa kau Cuma untuk aku je.” Bisiknya perlahan, dia mengangguk, handphone dikeluarkan dari poket seluarnya, nombor Iman didail.

Iman berjalan melenggang, lambat-lambat dia menapak menghampiri bilik Aisy yang terletak dihujung koridor. Dia mengeluh, tag nama yang tertampal dipintu dipandang sepi, dia mengeluh sebelum pintu itu diketuk perlahan. Sebaik terdengar arahan masuk diberikan, dia menolak daun pintu kedalam, meja Aisy dihampiri.
“Apa hal panggil aku?.” Tanya Iman malas. Aisy terdiam, langsung tidak menjawab malah kepalanya juga tidak diangkat, dia asyik dengan kerjanya. Iman mengeluh, ini yang buat dia angin, si jerangkung ni memang sengaja hendak mencabar kesabarannya, sengaja nak mengajak dia bergaduh.
“Doktor Aisy Rayyan Ziqry…kau kalau tak ada benda nak cakap, jangan panggil aku masuk bilik kau. Aku ada banyak lagi kerja lain nak buat, tak ada masa nak duduk percuma mengadap muka kau.” Omel Iman, geram. Meja lelaki itu ditepuk kuat.
Aisy berhenti menulis, serentak kepalanya diangkat memandang wajah kelat Iman dengan pandangan yang tajam.
“Doktor Nur Iman Qaisara….kau ingat aku nak sangat tengok muka kau yang macam tenuk tu, aku pun ada banyak kerja lain nak buat la.” Bentak Aisy, Iman mengetap bibir.
“Dah tu buat apa panggil, kalau dah tahu kau tu ada banyak kerja nak buat…ke kau rindu nak tengok muka aku…tu yang suruh aku masuk jumpa kau.” Ujar Iman, sengaja nak buat lelaki itu muntah hijau.
“Jangan nak perasan….muka tenuk kau tu, babun je yang ada selera nak tengok.” Ujar Aisy, tersenyum sinis. Iman mencemik,
“Memang la…sebab kau yang jadi babunnya.” Bisik Iman perlahan namun jelas. Aisy meletakkan pen ditangan, kasar. Dia berpusing kebelakang, sebeban kertas kerja diangkat lalu diletakkan dihadapan Iman sambil melemparkan senyum sumbing.
“Selesaikan yang ini.” Arah Aisy. Iman membulatkan mata, mulutnya ternganga. Gila, nak dia siapkan semua…banyak tu.
“Ni??semua??.” Tanya Iman inginkan kepastian, takut-takut la dia tersalah dengar ke apa. Aisy mengangguk,
“By the end of the day.” Tambahnya lagi. Rahang Iman jatuh lagi, buat kali yang kedua. Wajah Aisy dipandang tak berkelip.
“By the end of the day…maknanya tak sampai 4 jam je lagi sebelum bulan naik.” Muka Iman berkerut, mana sempat.
“Emmm…esok je tak boleh?.” Tanya Iman, cuba tawar-menawar, kot-kot la lelaki itu termakan pujuk rayunya. Aisy menggeleng, pantas.
“Today.” Ujarnya menolak, Iman mengeluh, perlahan-lahan timbunan kertas yang berat setinggi gunung Kinabalu itu diangkat.
“Nak kemana pulak tu?.” Tegur Aisy, Iman berhenti melangkah, dia berpaling.
“Nak keluarlah, siapkan kerja.” Ujarnya masam. Aisy tersenyum sinis, tangannya disilang kedada.
“Ada ke aku suruh keluar?.” Dahi Iman berkerut.
“Dah tu kalau aku tak keluar, macam mana aku nak siapkan kerja ni.” Iman mengetap gigi, sakit hati pulak rasanya.
“Aku suruh siapkan kerja…bukan suruh keluar.” Ujar Aisy, selamba. Iman mengangkat kening, mendalam maksud tu.
“Takkan la kau nak aku buat kerja ni kat sini…dalam bilik kau.” Aisy tersengih, Iman mati akal, Nampak gayanya perderaan emosinya bakal bermula. Kepalanya ditunduk, perlahan-lahan dia bergerak kearah sofa, dalam hati mulalah nak menyumpah seranah lelaki itu, tak ada hati perut langsung.




