Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Jumaat, 3 April 2015

Tawanan Cinta 27



BAB 27

           
            Bunyi loceng pintu mengejutkan Iman dari tidurnya, dengan mata yang masih tertutup, dia bangun dan keluar menuju kearah pintu besar. Sempat dia mengintai melalui celah lubang kecil, mahu memastikan siapa gerangan yang mengganggu masa untuk dia bermimpi.
            ”Muka kau lagi...kau nak apa, kacau orang tidur je  lah.” Bebel Iman, pintu dibuka, pantas hidungnya ditarik kuat.
            ”Tidur apanya lagi...matahari dah lama naik, burung pun reti bangun awal tau. Ini subuh, solat ke tidak ni.” Marah Aisy, Iman mencemik.
            ”Orang tengah cuti-cuti Malaysia la.” Aisy tersenyum nipis sedangkan Iman, mukanya sudah merona merah.
            ”Manalah tahu...kau tu bukan boleh percaya sangat, kau kalau dah tidur...tidur mati.” Ejek Aisy, Iman mengacukan penumbuknya.
            ”Nah....” Aisy menghulurkan plastik berisi bungkusan makanan dan pantas disambut Iman dengan wajah yang terpinga-pinga, mamai lagi.
            ”Apa ni?.” Tanyanya bodoh, Aisy menggigit bibir, geram.
            ”Your breakfast la....mama kirim. Dia takut bakal menantu dia mati kebulur tak makan.” Ujar Aisy, Iman mengangkat keningnya.
            Manalah tahu...kot-kot bom ke.” Aisy terus menunjal dahi Iman membuatkan gadis itu terdorong sedikit kebelakang.
            ”Setakat nak suruh kau mati cepat, aku tak payah  nak hantar bom...cium je, gerenti kau terus gol.” Iman mengecilkan matanya, terus pintu ditutup, bergegar bunyinya, nyaris-nyaris batang hidung Aisy terkepit dicelah pintu.
            ”Hish dia ni....bukan reti nak berterima kasih, penat-penat aku berkejar kesini...kalau tahu tadi, baik aku sedekah dekat kucing....dapat jugak pahala.” Kepalanya digeleng berkali-kali sebelum melangkah pergi.



            Iman berpaling bila terdengar bunyi pintu ditolak, terjengul wajah Amanda dengan muka sembap tak cukup tidurnya. Garis hitam bawah matanya jelas kelihatan, namun diwajahnya masih terpancar rona-rona kegembiraan.
            Aku terserempak dengan Doktor Rayyan tadi, dia buat apa kat sini?.” Tanya Amanda.
            ”Hantar ni...” Ujar Iman sambil mengangkat plastik berisi bungkusan nasi lemak. Amanda tersenyum.
            ”Sayang jugak dia kat kau ya...sampai sanggup hantar breakfast pagi-pagi.” Iman mencemik, menyampah, sayang....ah, ini semua poyo.
            ”Mama yang kirim la...dia cuma tolong hantar je.” Ujar Iman, Amanda ketawa, dia melangkah menuju ke dapur.
            Iman menghulur sebungkus nasi lemak sebaik sahaja Amanda duduk, masing-masing diam tak berkutik, terlalu asyik menikmati sarapan pagi sehinggakan bunyi cicak berbual pun boleh didengari.
           



            ”Aisy....baru balik? Dah hantar breakfast pada Iman?.” Tanya Datin Munirah sebaik sahaja terpandang wajah anak terunanya. Aisy mengeluh,
            ”Mama ni...tak menyempat, kot ya pun bagilah Aisy duduk dulu, penat pun tak hilang lagi ni.” Ujar Aisy, Datin Munirah mencemik.
            ”Ala....kamu bukannya pergi hantar jalan kaki, naik kereta kan.” Sindir Datin Munirah. Aisy menghela nafas panjang.
            ”Memang la...tapi sekurang-kurangnya mama bagi lah Aisy duduk dulu, tarik nafas barulah tanya.” Ujar Aisy, Datin Munirah tersenyum.
            ”Yalah...tuan putera, silalah duduk, santap...” Gurau Datin Munirah sambil ketawa kecil.
            ”Teruk betul perangai cucu kesayangan nenek tu, tak reti berterima kasih langsung. Susah payah Aisy datang hantar sarapan untuk dia, jemput masuk pun tak...dah la tu...halau Aisy macam tu je.” Adu Aisy, Datin Munirah ketawa.
            ”Memang betul la kalau dia buat macam tu...memang patut pun.” Ujar Datin Munirah, Aisy mendengus.
            ”Hish mama ni....” Bahu Aisy ditepuk perlahan, lembut sentuhannya.
            ”Mama tak kata tindakan dia halau Aisy tu yang betul, mama cuma sokong tindakan Iman yang tak bagi Aisy masuk. Kamu dengan dia tu bukannya mahram, tak elok kalau orang pandang.” Ujar Datin Munirah, Aisy mengangguk, ada betulnya juga.
            ”Tapi sekurang-kurangnya...cakaplah terima kasih. Sejuk jugak hati...” Gomel Aisy perlahan, Datin Munirah tersenyum.
            ”Iman tu...walaupun dia tak cakap...mama tahu dia hargai apa yang Aisy buat untuk dia...Cuma dia tak nak tunjuk je.” Ujar Datin Munirah, Aisy mencemik...ialah tu.




