EPISODE
14
Alamas
sebuah Negara kecil yang dikelilingi oleh gunung-ganang, pantai serta
tasik. Negara yang mempunyai 7 buah negeri ini terkenal sebagai sebuah Negara
pelancongan.
Pantai
Emerald yang terletak dalam Pekan Larkspur di Musca , Air Terjun Lapis Lazuli
yang terletak dalam Pekan Calendula di Pictor, Pergunungan Opal yang terletak
dalam Pekan Aster di Fornax, Sungai Tourmaline yang terletak dalam Pekan
Narcissus di Corvus, Pantai Carnelian yang terletak dalam Pekan Acacia di Perseus
dan Hutan Simpan Malachite yang terletak dalam Pekan Daffodil di Tucana
merupakan antara kawasan pelancongan yang terkenal di Alamas.
Tasik
Aquamarine yang terletak didalam kawasan Hutan Simpan Armalis didalam kawasan
Pekan Primrose di Antlia pula merupakan antara tasik yang cantik serta terkenal
dengan permandangan yang indah dan sentiasa dikunjungi oleh warga kota untuk
menghabiskan cuti hujung minggu samaada untuk berkelah mahupun berkhemah.
Sabtu
dan ahad merupakan hari minggu bagi Alamas dan hari itu sememangnya dinantikan
oleh warga kota untuk keluar bercuti, menghabiskan masa bersama keluarga.
Pejalanan dari Lacerta, ibukota
Alamas menuju ke Antlia hanya memakan masa selama 5 jam melalui Pictor, Corvus
dan Tucana serta 2 jam perjalanan melalui 4 pekan kecil lain dalam Antlia sebelum
sampai ke Pekan Primrose yang merupakan pekan terakhir jika menaiki kereta,
teksi mahupun menggunakan perkhidmatan bas ekspress.
Tetapi
jika pengunjung memilih untuk menaiki penerbangan dari Lacerta ke Antlia, ianya
hanya mengambil masa selama 2 jam perjalanan dan dari Antlia, mereka boleh
menyewa kereta atau menaiki bas ekspress mahupun memilih untuk menaiki bas
henti-henti yang disediakan.
Biarpun
perjalanan memakan masa yang agak lama, pengunjung dan pelancong tidak akan merasa
bosan kerana sepanjang perjalanan mereka disajikan dengan pelbagai permandangan
indah.
Andrea menurunkan cermin keretanya
sebaik sahaja dia melepasi gerbang yang merupakan pintu masuk ke Pekan Primrose,
pekan kecil tempat dia dilahirkan. Matanya meliar memandang kawasan sekitar, dikiri
dan kanan jalan raya tersegam indah bangunan lama dan baru.
Biarpun Primrose hanya sebuah pekan kecil namun semua
kemudahan yang ada cukup lengkap, dari sekolah hinggalah ke pusat kesihatan, termasuk
juga balai bomba dan pejabat sheriff.
Pekan
ini mempunyai lebih kurang lapan ratus orang penduduk yang terdiri dari
pelbagai kaum dan latar belakang. Hubungan antara mereka ibarat seperti sebuah
keluarga besar, mereka saling mengambil berat antara satu sama lain jadi tidak
hairanlah jika pekan ini sentiasa aman kerana mereka semua saling menjaga
keselamatan.
Andrea berhenti seketika ditepi jalan, dia
tersenyum memandang perubahan pekan kelahirannya. Hotel Star Fish milik pakcik Harry,
yang semakin besar. Kedai cenderamata milik pakcik Shawn pula bertambah maju.
Kedai
serbaneka Uncle Norman sudah bertukar manjadi pasaraya. Ahmed’s Meat Shop pula
semakin berkembang maju. Malah Restoren Delhi’s milik Mr. Kumar dan Restoren
Chiness Cruise milik Mr. Wong juga semakin besar.
Dari
jauh kelihatan My Pal Café milik Thalia dan Sandra, Andrea segera
menghampirinya sebelum memakirkan kereta ditempat yang sepatutnya.
Diseberang
jalan pula kelihatan The Style Boutique berdiri megah. Nafas ditarik perlahan,
cuba menghilangkan gemuruh didada yang membuatkan jantungnya semakin kuat
berdetak.
“Harap-harap
mereka berdua tak ada lemah jantung dah la, tak pasal-pasal nanti pakcik Harry
sumbat aku dalam lokap.” ujarnya perlahan.
Andrea melihat penampilannya
disebalik cermin pandang belakang. Topi Adidas berwarna coklat gelap serta
cermin mata hitam sudah cukup untuk mengaburi identitinya, sengaja dia
bertindak demikian, bimbang jika Thalia dan Sandra mengenalinya.