Aisy tersenyum, sembunyi, melihat gelagat Iman yang macam cicak kepanasan membuatkan dia terasa hendak ketawa, serba tak kena dibuatnya. Dia tahu gadis itu sedang memprotes dalam diam. Bukan dia tak kenal dengan perangai Iman Cuma dia sengaja buat tak tahu, malas nak ambil pusing. Sesekali, gadis itu perlu diajar.
“Buat kerja tu biar ikhlas. Kalau mulut tu asyik terkumit-kumit membebel macam mak nenek, macam mana nak dapat berkat.” Ujar Aisy, Iman mendengus.
“Ada aku kisah, mulut aku…suka hati aku la.” Bebel Iman perlahan, jari-jemarinya masih ligat menari diatas helaian kertas.
“Memang la mulut kau…kalau mulut orang lain, dah lama kena simen.” Ujar Aisy, Iman mengetap bibir, buku rujukan yang setebal kamus dihempas kuat, biar runtuh meja kopi si jerangkung ni.
“Buku tu ilmu….marah-marah macam tu, tak melekat ilmu tu dalam kepala…nanti sia-sia je gelaran doktor tu.” Ujar Aisy lagi, Iman berhenti menulis, Aisy dipandangnya macam hendak dimakan.
“Mulut kau tu diam boleh tak…kan tak pasal-pasal, aku suruh kau kunyah buku ni semua.” Sudahlah rancangannya hendak keluar dengan Aiman gagal dan lelaki ini pulak sengaja hendak menambah kesengsaraannya. Aisy ketawa,
“Doktor Nur Iman Qaisara…kau, bila marah sebijik macam muka mak lampir yang baru lepas jatuh longkang…bukan buat orang takut, tapi makin nak gelak.” Sepantas kilat, sebiji buku melayang tepat mengenai muka Aisy, nasib baik dia sempat mengelak, kalau tidak patah tulang hidungnya.
“Amboi..gurau kasar.” Ujar Aisy, Iman menutup telinganya, serabut kepalanya asyik mendengar celoteh Aisy.
“Diam lah…” Jerit Iman, kuat. Aisy ketawa lagi,  sikitpun dia tidak marah dengan perlakuan gadis itu asalkan budak tiga suku itu ada depan matanya. Tangan diangkat tanda dia menyerah, tak mahu menganggu kerja Iman lagi.




Iman mengeliat membetulkan pinggangnya yang lenguh, bersimpul habis urat sarafnya gara-gara tugasan yang diberikan Aisy. Buku ditutup sebelum disusun kemas, kepalanya diangkat, memandang kearah meja Aisy.
“Hampeh punya orang, aku duk sibuk-sibuk siapkan kerja....kau boleh hilang pulak tinggalkan aku.” Omel Iman, geram. Jam ditangan direnung, sudah menginjak pukul 9.00 malam. Buku-buku rujukan yang bersepah diatas meja dibiarkan, tak kuasa dia nak tolong mengemas.
            “Pandai-pandai lah kau jerangkung kemas sendiri....aku dah tolong siapkan kerja ni pun dah kira bagus.” Ujar Iman, beg sandangnya diangkat lalu disangkut kebahu sebelum kakinya melangkah keluar dari ruang pejabat Aisy.
Sebaik sahaja Iman menghilang, Aisy muncul dengan semug milo panas dan sepiring biskut, prihatin juga dia dengan kebajikan Iman.
            Aikk...mana pulak budak tiga suku ni hilang. Rasanya masa aku tinggalkan dia tadi, dia masih tercongok kat sofa. Cepat sangat hilang, takkan dah kena culik kot.” Handphone dikeluarkan dari poket seluar, nombor Iman didail.
            ”Kau kat mana?.” Tanya Aisy.
            ”Kat bawah...kenapa?.” Tanya Iman pula.
            ”Dah nak balik?.” Tanya Aisy lagi.
            ”Dah tu...takkan nak suruh aku tidur kat sini.” Ujar Iman, kasar bunyinya. Aisy ketawa, masih marah la tu.
            ”Tak adalah...ingatkan kau dah kena culik dengan makhluk asing ke apa, takut jugak aku.” Ujar Aisy, Iman buat-buat ketawa.
            ”Tak payah nak tunjuk yang kau tu prihatin sangat la, geli urat perut aku.” Ujar Iman, giliran Aisy pulak ketawa.
            ”Aku takut kalau nenek tanya je, susah aku nak jawab nanti.” Balas Aisy, Iman mendengus,
            ”Dah la...aku nak balik ni, buang masa aku je layan kau.” Ujar Iman, sebelum memutuskan perbualan mereka.
            ”Kalau ya pun...tak payah la lekatkan handphone tu kat telinga lagi, cakap depan-depan je kan senang”. Ujar Aisy mengejutkan Iman, pantas gadis itu berpaling.
            ”Kurang asam punya jerangkung, asal kau tak cakap awal-awal yang kau dah ada kat bawah....eeee, aku bunuh jugak kau ni karang.” Marah Iman, kaki Aisy terus disepak kuat. Patutlah semua orang kat lobi ni pandang dia semacam je, siap senyum lagi, rupanya mangkuk seekor ni dah tercongok dibelakangnya.
            ”Jangan nak salahkan aku...kau tu yang tak prihatin dengan keadaan sekeliling.” Balas Aisy, geram, dahi Iman ditunjal sekuat hati, kalau boleh biar patah tulang lehernya.
            ”Jom aku hantar kau balik, karang kalau dibiar sorang-sorang, dibawa lari dek cik Cong pulak.” Ujar Aisy, tangan Iman dicapai lalu digenggam sebelum diheret keluar menuju ke keretanya.
            ”Cik Cong tu siapa pulak...girlfriend baru kau?.” Tanya Iman, Aisy ketawa,
            ”Encik Pocong...kawan kaulah.” Iman mengetap giginya, aduh sakitnya hati, dadanya dipukul lembut berkali-kali.
            Lapar tak...kalau lapar, kita pergi makan dulu sebelum balik.” Saran Aisy, Iman cepat-cepat mengangguk, memang dia betul-betul lapar, tengahhari tadi dia hanya menjamah sedikit saja nasi. Enjin kereta dihidupkan, Aisy terus memecut keluar dari perkarangan hospital menuju kearah pusat bandar.