            Iman menjinjing beg kertas dengan berhati-hati, bimbang jika makanan didalamnya tertumpah. Pandangan jururawat dikaunter pertanyaan langsung tidak diambil peduli, dia terus melangkah menuju ke bilik Aisy. Nafas panjang ditarik, pintu diketuk perlahan. Sebaik terdengar arahan masuk diberikan, Iman terus menolak pintu dan melangkah masuk.
            Aisy mengangkat keningnya, pelik dengan tingkah Iman yang tiba-tiba muncul dengan pakaian santainya. Seingat dia, gadis itu Cuma on call saja hari ini. Iman berlagak selamba, meja kerja Aisy dihampiri, beg kertas ditangan diletakkan diatas meja lalu disorong kearah Aisy.
            ”Apa yang kau bawa ni?.” Tanya Aisy, Iman menggaru kepalanya, macam mana dia nak cakap ni.
            ”Hello...aku tanya ni, jawablah.” Ujar Aisy, dia memeluk tubuh, menanti jawapan Iman.
            ”Alamak...takkan aku nak cakap yang aku bawa bekal untuk dia...hish, bantai kena gelak aku ni.” Bisik Hati Iman, bibirnya digigit.
            ”Doktor Nur Iman Qaisara...aku bercakap dengan kau ni, boleh tak tolong bagi respon sikit...jawab.” Ujar Aisy lagi, Iman masih mendiamkan diri, berfikir.
            ”Argh...gasak lah, dia nak gelak ke apa, janji niat aku baik.” Hatinya berbisik, dia berdehem, perlahan-lahan butir bicaranya terkeluar.
            ”Tu sebagai tanda terima kasih aku pada kau sebab bawakan sarapan....pagi tadi.” Ujar Iman, wajah Aisy langsung tidak dipandang, malu weh. Aisy menyimpul senyum dalam diam, bekas berisi makanan dikeluarkan dari beg kertas.
            Buntang matanya bila terpandang lauk-pauk yang dibawa Iman, lengkap segala nutrisinya. Ikan kerisi goreng, sayur kacang buncis goreng, sotong masak merah dan tumis serai ikan selayang, ditambah dengan hirisan buah betik sebagai pencuci mulut.
            ”Kau masak semua ni?.” Tanya Aisy, macam tak percaya. Iman tersenyum sinis.
            ”Tak lah...minachi sebelah rumah yang masak, aku tolong bawa je.” Aisy ketawa kecil, sayang jugak rupanya.
            ”Kau tak campur ubat pengasihkan dalam ni?.” Usik Aisy, Iman buat-buat ketawa.
            ”Bukan setakat ubat pengasih, semua jenis racun aku campur...racun tikus, racun rumpai...peluntur kain dengan ubat semut sekali...nanti kalau kau makan, agak-agak rasa dia lain sikit, jangan tanyalah kenapa ya.” Aisy ketawa lagi, gadis ini kalau bab loyar buruknya...memang no.1.
            ”Thank you..” Ucap Aisy, ikhlas, Iman sekadar mengangguk.
            ”Nanti dah habis makan...bekas tu bagi pada Amanda.” Ujar Iman seraya bangun.
            ”Nak balik dah?.” Tanya Aisy, Iman berpaling.
            ”Balik la...nak tunggu buat apa lagi.” Dengus Iman, Aisy mengangkat keningnya,
            ”Tak nak temankan aku makan?.” Tanya Aisy, Iman menjelirkan lidahnya.
            ”Balik rumah sambung tengok drama Korea lagi bagus...” Ujarnya, langkah kakinya terus diatur menuju ke pintu.
            ”Makan tu jangan lupa baca bismilllah...kan tercekik susah pulak, tak pasal-pasal si guli tu jadi janda muda nanti.” Ujar Iman, mengingatkan sebelum menutup pintu dan beredar. Aisy menggelengkan kepalanya, sempat lagi gadis itu mengenakan dia tapi dia gembira, dalam garang Iman...masih terselit sikap lembut hati yang menyenangkan.


Semerbak harum bau masakan Iman terus-terusan membangkitkan seleranya, buku ditutup dan ditolak ke tepi. Beg kertas diangkat lalu dibawa ke meja kopi, sempat tangannya mencapai botol air mineral yang sudah tersedia ada. Makan tengahhari itu dinikmati dengan ukiran senyuman yang memikat hati.