Dia
tidak mahu kejutan yang mahu dilakukannya sia-sia. Beg sandang berisi barang
peribadi serta beg khas berisi kameranya disangkut dibahu. Dia keluar sebelum
melangkah masuk ke kafe.
Bunyi loceng angin yang tersangkut
dipintu, menarik perhatian Thalia dan Sandra. Mata mereka serentak menoleh
kearah gadis yang baru melangkah masuk. Thalia segera mencapai menu sebaik
gadis itu duduk.
Andrea
mengemaskan kedudukan topinya, sebaik Thalia menghampiri. Ditangannya
tergenggam sekeping kertas. Menu dihulur, Andrea pantas menyambutnya, wajahnya
masih tidak diangkat.
“Ya cik….nak oder apa?.” Tanya
Thalia mesra seraya menuangkan kopi didalam cawan. Dia bersedia untuk menulis.
Andrea membelek menu ditangan,
membaca satu persatu jenis menu yang tertera, akhirnya dia membuat keputusan
untuk memesan pengkek sabagai juadah sarapan paginya.
“Bagi saya 2 set Buttermilk pengkek
dengan susu segar.” ujar Andrea, cuba mengawal tona suaranya. Perutnya terlalu
lapar kerana dia tidak sempat menjamah sarapan sebelum bertolak pagi tadi.
“Ok.…itu saja ke?.” Tanya Thalia.
Andrea mengangguk. Menu diserahkan kembali pada
Thalia. Ekor matanya mengekori langkah Thalia yang menghampiri Sandra yang sedang berdiri
dikaunter.
“Siapa tu?.” Tanya Sandra. Thalia
mengangkat bahunya. Dia berlalu ke dapur menyerahkan menu sebelum kembali
semula ke kaunter.
“Pelancong kot.” ujar Thalia. Sandra
berhenti menulis, dia mencuit bahu Thalia.
“Pelik pulak aku tengok dia tu.
Macam pencuri pun ya, terhendap-hendap.” bisik Sandra, Thalia mengangguk.
“Agaknya lah kot, tapi aku tengok
dari cara dia berpakaian, beg kamera dia yang mahal tu, takkan lah pencuri. Apa
yang dia boleh dapat dengan mencuri kat kafé kita ni.” ujar Thalia.
“Mana lah tau kan, zaman sekarang
bukan kira kedai kecil ke besar. Asal boleh beri duit, semua jadi.” ujar
Sandra.
“Tak pun dia datang untuk
sembunyikan diri lepas merompak kat bandar besar.” teka Sandra curiga. Thalia
mengangkat bahunya.
“Kau tahu, dia oder 2 set pengkek,
Nampak gaya macam orang tak makan 2 hari.” ujar Thalia, Sandra ketawa.
“Dia lapar sangat kot.” ujar Sandra,
Thalia mengangguk. Dari cara gadis itu memesan makanan, Nampak sangat dia
sedang menahan lapar.
Andrea menahan ketawa, majalah ditangannya diangkat dan diturunkan berselang
seli bila Sandra dan Thalia begitu galak memerhatikannya. Dia tahu mereka
curiga dengan kelakuannya. Namun dia
masih belum mahu membongkarkan identitinya, bukan sekarang.
Dia
cepat-cepat menutup wajahnya dengan majalah yang dipegangnya tadi bila Thalia
menghampirinya bersama pesanan sarapan paginya.
“Silakan.”
pelawa Thalia sambil meletakkan pinggan berisi pengkek diatas meja. Andrea
mengangguk. Cepat-cepat dia menghabiskan sarapannya, selesai mengelap mulut,
dia mengangkat tangan memanggil Thalia.
“Simpan
saja bakinya, terima kasih. Sedap pengkek tu.” puji Andrea, nada suaranya
dikawal sebaik mungkin. Dia menyangkut beg sandangnya dibahu sebelum
tergesa-gesa keluar meninggalkan kafe
milik Thalia dan Sandra membuatkan mereka berdua kehairangan. Deruman enjin keretanya meluncur
laju membelah jalan raya menuju kesatu arah.
“Harap-harap
kau akan buka kotak tu.” bisik Andrea perlahan. Sengaja meninggalkan kotak kayu
yang menjadi tempat simpanan gelang Hannah.
Thalia menggelengkan kepalanya
melihat cara gadis itu memandu. Lupakah dia, sekarang ini dia berada dipekan,
bukan bandar besar.
Kebanyakkan penduduk disini lebih
suka berjalan kaki atau mengunakan basikal untuk melakukan kerja harian dan
beriadah. Tidakkah dia melihat, anak-anak kecil sedang melintas jalan, jika
terlanggar bagaimana, pasti menyusahkan diri.