            ”Baru balik dating ke?.” Tegur Amanda sebaik sahaja Iman melangkah masuk. Pantas gadis itu mendengus, marah.
            ”Banyak la kau punya dating...kau tak tahu aku kena dera teruk hari ni.” Ujar Iman, punggungnya dihenyak diatas sofa, gelas air milik Amanda dicapai lalu diteguk habis, sekali nafas, hish...tak senonoh, entah-entah bismillah pun tak baca.
            ”Siapa yang dera kau?.” Tanya Amanda terkejut, sungguh dia tidak tahu.
            ”Si jerangkung tu la, suruh aku siapkan kerja sebelum matahari terbenam...ada ke patut, dah la tinggi menggunung....bagi masa ciput je.” Adu Iman, Amanda ketawa.
            ”Patutlah masa aku call kau tadi, dia yang angkat.” Ujar Amanda, Iman mengangkat keningnya.
            ”Kau call aku?.” Tanya Iman, Amanda mengangguk.
            ”Mangkuk ayun punya manusia, dia tak cakap pun kat aku yang kau ada call.” Ujar Iman, tak puas hati, sofa ditumbuk kuat.
            ”Dia cakap apa dengan kau?.” Tanya Iman lagi, masih tak berpuas hati bila Aisy melanggar privasinya.
            Dia suruh aku balik dulu, katanya kau kena temankan dia siapkan kerja.” Ujar Amanda, lagilah Iman menyinga, pantas lengan Amanda ditarik sebelum digigit.
            ”Sakit la....” Marah Amanda, kepala Iman ditolak menjauh.
            ”Yang kau pergi dengar cakap dia tu kenapa, sengal la kau ni.” Omel Iman geram, lengan Amanda yang sudah berbekas dengan kesan gigitannya digosok lembut.
            Dah tu nak suruh aku pergi rempuh masuk bilik dia semata-mata nak selamatkan kau.” Ujar Amanda, Iman mengangguk.
            ”Gila kau...tak pasal-pasal aku kena tindakan tatatertib.” Ujar Amanda, Iman ketawa.
            At least kawan baik baik kau ni terselamat.” Amanda mencemik, mereng betul otak budak sekor ni.
            ”Dah...pergi mandi, busuk.” Tubuh Iman ditolak,
”Ooo...busuk yer..” Ujar Iman, dia tersengih pantas digeselkan tubuhnya ke tubuh Amanda sebelum melarikan diri tatkala jeritan gadis itu memecah kesunyian rumah mereka.