            Iman mengetuk kepalanya beberapa kali, jin apalah agaknya yang merasuk dia hari ini sampaikan dia terlebih rajin memasak dan menyediakan bekal untuk lelaki itu, sedangkan sebelum ini, nak tengok dia masuk dapur pun seminggu sekali  pun susah, itu kalau dia rajin, selalunya kak Yanalah yang jadi masterchefnya.
            ”Comfirm si jerangkung tu gelakkan aku sampai pagi esok. Sengal lah kau ni Iman.” Kutuk hatinya, Iman menekup muka, rasa macam nak masuk dalam peti mayat tak nak keluar-keluar, malunya.
            ”Sara...Sara...” Iman berpaling, dahinya ditepuk. Wajah Karina yang ceria sikit dari mayat dipandang tanpa perasaan.
            ”Apahal?.” Tanyanya acuh tak acuh.
            ”Kau buat apa kat sini, bukan kau off day ke?.” Tanya Karina, Iman mengangguk.
            ”Habis tu buat apa datang?.” Tanyanya lagi, Iman mendesis.
            ”Suka hati akulah...kau ada masalah ke?.” Tanya Iman pula, keningnya diangkat. Karina mendengus.
            ”Entah-entah kau datang nak jumpa doktor Rayyan...tak.” Teka Karina, Iman tersenyum sinis.
            ”Aku datang jumpa siapa pun.....yang kau nak sibuk kenapa, ada aku susahkan kau ke?. Tanya Iman, tajam matanya merenung wajah Karina membuatkan gadis itu merona merah menahan marah.
            ”Dah la...malas aku nak layan kau, balik sambung tidur lagi syok la.” Ujar Iman, terus saja dia melangkah tanpa mempedulikan gadis itu sambil mulutnya tidak henti-henti membebel.
            Amanda berhenti menulis, pertanyaan Aiman bernar-benar membuatkan dia terkarisma seketika. Air liur ditelan, bagaimana dia hendak menjawab soalan yang agak susah untuk dia terangkan jawapannya. Wajah lelaki itu yang sedang menanti jawapan dipandang.
            ”Errr...aku rasa lebih baik kalau kau tanya dia sendiri, aku tak tahu macam mana nak jawab.” Ujar Amanda, dahi Aiman berkerut,
            ”La...kau kan kawan baik dia, takkan kau tak tahu dia dah ada teman lelaki ke tak.” Tanya Aiman, Amanda menggaru kepalanya yang tidak gatal.
            ”Memang la aku kawan baik dia tapi tak semua hal peribadi dia aku tahu. Aku rasa lebih baik kalau kau tanya dia sendiri.” Ujar Amanda, cuba mengelak, Aiman mendengus.
            ”Susahlah kau ni...nak jawab soalan senang pun tak boleh.” Rungut Aiman, Amanda mencemik.
            ”Aku tak boleh jawab soalan yang aku sendiri tak pasti jawapannya. Nanti kalau aku kata dia tak ada boyfriend...tiba-tiba boyfriend dia muncul, apa aku nak jawab dan kalau aku kata dia dah ada boyfriend, tapi sebenarnya tak ada...kau kata aku menipu pulak...jadi adalah lebih baik kalau aku biar dia sendiri yang jawab.” Ujar Amanda dengan senyum simpulnya, Aiman mengangguk.
            ”Betul jugak cakap kau...lebih senang kalau dia sendiri yang jawab, kan.” Ujar Aiman, Amanda pantas mengangguk.
            ”Oklah...aku blah dulu...jumpa kau nanti.” Ujar Aiman sebelum melangkah pergi, Amanda sekadar mengangguk, nafas lega dihela.
            ”Doktor Amanda...” Tegur Aisy, Amanda tersentak.
            ”Doktor Rayyan..” Air liur ditelan,
”Bila masa pulak dia ni muncul, tup-tup dah tercongok kat depan mata, hish dia dengar ke? aduh masalah ni.” Bisik hati Amanda.
            ”Kenapa dengan doktor Aiman tu, saya dengar dia sebut nama Iman tadi.” Tanya Aisy, curiga. Amanda menggigit bibir, memang sah dia dengar.
            ”Oh...tak ada apa-apalah doktor.” Ujar Amanda, cuba mengelak  untuk berbicara tentang hal tadi. Aisy  mengangkat keningnya, pandangan matanya saja sudah cukup membuatkan hati Amanda kecut macam buah kismis.
            ”Dia tanya saya kalau-kalau Iman ada boyfriend.” Ujar Amanda, mengalah akhirnya. Aisy tersentak.
            ”Untuk apa?.” Tanyanya, keras. Amanda mengangkat bahu.
            ”Nak try pikat Iman la kot.” Ujarnya perlahan. Aisy membulatkan matanya, pikat Iman....no way.
            ”Awak jawab apa?.” Tanyanya lagi, ingin tahu.
            ”Saya suruh dia tanya Iman sendiri.” Ujar Amanda, Aisy mengetap bibir. Kalau ditanya budak tu, memang sah la dia jawab tak ada...hish, tak boleh jadi ni.
            ”Lain kali kalau dia tanya soalan yang sama lagi pasal Iman, awak jawab je...kawan baik awak tu, bakal dijodohkan dengan pilihan keluarga.” Ujar Aisy, mematikan pertanyaan. Amanda melopong, serius.
            ”Ok?.” Tanya Aisy, Amanda mengangguk, apa lagi yang dia nak kata. Aisy tersenyum mengangguk.
            ”Oh ya...Iman suruh saya bagi bekas makanan ni pada awak.” Ujarnya seraya menghulurkan beg kertas berisi bekas makanan kosong dan pantas disambut Amanda, sempat dia menjenguk kedalam beg kertas, patutlah rajin benor budak Iman tu memasak hari ini, rupanya ada udang disebalik spegetti.
            ”Eleh...sayang tapi tak nak mengaku...bencilah konon, rupanya dalam hati ada taman.” Bisik Amanda perlahan sebaik sahaja kelibat Aisy menghilang. Dia kembali menyambung kerjanya, tak sabar nak balik mengusik gadis itu.

Rabu, 1 April 2015

Tawanan Cinta 26



BAB 26


Iman berhenti melangkah bila laluannya terhalang, wajah orang yang menghalang jalannya dipandang tajam. Dia menggelengkan kepalanya, gadis ini memang sengaja cari pasal, tak habis-habis nak buat dia naik angin.
Rasa-rasanya kalau dia bunuh Yuli tu kat sini, ada yang perasan tak…hurm tak kot, jam dah pukul 11 malam, kawasan letak kereta ni sunyi, pak guard pun lambat lagi nak meronda kat sini, kiranya ada masa lagi untuk dia melakukan satu pembunuhan kejam, mindanya bercanda. Lamunannya mati bila bahunya ditepuk kuat.
“Aku tengah cakap dengan kau..kau boleh buat bodoh je kan, langsung tak hormat aku.” Ujar Yuli, Iman mengangkat kening, tayang muka lima sen.
“Kau ni apa hal, tak ada kerja?.” Tanya Iman, dia memeluk tubuh. Yuli tersenyum sinis.
“Jauhkan diri kau dari Ziqry, aku tak suka tengok kau rapat dengan dia.” Ujar Yuli, memberi amaran. Iman menepuk dahi.
“Aku rasa kau ni dah salah orang la, kau patutnya nasihatkan boyfriend kau, bukan aku. Sebab  seingat aku, boyfriend kau tu yang selalu datang cari aku…bukan aku yang terhegeh-hegeh dekat dia.” Yuli mencengkam lengan Iman kuat, ditarik agar lebih rapat dengannya.
“Jangan ingat keluarga Ziqry sukakan kau, bererti kau dengan dia akan berkahwin…jangan mimpilah, yang akan jadi isteri dia tu….aku, bukan kau.” Ujar Yuli, Iman ketawa, memang sah perempuan ni tengah meroyan, gila talak.
“Hei…kau dengar sini yek, boyfriend kau tu….bagi percuma pun aku tak nak la.” Ujar Iman, sengaja mahu mencalarkan hati Yuli.
“Jadi kau tak payah nak meroyan tak tentu pasal, tak payah sibuk nak semakkan otak kau yang besar macam kacang walnut tu semata-mata nak warning aku.” Ujar Iman lagi, Yuli mengetap bibir.
“Daripada kau sibuk cari pasal dengan aku…baik kau pergi persiapkan diri, belajar macam mana nak tadbir rumah tangga kau dengan dia nanti. Pergi balik daftar sekolah memasak….move.” Ujar Iman, tubuh Yuli ditolak ketepi, buat menyemak je.
“Hei…aku tak habis cakap lagi, kau nak kemana tu.” Jerit Yuli, Iman buat bodoh, dia terus melangkah, balik rumah sambung tidur lagi baik. Yuli menghentak kakinya kuat, geram bila dirinya diperkotak-katikkan gadis itu. Nasib baik tak ada orang yang tengok, kalau tidak pasti jatuh air mukanya buat kali yang kedua.