“Eh….kotak
apa pulak ni?.Mungkin gadis tadi tertinggal agaknya. Nantilah aku pulangkan bila
dia datang lagi.” ujar Thalia. Kotak itu diangkat lalu dibawa ke kaunter
manakala pinggan kotor langsung dibawa ke dapur.
“Sandra….jangan sentuh barang orang
la.” ujar Thalia bila melihat Sandra memegang kotak kayu tersebut. Sandra
mencemik.
“Aku nak tengok barang apa yang ada,
manalah tahu kot-kot dadah ke. Nanti tak pasal-pasal kafe kita yang kena.” ujar
Sandra.
“Aku kata jangan….jangan la, bukan
hak kita tu.” marah Thalia, Sanda langsung tidak mempedulikan amarah Thalia, tangannya
pantas membuka penutup kotak itu. Dia tercengang, mulutnya ditutup dengan tapak
tangan.
“Thalia…..Thalia….” panggil Sandra,
kuat. Thalia yang baru hendak menuju ke dapur memerhatikan pekerjanya
menyiapkan kerja bergegas kembali ke kaunter.
“Kau ni menjerit macamlah aku ni
duduk sebatu dari kau. Apa masalahnya?.” Tanya Thalia. Sandra menyuakan kotak
kayu tadi pada Thalia membuatkan wanita itu juga memberikan reaksi yang sama
sepertinya tadi.
“Gelang tangan Hannah…..” ujar
Thalia. Sandra mengangguk.
“Jangan-jangan gadis tadi tu Ann
tak.” teka Sandra.
“Mungkin juga, siapa lagi yang ada gelang
macam ni kalau bukan dia.” ujar Thalia pula.
“Call Marion, kita kena pergi kesana
sekarang, Ann dah balik.” ujar Sandra. Thalia mengangguk. Pantas tangannya
mencapai telefon didinding, mendail nombor kedai Marion diseberang jalan.
“Kau yakin dia.” Tanya Marion.
“100 % kami yakin. Siapa lagi yang
simpan gelang Hannah kalau bukan Ann. Dia mesti tunggu kita dekat sana.” ujar
Thalia.
“Ok aku datang sekarang.” ujar
Marion, talian terputus.
Andrea mendongak keatas, rumah pokok
mereka masih kukuh berdiri disitu, basikal Hannah juga masih tersadai di bawah
rumah pokok mereka. Perlahan-lahan dia menghampiri basikal itu, mengusap
pemegangnya seolah-olah dia mengusap tangan Hannah. Tangga kayu dihampiri, satu
persatu anak tangga dipanjat naik sehingga ke atas.
Ruang
dalam rumah pokok mereka masih tidak berubah, sama seperti kali terakhir dia
meninggalkannya dulu malah beg sandang milik Hannah juga masih tersangkut kemas
disitu. Warnanya juga sudah luntur dan kekuningan. Andrea menurunkan beg itu,
zip dibuka dan isi didalamnya dikeluarkan.
Buka
lukisan yang selalu digunakan Hannah untuk melukis diselak helaiannya satu
persatu. Lukisan tangan yang dilakar menggunakan pencil itu semakin pudar.
Andrea
menahan sebak, dia cuba tersenyum walaupun air matanya mula bergenang
dikelopak. Buku lukisan Hannah kembali disimpan didalam beg lalu digantung
kembali ditempatnya.
Andrea
turun semula, buaian kayu yang masih kukuh terikat didahan pokok dihampiri. Dia
duduk lalu menghayun buai itu perlahan-lahan sambil mendendangkan lagu
kegemaran Hannah.
Matanya
dipejam, bunyi deruan angin kedengaran halus, membisikkan satu irama merdu
ditambah pula dengan kicauan burung dan aliran air tasik yang hening.
Bunyi
derapan kaki seseorang mematikan khayalannya, Andrea cepat-cepat bangun dari
buaian lalu bersembunyi disebalik pokok besar yang menjadi tunjang rumah pokok.
Dia
akan menanti sehingga mereka bertiga tiba sebelum menampakkan diri. Dia mahu
membuat kejutan, kejutan yang tidak akan dilupakan oleh mereka bertiga.
Thalia, Sandra dan Marion melangkah
secepatnya menghampiri rumah pokok, tidak sabar untuk bertemu dengan seseorang.
Keterujaan mereka tidak dapat digambarkan lagi, tidak mampu diperkatakan lagi,
hanya wajah itu yang didamba bagi melepaskan perasaan rindu yang sekian lama
bersarang didada.
“Tak ada pun.” ujar Marion.
“Tak mungkin kami salah, itu memang
gelang Hannah.” ujar Thalia, Sandra mengangguk.
“Kalau betul, mana dia. Aku tak nampak
pun bayang dia.” ujar Marion sedikit kecewa. Thalia dan Sandra terdiam.