Jumaat, 27 Mac 2015

Tawanan Cinta 24



BAB 24
                                                                                

            Iman merenung jauh kehadapan, figura yang terselit dicelah-celah orang ramai seakan-akan dikenalinya. Dia menggaru kepalanya, berfikir siapa itu. Bahunya ditepuk kuat sehinggakan terpacul nama yang tiba-tiba terlintas difikirannya.
            “Aik…kata benci, tapi boleh pulak sebut nama dia.” Usik Amanda, pantas Iman menumbuk kasar lengan gadis itu, menyampah.
            “Tak sengajalah…tu, Nampak tak siapa tu.” Tanya Iman seraya menunjukkan kesatu arah.
            “Doktor Rayyan…tapi perempuan tu siapa?.” Tanya Amanda.
            “Guli…” Ujar Iman sepatah.
            “Guli???.” Amanda ketawa kecil, apa ke pelik sangat namanya.
            “Bakal bini dialah tu, perempuan yang buat kecoh kat ER hari tu…takkan kau dah lupa.” Ujar Iman, Amanda mengangguk.
            “Yuli…” Ujarnya, Iman sekadar mengangguk. Cepat-cepat dia berpaling kearah lain bila melihat Aisy dan Yuli bergerak menghampiri mereka. Keluhan berat kedengaran keluar dari mulutnya, ingatkan cuti hujung minggu begini, dia boleh bersenang-lenang tanpa gangguan tapi sebaliknya pula yang berlaku.
            “Hei Girls…tak sangka boleh terserempak kat sini. U’ll nak tengok wayang jugak ke?.” Tanya Yuli, ramah. Iman tersenyum sumbing, nak lari pun dah tak sempat, redah je la.
            “Dah namanya panggung wayang, takkan kita datang nak belajar memasak pulak.” Ujar Iman, perlahan berbisik ditelinga Amanda membuatkan gadis itu terpaksa menekup mulut menahan ketawa.
            “Berdua je?.” Tanya Aisy, Iman mengangkat sebelah keningnya.
            “Doktor nampak ke ada orang lain dengan kami?.” Tanya Iman kembali, Amanda mencuit pinggang Iman, memintanya supaya bersabar dan jangan cari pasal.
            “Kak Yana dengan abang…tak join sekali?.” Tanya Aisy lagi,  Iman mengeluh.
            “Hujung minggu kan diaorang selalu balik rumah mama…lupa ke?.” Tanya Iman pula.
            “Oh yalah…lupa.” Ujar Aisy, dahinya diketuk perlahan. Iman menggeleng, comfirm banyak makan semut.
            “Hari ni kami berdua je.” Ujar Amanda sambil tersenyum, Aisy mengangguk.
            “U’ll nak tengok cerita apa?.” Tanya Yuli lagi, tangannya masih tidak lepas memaut lengan lelaki disebelahnya. Iman menggeleng, menyampah pulak rasanya melihat aksi tergedik-gedik Yuli, yalah dia sorang je yang ada boyfriend, desis hati kecilnya.
            “Entah…belum buat keputusan lagi, baru nak usher-ushar cerita apa yang best.” Ujar Amanda bagi pihak dia dan Iman bila melihat sahabatnya itu bagaikan tidak peduli, hanya terdiam dari tadi walhal dalam hati tak sudah-sudah mengutuk gadis dihadapan mereka ini.
            “Pilih la mana-mana cerita…saya belanja.” Ujar Aisy seraya menjeling kearah Iman yang masih buat tak tahu.
“Kita tengok cerita seram nak….nampak macam best je.” Cadang Yuli, wajah Aisy dan Iman dipandang bergilir. Amanda menolak bahu Iman, bertanyakan tentang persetujuannya.
            “Up to u…” Ujarnya, Amanda tersenyum.
            “Ok.” Aisy mengangguk,
            “We all pergi beli tiket…u all beli makan dan minuman.” Ujar Aisy sambil menghulurkan sekeping not 50, Amanda mengangguk lalu menarik tangan Iman menuju ke kaunter yang menjual pop corn dan minuman ringan.