                                                                                                               
Aisy mengeluh, tumpuannya terus lari bila Yuli hadir membawa seribu satu masalah. Sejak masuk tadi, gadis itu tidak habis-habis membebel sampaikan telinganya sudah tidak mampu untuk bertahan.
“U dengar tak apa yang I cakap ni…Ziq.” Panggil Yuli kuat, Aisy mengangguk.
“I dengar…” Yuli menarik muka, dengar tapi tak buat tak tahu.
“I tak suka la dia tu, tak tahu nak hormat orang…berlagak lebih.” Ujar Yuli, tubuhnya dipeluk, dia mendengus.
“Yang u ni pun satu…cari pasal dengan dia buat apa. Dah tahu perangai budak tu macam tu, yang u layan buat apa.” Tegur Aisy, serabut kepalanya dengan bermacam-macam masalah yang timbul, lama-lama otaknya boleh gila.
“Mana ada I cari pasal dengan dia…dia tu yang berlagak dengan I.” Bentak Yuli, Aisy mendengus.
“Si Iman tu....kalau tak ada orang cari pasal dengan dia, dia takkan ambil peduli pasal orang.” Ujar Aisy, Yuli mencemik.
“U ni kenapa….sebelahkan dia pulak….u sepatutnya sokong I, I ni bakal isteri u….bukannya dia.” Ujar Yuli, geram. Aisy menutup buku kasar, pen ditangan diletakkan ditepi.
“Tolong la Yuli…jangan serabutkan kepala I dengan benda-benda kecil macam tu boleh tak. I ada banyak lagi masalah penting yang perlu difikirkan, I tak ada masa nak tolong u selesaikan hal remeh-temeh macam tu.” Ujar Aisy, kasar. Yuli tersentak, belum pernah lagi dia melihat lelaki itu naik angin.
“Yang u ni nak naik angin kenapa…marah-marah I pulak.” Aisy hanya mendiamkan diri, malas hendak memanjangkan cerita.
“Kalau u tak suka I datang…cakap je lah, tak payah I susahkan diri datang jumpa u malam-malam macam ni….u pun bukan tahu nak hargai.” Ujar Yuli, beg tangannya diangkat sebelum kakinya melangkah keluar meninggalkan Aisy yang langsung tak ambil kisah.
“Pandai-pandai u lah pujuk diri sendiri Yuli, I dah tak kuasa nak layan….banyak lagi benda lain yang I nak kena fikir.” Ujar Aisy perlahan, dia kembali menyambung kerjanya semula.




Yuli mencampakkan beg tangannya diatas katil, merah padam mukanya menahan marah. Hatinya terasa sakit bila diperlakukan begitu, karektor lelaki itu benar-benar berubah, entah apa yang merasuknya pun dia tidak tahu.
            Bunyi ketukan pada pintu dibuat tidak endah, dia malas hendak bangun dan membukanya lantas dibiarkannya saja.
            Yuli....Yuli....buka pintu ni.” Arah Puan Salmiah, Yuli masih tidak berganjak, kedengaran tombol pintu dipulas.
            ”Hish budak ni...orang panggil, dia buat tak dengar je.” Omel Puan Salmiah, perlahan-lahan dihampirinya katil Yuli lantas dilabuhkan punggungnya disitu.
            ”Anak mummy ni kenapa, balik je masam....orang kalau dah dapat jumpa buah hati, senyum...ini kamu, macam macam cuka.” Tegur Puan Salmiah seraya mengusap rambut anak gadisnya itu.
            ”Mummy jangan sebut nama dia lagi, Yuli benci.” Amuk Yuli, Puan Salmiah tersenyum...tak lain tak bukan, bergaduh la ni.
            ”Kamu ni...sikit-sikit nak marah, nak merajuk...nanti Ziqry tu lari baru tahu, baru nak menyesal.” Ujar Puan Salmiah, Yuli bingkas bangun.
            ”Mummy ni...orang tengah susah hati, dia buat lawak pulak.” Rajuk Yuli, Puan Salmiah ketawa kecil.
            ”Si Ziqry tu bila nak bawa keluarga dia datang, papa dah asyik bertanya tu.” Ujar Puan Salmiah, Yuli mengangkat bahu.
            La...Yuli tak cakap ke kat dia.” Tanya Puan Salmiah, Yuli mendengus.
            ”Dah berbuih mulut Yuli ni cakap tapi dia asyik kata sabar, sabar, sabar.  Yuli pun tak tahu apa masalah dia, nampak macam tak bersungguh pun ada.” Adu Yuli, Puan Salmiah mengeluh.
            ”Mummy pun tak tahu macam mana nak cakap lagi...ialah, kita ni pihak perempuan...tak boleh nak buat apa, kena tunggu je lah.” Ujar Puan Salmiah, perlahan. Yuli kembali muram, dia sendiri bimbang jika apa yang diharapkannya tidak menjadi kenyataan. Puan Salmiah bangun,
            ”Mummy keluar dulu, nak masuk tidur...kamu pun cuba-cubalah pujuk Ziqry tu lagi.” Ujarnya sebelum melangkah keluar meninggalkan Yuli sendiri.