“Mungkin kami salah tafsir agaknya,
mungkin rindu ni yang kaburi hati kami.” ujar Thalia. Sandra mengeluh, Marion
sebak. Tahun ini Andrea masih lagi tidak kembali.
“Sampai hati Ann….dia tak tahu ke
yang kita betul-betul rindukan dia. Kenapa dia buat kita macam ni, apa salah kita
sampai dia sanggup lari dan sembunyikan diri dari kita. Kita dah kehilangan
Hannah dan aku taknak kehilangan dia pulak, susah sangat ke dia nak faham.”
tanya Marion, Thalia dan Sandra terdiam.
“Sudahlah mari kita balik, tak guna
tunggu kat sini. Ann takkan balik.” ujar Sandra sambil menarik tangan Thalia
dan Marion beredar dari situ, dia tidak mahu berlama-lama bimbang air matanya
tumpah lagi.
Andrea
yang sedari tadi bersembunyi di balik pokok, sebak mendengar kata-kata
mereka. Perlahan-lahan nafas ditarik
panjang sebelum keluar dari persembunyian. Betapa dia bersalah kerana
membiarkan rindu sahabatnya menggunung, menangisi ketiadaannya bagaikan dia
juga pergi jauh bersama Hannah.
“Hello ladies…” sapanya mematikan
langkah kaki Thalia, Sandra dan Marion. Serentak mereka bertiga berpaling.
Tiada kata yang keluar dari bibir
mereka bertiga untuk seketika. Hanya mata mereka saja yang berbicara,
mengungkap rasa rindu yang tersisip dihati
“Ann…..” akhirnya terletus jua nama
itu dari bibir mereka bertiga. Andrea hanya tersenyum dan mendepakan tangan,
menggamit mereka dalam pelukannya.
Marion terus meluru kearah Andrea
tanpa menunggu lagi, dipeluk tubuh itu dengan juraian air mata. Betapa dia
rindu pada gadis dihadapannya ini.
“Dah la tu….kau ni, macam budak-budak
la.” pujuk Andrea, matanya memandang wajah Thalia dan Sandra yang sedaya upaya
mengesat air mata.
“Aku rindukan kau.…rindu sangat. Aku
ingat kau dah tak nak balik lagi.” ujar Marion teresak-esak, air mata dikesat.
“Kan aku dah balik ni.” ujar Andrea.
Marion mengangguk. Mereka berempat berpelukan.
“Kenapa kau main-mainkan kami macam
ni?, kenapa tak tunjukkan diri kau yang sebenar masa kat kafe tadi.” Tanya
Thalia.
“Kalau aku buat macam tu, tak adalah
surprise namanya.” ujar Andrea.
“Tapi kau dah hampir buat kami
hilang harapan.” ujar Sandra, Andrea ketawa kecil.
“Tempat ni yang memisahkan kita jadi
aku fikir, tempat ni juga yang perlu jadi saksi pertemuan semula kita. Aku nak
Hannah tengok kita bersama-sama kembali, macam dulu.” ujar Andrea. Thalia
mengangguk.
“Hannah pasti gembira tengok kita kat sini. Aku tahu,
dia pun selalu berdoa supaya kau kembali semula.” ujar Marion. Andrea
mengangguk. Air matanya yang menitis segera disingkir dengan hujung jari.
Pipi Andrea diusap lembut, Thalia
dan Sandra mencium pipi itu sebagai pelerai rasa rindu mereka membuatkan Andrea
kembali dicengkam rasa bersalah.
“Maafkan aku kerana mengambil masa
terlalu lama untuk kembali ke pangkuan korang. Aku minta maaf sebab buat korang
menangis kerana aku.” ujar Andrea. Thalia dan Sandra tersenyum.
“Aku
tak pernah berniat untuk melarikan diri dari korang, aku Cuma tak nak peristiwa
pahit tu terus hantui aku sebab tu aku buang semua ingatan aku pada pekan ni.
Tapi percayalah aku tak pernah lupakan korang.” ujar Andrea lagi. Marion
mengangguk, tanda faham.
“Kami faham, cukup faham. Sebab tu
kami biarkan kau buat keputusan sendiri tanpa dipaksa. Dan kami percaya, satu
hari nanti kau pasti akan kembali, Cuma cepat atau lambat je.” ujar Sandra,
Thalia mengangguk, Marion hanya tersenyum.
“Dah la tak payah cakap apa-apa
lagi, jom kita balik. Lain kali kita datang lagi. Kami dah terlalu lama
tinggalkan kafe, kejap lagi Alan datang, risau pulak dia kalau tengok kami tak
ada.” ujar Thalia. Andrea mengangguk, mereka berjalan beriringan keluar dari
situ.