            Iman meninjau mencari tempat duduk, sebaik terjumpa dia memanggil mereka bertiga. Kepalanya terangguk-angguk, memang terbaiklah tempat yang Aisy pilih, kerusi dibahagian tengah dengan sound systemnya betul-betul dibarisan mereka duduk. Bahu Amanda dicuit, dia tidak jadi hendak duduk.
            “Tukar tempat yunk…” Pinta Iman, Amanda mendengus.
            “Duduk jelah…tempat mana-mana pun sama je.” Ujarnya. Iman membulatkan matanya, nak suruh dia duduk disebelah jerangkung ni, huh jangan mimpilah.
            “Jangan banyak soal ok….duduk je.” Arah Amanda, Iman menghenyak punggungnya kasar, tanda protes. Amanda buat bodoh, langsung tidak dipedulikan rajuk gadis itu.




            Iman sudah mula tidak senang duduk, bunyi sound effect pada permulaan cerita saja pun sudah membuatkan dia gelabah, detak jantungnya semakin laju seiring dengan bunyi sound effect yang kedengaran. Kepalanya diketuk beberapa kali, rasa menyesal mula memenuhi ruang hati, kenapalah dia boleh setuju untuk mengikut cadangan si jerangkung ni.
            Bekas popcorn ditangan Amanda dicapai, gadis itu sendiri sudah kelihatan memintal hujung baju Iman, riak dan air mukanya kelihatan sedikit pucat, Nampak sangat dia tu penakut.
            “Iman…seram la pulak cerita ni.” Ujar Amanda, berbisik.
            “Tu lah, gatai sangat pergi setuju dengan cadangan dia, padan muka kau.” Ejek Iman, walhal dia sendiri jugak yang ikut setuju.
            “Manalah aku tahu cerita ni seram sangat…ingatkan biasa-biasa je. Lagipun kau sendiri tak bantah.” Ujar Amanda lagi, hujung baju Iman ditarik kuat. Shhhh, bunyi isyarat disebelah mematikan perbualan mereka.
            “Kalau nak berborak, pergi duduk kat luar.” Ujar Aisy, berbisik. Iman mencemik. Popcorn diambil lalu disumbat didalam mulutnya. Dia mengeluh, tak tahu mana satu yang lebih menakutkan, duduk disebelah lelaki ini atau cerita yang sedang mereka tonton.
            “Jangan terbawa dalam mimpi sudah la.” Bisik hati kecil Iman. Suasana kembali sunyi, yang kedengaran hanya bunyi sound effect yang menggegarkan jantung.