Lunak suara Junjin mengalunkan serangkap lirik lagu mengejutkan Iman dari lamunannya, dia mendengus, malaun manalah yang menggangu hidupnya disaat-saat dia sedang bahagia menikmati masa-masa indah bersama keenam-enam jejaka idamannya.
“Kau nak apa?.” Tanya Iman, malas. Jam dimeja dipandang, hampir pukul 2.30 pagi, apa ke hal.
“Amboi…cantiknya bahasa, tak reti nak jawab salam dulu.” Bebel Aisy, Iman menggigit bibirnya.
“Waalaikummussalam…kau nak apa call aku ni? Nak cari pasal lagi?.” Tanya Iman.
“Kau tengah buat apa? Kenapa tak tidur lagi, dah pukul berapa ni?.” Tanya Aisy lembut, Iman pelik, buang tabiat ke apa orang tua ni, tak pernah-pernah Tanya soalan mencabar minda, tetiba terkeluar pulak hari ni.
“Aku tengah dating…kenapa?.” Tanya Iman pula.
“Tak habis-habis dengan cerita mengarut tu, apa yang best sangat?.” Tanya Aisy, Iman mencemik.
“Suka hati aku lah…best ke tak best ke, aku yang tengok….bukan kau.” Ujar Iman, geram.
“Tanya sikit pun nak marah, kau ni patut masuk kelas anger management…belajar kawal marah kau tu sikit. Aku rasa siapa yang jadi suami kau nanti, harus kena penyakit darah  tinggi…asyik dengar kau marah je.” Tegur Aisy. Iman berdesis, yang pasti bukan kau.
“Ahh…jangan banyak songeh lah, cakap  jelah kau nak apa call aku ni, tak payah nak bermukaddimah lama-lama, bosan aku dengar.” Ujar Iman, meletak noktah pada perbualan mereka.
“Kau buat apa sebenarnya sampai Yuli mengamuk tadi?.” Tanya Aisy, kembali pada tujuan asal dia menghubungi gadis itu, Iman menghela nafas keras.
“Dia mengadu apa dekat kau?.” Tanya Iman, kasar macam tak puas hati. Aisy ketawa.
“Dia cakap kau berlagak dengan dia.” Iman mengetap giginya,
“Aku berlagak dengan dia? Dia yang cari pasal dengan aku…dia tak cakap.” Ujar Iman, panas hatinya seketika mendengar luahan Aisy.
“Dia kata kau buat dia macam orang bodoh, berlagak bila dia nasihatkan kau dan tak hormat dia.” Ujar Aisy lagi, apa yang disampaikan Yuli, dikhabarkan semula pada gadis itu. Iman mula menyinga, perempuan ni kan…
“Kau cakap kat girlfriend kau yang muka macam katak tak cukup makan tu, aku tak heran la kalau dia nak nak kawin dengan kau esok sekalipun tapi tolong jaga cara percakapan dia…jangan fikir dia tu bakal bini kau, dia boleh arahkan aku sesuka hati keturunan dia je…kang sekali aku bagi penampor ala-ala k-pop, mau terbang 10 ribu buat pembedahan plastik semula.” Ujar Iman, Aisy ketawa, garang sangat.
“Kau ni pun…tak payah la nak ambil hati sangat dengan dia, dia rasa tergugat je tu…itu yang dia gelabah sikit.” Ujar Aisy, Iman mencemik.
“Tu bukan gelabah…tu meroyan. Kalau takut sangat tak jadi kawin dengan kau…usaha lah ambil hati nenek dengan mama, ini tak…datang serang aku buat apa.”  Omel  Iman, siapa yang tak sakit hati…dia yang tak ada kena-mengena dengan kisah rumah tangga mereka berdua, diserang tanpa usul periksa. Nasib baiklah dia ni jenis yang penyabar sikit, kalau kena dengan orang lain…maunya terpecat rahang mulut perempuan itu dikerjakan.
“Kau sorang-sorang kat rumah ni…tak apa ke?.” Tanya Aisy bimbang, meskipun dia tidak sukakan gadis itu tapi sebagai salah seorang ahli keluarga terdekat, wajib dia mengambil berat tentang gadis itu. Tambahan pula, Ilyana sudah berpesan supaya dia menjenguk Iman sementara dia menemani Amirul outstation, keluar negeri.
“Aku dah biasa…bukan tak pernah kena tinggal pun sebelum ni.” Ujar Iman selamba, tumpuannya masih lagi tertacap pada skrin komputer, sedikitpun tidak beralih.
“Tak takut?.” Tanya Aisy. Iman mengangkat kening.
“Nak takut kenapa?.” Tanyanya pelik, bukannya dia tinggal sorang, Amanda ada.
“Oh  aku lupa, hantu tu semua kan kawan kau…memang patutlah kau tak takut.” Ujar Aisy,
“Kau ni kan memang….” Belum sempat dia menghabiskan kata talian sudah terputus. Iman menggenggam buku limanya kuat menyalurkan semua rasa sakit hatinya disitu.
“Sabar Nur Iman….sabar, dugaan kecil je ni.” Bisiknya perlahan, dada diurut lembut, dia beristifar panjang….tak mahu terlalu menurut bisikan syaitan.
Aisy ketawa sendiri, pasti gadis itu sedang menahan sakit hati yang tak berkesudahan. Puas hatinya dapat mengenakan gadis itu, baru lega rasanya bila secubit rasa sakit hatinya mula berpindah pada gadis itu.
            ”Baru kau tahu macam mana rasanya sakit hati, asyik kau je yang menang...kali ni biar aku pulak yang rasa.” Aisy ketawa, tuala yang tersangkut di penyidai diambil sebelum kakinya melangkah menuju ke bilik air, sementelah pula dia masih belum menunaikan solat isyak jadi dia perlu segera mandi dan membersihkan diri.