Iman terperanjat bila jeritan penonton memecah kesenyapan panggung, penonton dikiri, kanan, depan dan belakang, semuanya menjerit sekuat hati bila skrin putih dihadapan mereka terpampar adengan yang mampu menyentak pundi kencing, kalau tak cukup kuat menahan, mau banjir dalam panggung ni.
Dia sendiri sudah mula terasa hendak terkucil, namun sedaya-upaya ditahan. Gila nak bangun time-time macam ni, tak pasal-pasal kena baling dengan bekas popcorn nanti.
“Arghhhhh….” Aisy menutup telinganya, perit bila kedua-dua wanita disebelahnya menjerit nyaring.
“Ya Allah…korang berdua ni, menjerit macamlah hantu-hantu tu semua datang cekik korang, pelan sikit tak boleh ke.” Tegur Aisy, Iman mengurut dadanya, habis tertanggal urat-urat jantungnya.
“Kenapalah u pilih cerita ni, seram la Ziq.” Rungut Yuli, Aisy mengangkat keningnya. Dia pulak yang salah sedangkan cadangan itu datang dari gadis itu.
“Sumpah lain kali aku tak nak tengok lagi cerita macam ni, bagilah aku sepuluh tiket percuma sekalipun, aku takkan masuk tengok.” Ujar Iman, Amanda yang sedari tadi bersembunyi dibelakangnya mengangguk setuju.
“Kalau aku tahu…baik aku pilih cerita Turbo je tadi.” Omel Amanda, Iman memandang gadis itu geram, salah siapa.
Aisy ketawa kecil, melihat wajah pucat Iman samalah seperti melihat jenazah-jenazah yang terbaring didalam bilik mayat hospital, Cuma bezanya gadis disebelahnya masih lagi bernyawa. Macam tak percaya pulak rasanya, Iman yang dulunya serupa hantu, kini takut pada spesisinya sendiri.
Iman menelan air liur, entah bagaimana dia hendak mengharungi baki 45 minit lagi, lututnya pun sudah mula terasa lemah, terketar-ketar sehinggakan bunyi tempurung lutut berlaga pun boleh kedengaran, memang The Conjuring ni boleh buat dia mati kojol.
Matanya tidak lari dari menatap skrin dihadapan walaupun nafasnya sudah terasa sesak  manakala tangannya pula menggenggam erat lengan Aisy, lantak lah apa yang lelaki itu hendak kata, dia sudah tidak peduli.
Aisy tersenyum, tak sampai hati pulak dia hendak menolak Iman menjauhinya, sekalipun mereka bermusuhan, masih terselit rasa kasihan didalam hatinya bila melihat keadaan Iman begitu.
Masing-masing menarik nafas lega bila tayangan akhirnya tamat, siksaan selama 112 minit berakhir tanpa kebanjiran didalam panggung. Amanda melepaskan keluhan lega, kantung pundi kencingnya kembali pada keadaan normal.
“Lepas ni kita pergi makan ya Ziq.” Ajak Yuli, kemas merangkul lengan Aisy, sengaja mahu membuat Iman cemburu melihat aksinya. Masing-masing melangkah keluar dari panggung.
Iman terasa hendak ketawa,
“Konon nak buat aku jeles la tu, menyampah den. Baru boleh John Loyd Cruz dah nak berlagak, aku ni yang tiap-tiap malam dating dengan Junjin pun tak eksyen macam kau…memang tak boleh blah.” Bisik hatinya, tangannya disilang kedada.
“Kamu berdua lapar tak? Kita pergi makan dulu sebelum balik.” Ajak Aisy, Amanda mengangguk, Iman pantas menyiku perut gadis itu memberi isyarat sesuatu. Kening Amanda bertaut, cuba mentafsirkan maksud isyarat yang diberi.
“Tak apalah…Doktor Rayyan makan je dengan cik Yuli, kitaorang nak balik.” Ujar Amanda, dahi Aisy berkerut.
“Tak nak makan dulu?.” Tanya Aisy, Iman menggeleng.
“Orang melayu, orang putih…thank you, terima kasih.” Ujar Iman, sempat dia memberikan jelingan maut pada Yuli.
“Balik dulu…terima kasih doktor, sebab belanja tengok wayang tadi.” Ujar Amanda sebelum tangannya ditarik Iman, mengajaknya beredar.
“Apalah kau ni…Doktor Rayyan punyalah baik hati nak belanja kita makan, kau senang-senang tolak. Tak reti bersyukur langsung.” Ujar Amanda tak puas hati, Iman mencemik.
“Kau tak Nampak ke muka si guli tadi, pandang kita macam nak telan.” Ujar Iman, Amanda menggigit bibir, mengangguk.
“Aaa la…aku pun perasan sebenarnya.” Iman tersenyum.
“Dah tu tak faham-faham lagi.” Tanya Iman, Amanda tersengih.
“Ala kau ni…sekali-sekala, apa salahnya Doktor Rayyan belanja kita. Pasal si guli tu…buat bodoh dah la, bukan pakai duit dia pun.” Ujar Amanda.

“Ha…yalah, kau nak suruh aku mengadap muka minah ala pelangi senja tu sambil makan, huih…tak kuaso den.” Ujar Iman membuatkan Amanda ketawa mengekek-ngekek, lucu benar bila Iman menyamakan Yuli dengan pelangi, tapi memang betul pun, dia yang melihatnya tadi sudah rasa nak pengsan, buntang biji matanya bila melihat warna pakaian gadis itu, serba-serbi jingga.
“Tapi serius aku lapar ni, kita makan dulu yek sebelum balik. Lagipun aku dah bagitau kak Yana, tak payah masak banyak-banyak.” Ujar Amanda. Iman mengeluh.
“Ya lah…jom.” Ujar Iman, Amanda pantas menahan teksi sebelum mereka berdua melolos masuk.