Ahad, 29 Mac 2015

Tawanan Cinta 25



BAB 25


Aisy berhenti menyuap, wajahnya diangkat memandang wajah Yuli. Gelas minuman dicapai sebelum airnya diteguk. Tisu yang tersedia disebelahnya diambil lalu mulutnya dikesat. Kenapalah pagi-pagi begini gadis itu suka sangat mematahkan moodnya.
“U cakap apa tadi?.” Tanya Aisy, kurang jelas. Yuli mengeluh. Nampak sangat lelaki itu tidak memberi perhatian.
“I Tanya…bila lagi u nak suruh keluarga u hantar rombongan meminang. Papa dan mama I dah sibuk bertanya, I tak tahu nak bagi alasan apa lagi pada mereka.” Ujar Yuli, geram. Aisy mengeluh.
“Sabar sikit boleh…I tengah cuba pujuk keluarga I la ni, u pun tahukan mereka tu macam mana.” Ujar Aisy, meminta Yuli memahami keadaannya.
“Diaorang tu tak habis-habis lagi ke nak suruh u kawin dengan budak sengal tu.” Tanya Yuli, Aisy tersenyum hambar, mereka takkan habis dan takkan pernah habis selagi tak lihat dia dan Iman bersatu.
“U kenalah pandai ambil hati diaorang tu, terutamanya nenek I. Kalau u Berjaya, jangan kata mereka nak datang meminang, silap-silap terus bawa rombongan bertunang.” Ujar Aisy, memujuk. Yuli ketawa kecil.
“Tak adalah sampai macam tu, keluarga I Cuma nak suruh keluarga u datang hantar tanda supaya senang diaorang nak tolak kalau ada pinangan dari orang lain.” Ujar Yuli, Aisy mengangguk.
“I tengah usaha ni…u sabar ya.” Pujuk Aisy, Yuli mengangguk malas.
“Tapi jangan lama sangat, takut nanti keluarga I terima pinangan dari orang lain pulak.” Ujar Yuli, bimbang. Aisy sekadar mengangguk sebelum menyambung makannya.
Fikiran Aisy melayang jauh, dia sendiri sudah tidak tahu bagaimana hendak meyakinkan keluarganya terutama sekali neneknya yang dia dan Iman takkan serasi bersama.


Iman tersenyum sendiri, nasi lemak didalam pinggannya hanya sedikit sahaja yang luak, selebihnya dia  lebih  banyak menguis. Amanda berhenti menyuap, Iman yang termenung jauh dipandangnya hairan.
“Kau ni gila ke apa senyum sorang-sorang.” Tegur Amanda. Iman mencemik.
“Tadikan aku lalu kat bilik baby tau…Ya Allah…comel giler, rasa nak picit-picit je pipi diaorang, geram sangat.” Ujar Iman, air mukanya ceria.
“Dah namanya baby…mestilah comel, pernah ke kau tengok baby tak comel.” Ujar Amanda, Iman menjelirkan lidahnya, geram pulak mendengar kata-kata Amanda.
“Aku dah boleh bayangkan, anak aku nanti mesti lagi comel…mewarisi kecantikan aku dan ketampanan daddy dia.” Ujar Iman, nak jugak puji diri sendiri. Dia tersenyum, mula memasang angan-angan. Amanda mengangguk.
“Aku pun dah boleh bayangkan, anak korang mesti comel giler….siap ada lesung pipit macam kau lagi dan ditambah dengan kekacakan daddy dia yang muka macam John Loyd Cruz tu…peh, memang boleh jadi juara pertandingan baby tercomel lah.” Ujar Amanda, Iman memandang gadis itu tajam.
“Hei…hei…siapa kata muka anak aku macam si jerangkung tu, tolong sikit yek…muka dia macam Junjin tau…diulang sekali lagi, JUNJIN…” Ujar Iman, membetulkan kesilapan Amanda.
“Hello…” Amanda melambai tangan,
“Aku tak sebut nama Doktor Rayyan pun…aku kata John Loyd Cruz...” Ujar Amanda, dia tersenyum.
“Sama la tu…” Ujar Iman tak puas hati, apa yang salahnya.
“Ha…kiranya kau mengaku la jugak yang muka dia tu macam John Loyd Cruz.” Ujar Amanda, jarinya dihala kearah Iman, pantas gadis itu menepis.
“No komen...” Ujar Iman selamba membuatkan Amanda ketawa besar, malulah tu kantoi.
“Dah la…cepat makan.” Amanda cepat-cepat menghabiskan sarapannya bila melihat Iman menolak pinggannya ketepi. Selesai bersarapan, mereka beredar.



            “Kau free tak malam ni?.” Tanya Aiman, wajah Iman berkerut.
            “Kenapa…nak ajak aku keluar?.” Tanya Iman, Aiman mengangguk.
            “Aku nak belanja kau tengok wayang and makan-makan.” Ujar Aiman, Iman terdiam seketika, berfikir.
            “Rasanya aku free malam ni, Amanda keluar dengan boyfriend dia….kakak dengan abang ipar aku keluar negara.” Ujar Iman, Aiman sudah tersenyum lebar, ada peluanglah dia.
            “Khairil dengan Badrul pun ikut sekali?.” Tanya Iman, Aiman pantas menggeleng.
            “Diaorang kerja shif malam hari ni…tak boleh join kita.” Ujar Aiman, Iman mengeluh,
            “Jadi kita berdua jelah.”
            “Ala..sesekali, apa salahnya kita dating berdua.” Iman ketawa dan mengangguk, tak salah rasanya dia menerima pelawaan lelaki itu, selagi belum terikat…haruslah dia bebas.
            “Kalau macam tu, aku jemput kau kat rumah.” Iman menggeleng,
            “Kita jumpa kat luar jelah, kau bagitau je kat mana nak jumpa.” Ujar Iman, Aiman menggeleng.
            “Tak gentleman la kalau macam ni.” Ujarnya, Iman mencemik.
            “Tak payah nak gentleman-gentleman sangat la dengan aku…geli tau tak.” Ujar Iman, dada lelaki itu ditumbuk lembut. Aiman ketawa,
            “Oklah…nanti aku message kau.” Ujar Aiman sebelum meminta diri, Iman sekadar mengangguk, dia mencapai buku laporan, masa untuk lawatan tapak.
            Aisy memeluk tubuh, dia bersandar didinding, perbualan antara dua insan itu begitu menarik perhatiannya sehinggakan api cemburunya marak menyala, bibir digigit lembut, haruskah dia biarkan semua itu berlaku sedangkan dia ada hak untuk menghalangnya.
            “Jangan haraplah kau nak bebas keluar dengan orang lain. Masa kau Cuma untuk aku je.” Bisiknya perlahan, dia mengangguk, handphone dikeluarkan dari poket seluarnya, nombor Iman didail.