Aisy berhenti melangkah, suara ketawa yang didengarinya itu cukup dikenali, matanya mula meliar mencari kelibat seseorang, saat pandangan bertembung, dia terkarisma seketika. Darah panas mula memuncak, tangan Yuli ditarik kasar menghampiri meja Iman.
“Assalamualaikum..” Sapanya, Iman menjawab perlahan, wajahnya sudah berkerut, macam mana boleh terserempak ni, bisik hatinya. Badrul segera bangun, menyapa lelaki itu.
“Doktor Rayyan…” Ujarnya seraya menghulurkan tangan, bersalam dan disambut Aisy erat dan kuat.
“You’ll buat apa kat sini?.” Tanya Aisy, nada suaranya tegas.
“Doktor rasa kitaorang tengah buat apa?.” Tanya Iman acuh tak acuh, Aisy menahan rasa. Tadi bukan main lagi menolak bila dia mengajak mereka berdua makan, kenyang la konon, tup-tup boleh pulak tercongok kat sini dengan mamat burung hantu ni.
“Tadi ajak makan tak nak…kata nak balik.” Iman tayang muka seposen, nada Aisy yang serius menunjukkan yang dia tidak senang dengan apa yang dilihatnya ini.
“Memang la…tapi si Amanda ni, tiba-tiba lapar…tu yang kitaorang datang makan dulu, jumpa pulak dengan Badrul…so, here we are.” Ujar Iman, wajah Aisy yang tegang tidak dipedulikannya. Aisy menarik kerusi lalu duduk.
“You’ll tak kisahkan kalau kitaorang join sekali.” Tanya Aisy, Badrul mengggeleng.
“Sayang….tak payah la ganggu diaorang, kita duduk tempat lain.” Ajak Yuli, tidak senang. Iman mengangguk, lebih baik begitu.
“Sit Yuli…tak payah banyak soal, tadi kata lapar.” Arah Aisy, tegas bunyinya.Yuli mengetap bibir, tak ada pilihan, kerusi ditarik sebelum punggungnya dilabuhkan.
“Oder la..tunggu apa lagi, saya belanja.” Ujar Aisy, tangan diangkat, memanggil pelayan. Iman mengeluh, susah la kalau macam ni, pasti ada yang tak kenyang nanti.




“Jom saya hantar awak berdua balik.” Ujar Aisy setelah selesai menjelaskan bayaran. Iman pantas menggeleng, nak dia duduk dalam satu kereta dengan cik guli, oh…kirim salam la.
“Tak apalah…Badrul boleh hantarkan kami, kan Bad?.” Tanya Iman, Badrul tersenyum dan mengangguk, pucuk dicita ulam yang mendatang.  Wajah Aisy berubah mendadak,
“Buat apa nak susahkan orang lain kalau saya boleh hantarkan.” Iman mengangkat kening,
“Kenapa pulak tak boleh, Bad tak kisah pun…kan Bad.” Badrul mengangguk, untuk gadis itu, menerjah ke bulan pun dia sanggup.
“Tak ada susahnya doktor, untuk Sara…semuanya boleh, saya memang tak kisah.” Ujar Badrul, Aisy tersenyum sinis, kau memang la tak kisah…tapi aku kisah, hatinya berbisik.
“Tak apalah Badrul…lagipun jalan kami sehala, lebih senang kalau saya yang hantar dia balik…terima kasih saja.” Ujar Aisy, baru Iman hendak bersuara, Amanda terlebih dahulu menyampuk.
“Betul cakap doktor Rayyan tu, biar dia sajalah yang hantar kami balik….lagipun kau tentu penat, baru balik kerja kan.” Iman memandang Amanda geram, minah ni..sengaja je tau.
“Kalau kau dah cakap macam tu…aku nak buat apa lagi. Terima kasih doktor belanja makan. Sara aku balik dulu…jangan lupa call aku bila sampai rumah.” Pesan Badrul, Iman tersenyum dan mengangguk.
            “Bye..” Ujarnya sebelum beredar, Iman melambai sengaja, suka bila melihat muka lelaki dihadapannya berubah tegang, padan muka..siapa suruh menyibuk.
            Aisy mencapai kunci kereta, menarik tangan Yuli dan berjalan menuju ke keretanya, dia berpaling bila melihat Iman masih tidak berganjak.
            “Tunggu apa lagi tu…cepat la.” Amanda pantas mencapai tangan Iman mengajaknya beredar bila laungan Aisy memecah kesenyapan mereka. Iman menggelengkan kepala, masak la dia kejap lagi.