Iman berjalan melenggang, lambat-lambat dia menapak menghampiri bilik Aisy yang terletak dihujung koridor. Dia mengeluh, tag nama yang tertampal dipintu dipandang sepi, dia mengeluh sebelum pintu itu diketuk perlahan. Sebaik terdengar arahan masuk diberikan, dia menolak daun pintu kedalam, meja Aisy dihampiri.
“Apa hal panggil aku?.” Tanya Iman malas. Aisy terdiam, langsung tidak menjawab malah kepalanya juga tidak diangkat, dia asyik dengan kerjanya. Iman mengeluh, ini yang buat dia angin, si jerangkung ni memang sengaja hendak mencabar kesabarannya, sengaja nak mengajak dia bergaduh.
“Doktor Aisy Rayyan Ziqry…kau kalau tak ada benda nak cakap, jangan panggil aku masuk bilik kau. Aku ada banyak lagi kerja lain nak buat, tak ada masa nak duduk percuma mengadap muka kau.” Omel Iman, geram. Meja lelaki itu ditepuk kuat.
Aisy berhenti menulis, serentak kepalanya diangkat memandang wajah kelat Iman dengan pandangan yang tajam.
“Doktor Nur Iman Qaisara….kau ingat aku nak sangat tengok muka kau yang macam tenuk tu, aku pun ada banyak kerja lain nak buat la.” Bentak Aisy, Iman mengetap bibir.
“Dah tu buat apa panggil, kalau dah tahu kau tu ada banyak kerja nak buat…ke kau rindu nak tengok muka aku…tu yang suruh aku masuk jumpa kau.” Ujar Iman, sengaja nak buat lelaki itu muntah hijau.
“Jangan nak perasan….muka tenuk kau tu, babun je yang ada selera nak tengok.” Ujar Aisy, tersenyum sinis. Iman mencemik,
“Memang la…sebab kau yang jadi babunnya.” Bisik Iman perlahan namun jelas. Aisy meletakkan pen ditangan, kasar. Dia berpusing kebelakang, sebeban kertas kerja diangkat lalu diletakkan dihadapan Iman sambil melemparkan senyum sumbing.
“Selesaikan yang ini.” Arah Aisy. Iman membulatkan mata, mulutnya ternganga. Gila, nak dia siapkan semua…banyak tu.
“Ni??semua??.” Tanya Iman inginkan kepastian, takut-takut la dia tersalah dengar ke apa. Aisy mengangguk,
“By the end of the day.” Tambahnya lagi. Rahang Iman jatuh lagi, buat kali yang kedua. Wajah Aisy dipandang tak berkelip.
“By the end of the day…maknanya tak sampai 4 jam je lagi sebelum bulan naik.” Muka Iman berkerut, mana sempat.
“Emmm…esok je tak boleh?.” Tanya Iman, cuba tawar-menawar, kot-kot la lelaki itu termakan pujuk rayunya. Aisy menggeleng, pantas.
“Today.” Ujarnya menolak, Iman mengeluh, perlahan-lahan timbunan kertas yang berat setinggi gunung Kinabalu itu diangkat.
“Nak kemana pulak tu?.” Tegur Aisy, Iman berhenti melangkah, dia berpaling.
“Nak keluarlah, siapkan kerja.” Ujarnya masam. Aisy tersenyum sinis, tangannya disilang kedada.
“Ada ke aku suruh keluar?.” Dahi Iman berkerut.
“Dah tu kalau aku tak keluar, macam mana aku nak siapkan kerja ni.” Iman mengetap gigi, sakit hati pulak rasanya.
“Aku suruh siapkan kerja…bukan suruh keluar.” Ujar Aisy, selamba. Iman mengangkat kening, mendalam maksud tu.
“Takkan la kau nak aku buat kerja ni kat sini…dalam bilik kau.” Aisy tersengih, Iman mati akal, Nampak gayanya perderaan emosinya bakal bermula. Kepalanya ditunduk, perlahan-lahan dia bergerak kearah sofa, dalam hati mulalah nak menyumpah seranah lelaki itu, tak ada hati perut langsung.




Aisy tersenyum, sembunyi, melihat gelagat Iman yang macam cicak kepanasan membuatkan dia terasa hendak ketawa, serba tak kena dibuatnya. Dia tahu gadis itu sedang memprotes dalam diam. Bukan dia tak kenal dengan perangai Iman Cuma dia sengaja buat tak tahu, malas nak ambil pusing. Sesekali, gadis itu perlu diajar.
“Buat kerja tu biar ikhlas. Kalau mulut tu asyik terkumit-kumit membebel macam mak nenek, macam mana nak dapat berkat.” Ujar Aisy, Iman mendengus.
“Ada aku kisah, mulut aku…suka hati aku la.” Bebel Iman perlahan, jari-jemarinya masih ligat menari diatas helaian kertas.
“Memang la mulut kau…kalau mulut orang lain, dah lama kena simen.” Ujar Aisy, Iman mengetap bibir, buku rujukan yang setebal kamus dihempas kuat, biar runtuh meja kopi si jerangkung ni.
“Buku tu ilmu….marah-marah macam tu, tak melekat ilmu tu dalam kepala…nanti sia-sia je gelaran doktor tu.” Ujar Aisy lagi, Iman berhenti menulis, Aisy dipandangnya macam hendak dimakan.
“Mulut kau tu diam boleh tak…kan tak pasal-pasal, aku suruh kau kunyah buku ni semua.” Sudahlah rancangannya hendak keluar dengan Aiman gagal dan lelaki ini pulak sengaja hendak menambah kesengsaraannya. Aisy ketawa,
“Doktor Nur Iman Qaisara…kau, bila marah sebijik macam muka mak lampir yang baru lepas jatuh longkang…bukan buat orang takut, tapi makin nak gelak.” Sepantas kilat, sebiji buku melayang tepat mengenai muka Aisy, nasib baik dia sempat mengelak, kalau tidak patah tulang hidungnya.
“Amboi..gurau kasar.” Ujar Aisy, Iman menutup telinganya, serabut kepalanya asyik mendengar celoteh Aisy.
“Diam lah…” Jerit Iman, kuat. Aisy ketawa lagi,  sikitpun dia tidak marah dengan perlakuan gadis itu asalkan budak tiga suku itu ada depan matanya. Tangan diangkat tanda dia menyerah, tak mahu menganggu kerja Iman lagi.




Iman mengeliat membetulkan pinggangnya yang lenguh, bersimpul habis urat sarafnya gara-gara tugasan yang diberikan Aisy. Buku ditutup sebelum disusun kemas, kepalanya diangkat, memandang kearah meja Aisy.
“Hampeh punya orang, aku duk sibuk-sibuk siapkan kerja....kau boleh hilang pulak tinggalkan aku.” Omel Iman, geram. Jam ditangan direnung, sudah menginjak pukul 9.00 malam. Buku-buku rujukan yang bersepah diatas meja dibiarkan, tak kuasa dia nak tolong mengemas.
            “Pandai-pandai lah kau jerangkung kemas sendiri....aku dah tolong siapkan kerja ni pun dah kira bagus.” Ujar Iman, beg sandangnya diangkat lalu disangkut kebahu sebelum kakinya melangkah keluar dari ruang pejabat Aisy.
Sebaik sahaja Iman menghilang, Aisy muncul dengan semug milo panas dan sepiring biskut, prihatin juga dia dengan kebajikan Iman.
            Aikk...mana pulak budak tiga suku ni hilang. Rasanya masa aku tinggalkan dia tadi, dia masih tercongok kat sofa. Cepat sangat hilang, takkan dah kena culik kot.” Handphone dikeluarkan dari poket seluar, nombor Iman didail.
            ”Kau kat mana?.” Tanya Aisy.
            ”Kat bawah...kenapa?.” Tanya Iman pula.
            ”Dah nak balik?.” Tanya Aisy lagi.
            ”Dah tu...takkan nak suruh aku tidur kat sini.” Ujar Iman, kasar bunyinya. Aisy ketawa, masih marah la tu.
            ”Tak adalah...ingatkan kau dah kena culik dengan makhluk asing ke apa, takut jugak aku.” Ujar Aisy, Iman buat-buat ketawa.
            ”Tak payah nak tunjuk yang kau tu prihatin sangat la, geli urat perut aku.” Ujar Iman, giliran Aisy pulak ketawa.
            ”Aku takut kalau nenek tanya je, susah aku nak jawab nanti.” Balas Aisy, Iman mendengus,
            ”Dah la...aku nak balik ni, buang masa aku je layan kau.” Ujar Iman, sebelum memutuskan perbualan mereka.
            ”Kalau ya pun...tak payah la lekatkan handphone tu kat telinga lagi, cakap depan-depan je kan senang”. Ujar Aisy mengejutkan Iman, pantas gadis itu berpaling.
            ”Kurang asam punya jerangkung, asal kau tak cakap awal-awal yang kau dah ada kat bawah....eeee, aku bunuh jugak kau ni karang.” Marah Iman, kaki Aisy terus disepak kuat. Patutlah semua orang kat lobi ni pandang dia semacam je, siap senyum lagi, rupanya mangkuk seekor ni dah tercongok dibelakangnya.
            ”Jangan nak salahkan aku...kau tu yang tak prihatin dengan keadaan sekeliling.” Balas Aisy, geram, dahi Iman ditunjal sekuat hati, kalau boleh biar patah tulang lehernya.
            ”Jom aku hantar kau balik, karang kalau dibiar sorang-sorang, dibawa lari dek cik Cong pulak.” Ujar Aisy, tangan Iman dicapai lalu digenggam sebelum diheret keluar menuju ke keretanya.
            ”Cik Cong tu siapa pulak...girlfriend baru kau?.” Tanya Iman, Aisy ketawa,
            ”Encik Pocong...kawan kaulah.” Iman mengetap giginya, aduh sakitnya hati, dadanya dipukul lembut berkali-kali.
            Lapar tak...kalau lapar, kita pergi makan dulu sebelum balik.” Saran Aisy, Iman cepat-cepat mengangguk, memang dia betul-betul lapar, tengahhari tadi dia hanya menjamah sedikit saja nasi. Enjin kereta dihidupkan, Aisy terus memecut keluar dari perkarangan hospital menuju kearah pusat bandar.




            ”Baru balik dating ke?.” Tegur Amanda sebaik sahaja Iman melangkah masuk. Pantas gadis itu mendengus, marah.
            ”Banyak la kau punya dating...kau tak tahu aku kena dera teruk hari ni.” Ujar Iman, punggungnya dihenyak diatas sofa, gelas air milik Amanda dicapai lalu diteguk habis, sekali nafas, hish...tak senonoh, entah-entah bismillah pun tak baca.
            ”Siapa yang dera kau?.” Tanya Amanda terkejut, sungguh dia tidak tahu.
            ”Si jerangkung tu la, suruh aku siapkan kerja sebelum matahari terbenam...ada ke patut, dah la tinggi menggunung....bagi masa ciput je.” Adu Iman, Amanda ketawa.
            ”Patutlah masa aku call kau tadi, dia yang angkat.” Ujar Amanda, Iman mengangkat keningnya.
            ”Kau call aku?.” Tanya Iman, Amanda mengangguk.
            ”Mangkuk ayun punya manusia, dia tak cakap pun kat aku yang kau ada call.” Ujar Iman, tak puas hati, sofa ditumbuk kuat.
            ”Dia cakap apa dengan kau?.” Tanya Iman lagi, masih tak berpuas hati bila Aisy melanggar privasinya.
            Dia suruh aku balik dulu, katanya kau kena temankan dia siapkan kerja.” Ujar Amanda, lagilah Iman menyinga, pantas lengan Amanda ditarik sebelum digigit.
            ”Sakit la....” Marah Amanda, kepala Iman ditolak menjauh.
            ”Yang kau pergi dengar cakap dia tu kenapa, sengal la kau ni.” Omel Iman geram, lengan Amanda yang sudah berbekas dengan kesan gigitannya digosok lembut.
            Dah tu nak suruh aku pergi rempuh masuk bilik dia semata-mata nak selamatkan kau.” Ujar Amanda, Iman mengangguk.
            ”Gila kau...tak pasal-pasal aku kena tindakan tatatertib.” Ujar Amanda, Iman ketawa.
            At least kawan baik baik kau ni terselamat.” Amanda mencemik, mereng betul otak budak sekor ni.
            ”Dah...pergi mandi, busuk.” Tubuh Iman ditolak,
”Ooo...busuk yer..” Ujar Iman, dia tersengih pantas digeselkan tubuhnya ke tubuh Amanda sebelum melarikan diri tatkala jeritan gadis itu memecah kesunyian rumah mereka.