Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Selasa, 19 Jun 2012

Gerhana Cinta Luka 13


EPISODE 13
            Dadanya berombak kuat, peluh membasahi seluruh wajahnya. Dia bergerak kekiri dan kanan. Tangannya menggenggam erat selimut yang menutupi tubuhnya. Air liur ditelan beberapa kali, Andrea bingkas bangun serta merta. Dia tercungap-cungap, terasa sesak dadanya.
            Entah kenapa, tiba-tiba dia bermimpikan Hannah. Sahabatnya menjerit meminta bantuannya namun dia tidak berdaya membantu, kakinya terpaku kebumi tidak dapat melangkah walau setapak pun. Dia hanya dapat melihat pembunuh itu menjerut leher Hannah tanpa belas kasihan.
Selimut ditolak ketepi, Andrea melangkah keluar dari biliknya sebelum masuk ke sebuah bilik lain yang terletak disebelah biliknya. Bilik yang menyimpan banyak rahsia.




White board yang terpasang pada dinding, diperhatikan dengan penuh minat dan tanda tanya. Gambar-gambar mangsa pembunuhan yang dihantar kepadanya, terlekat disitu beserta dengan pelbagai keterangan berkaitan.
Semenjak kejadian pertama dulu, dia terpaksa menjadi seorang detektif yang tak bertauliah semata-mata mahu mengumpul segala maklumat tentang pembunuhan yang cukup menyiksakan hidupnya.
            “Siapa dia agaknya?kenapa dia pilih aku dan apa tujuan dia yang sebenarnya?.” bisik hati Andrea tapi dia langsung tidak dapat mencari jawapannya. Lima tahun lamanya persoalan itu bermain dibenak fikirannya dan sehingga sekarang, jawapan yang dicari masih samar.




            Andrea duduk dikerusi urut, matanya masih tidak lekang memandang white board didinding, otaknya juga bekerja keras mencari jawapan.
Setiap kali sebelum pembunuhan berlaku, dia pasti akan menerima sekeping gambar seorang gadis yang dibelakangnya tertera beberapa maklumat peribadi dan sekuntum bunga Tunera Ulmifolia. Sehingga kini, ada 5 mangsa dan apa yang menghairankan dia, mangsa-mangsa itu mempunyai beberapa persamaan.
“Mesti ada sebab kenapa pembunuh tu pilih mangsa yang mempunyai ciri-ciri yang sama, pakaikan mangsa dengan baju cantik dan solekkan mereka, sebelum ambil gambar..” Tanya hatinya lagi, musykil. Kepalanya yang tidak gatal digaru berkali-kali. Dia menggigit jarinya.
Handphonenya dicapai, dia mendail nombor seseorang. Lama menanti barulah panggilannya dijawab.
            “Hello Steven, maaflah kalau I mengganggu u lewat malam macam ni.” ujar Andrea.
            “Tak apa Elissa….ada apa yang boleh I bantu?.” Tanya Inspektor Steven Gerard.
            “Steve….u masih ingat lagi tak kes pembunuhan setahun yang lepas.” Tanya Andrea.
            “Maksud u kes Helen Bay, gadis berusia 27 yang mati akibat dijerut dengan tali dan ada sekuntum bunga Tunera Ulmifolia bersama mayat dia tu?.” Tanya Steven.
            “Yup.” balas Andrea sepatah.
            “Tentulah I ingat, malah kes-kes sebelum tu pun I masih ingat. Kenapa u Tanya?.” Tanya Steven.
            “I tak tahu kenapa, tapi sejak akhir-akhir ni I asyik terfikir pasal hal ni.” ujar Andrea.
            “Eliss, u tak boleh lah fikir sangat pasal hal tu, bukan salah u. Lagipun kita dah cuba sedaya upaya kita untuk halang semua tu dari berlaku lagi….kan.” ujar Steven.
“I tahu, tapi I tak boleh berhenti berfikir tentang kes ni. I rasa macam ada sesuatu yang tertinggal, yang kita terlepas pandang.” ujar Andrea.
            “Eliss….kita dah siasat banyak kali, tak ada lagi maklumat yang tertinggal. Keluarga dan kawan-kawan mangsa juga kita dah siasat.” ujar Steven.
            “Entah la…..tapi hati I tetap kata ada maklumat yang kita terlepas pandang dalam kes ni dan kes-kes sebelumnya.” ujar Andrea.
            “Ok…..ok…..u nak I buat apa lagi, siasat sekali lagi.” Tanya Steven.
“Boleh tak kalau u cuba Tanya keluarga dan rakan-rakan mangsa, samaada mangsa pernah pergi ujibakat atau ditawarkan untuk menjadi model dengan mana-mana agensi.” pinta Andrea.
“Model??.” Tanya Steven.
“Ya…..jangan tanya I dulu kenapa, Cuma tolong tanyakan saja. Kalau hasil siasatan tu nanti sama dengan apa yang I fikir, maknanya betullah sangkaan I.” ujar Andrea perlahan.
            “Ok.…nanti I akan cuba tanya mereka semula pasal hal ni. Apa-apa hal nanti I akan bagitau u semula.” ujar Steven.
            “U jangan lupa call I ya, by the way….buat masa ni I mungkin tak ada kat sini. I nak pergi bercuti.” ujar Andrea.
            “Oh ya….bercuti kemana?tak nak ajak I?.” gurau Steven.
            “I nak balik ke Pekan Primrose, kalau u senang nanti…..datang lah bercuti kat sana.” pelawa Andrea.
“I pasti akan kesana nanti. Teringin juga nak merasa macam mana kehidupan dipekan kelahiran u.” ujar Steven, maklumlah dia dibesarkan di Lacerta dan tidak pernah mempunyai kampung. Jadi bila dipelawa untuk merasai suasana pekan kecil, dia menjadi sedikit teruja.
            “Pasti boleh, u akan dialu-alukan datang ke pekan kami. Nanti I akan bawa u jalan-jalan dekat Tasik Aquamarine, u boleh tengok sendiri kecantikan tasik tu.” ujar Andrea sambil ketawa.
            “Wah…tak sabar rasanya nak kesana.” ujar Steven. Andrea ketawa.
            “Oklah si cantik….selamat berangkat, semoga selamat dalam perjalanan.” ucap Steven.
            “Terima kasih dan jangan lupa call I nanti.” ujar Andrea.
            “Dah tentu….sebaik sahaja I dapat maklumat tu, I akan terus hubungi u.” ujar Steven sebelum memutuskan talian.




            Andrea masih tidak berpuas hati, selagi persoalannya masih belum terjawab. Dia pantas menghubungi kenalannya di Clark & Louis Agency, meminta satu pertolongan.
            Walaupun dia tahu soalannya tidak akan mendapat jawapan yang sewajarnya, tapi dia masih mahu mencuba.
            “Tom….agensi kau terlibat tak dalam pencarian bakat-bakat baru tahun lepas.” Tanya Andrea. Dia tahu tahun lepas seperti tahun-tahun sebelumnya, semua agensi modeling sibuk mencari bakat-bakat baru diserata Alamas dan dia juga tahu Clark & Louis Agency mungkin tidak terkecuali.
“Tak adalah….kan aku dah cakap kami tak nak terlibat dengan program ni dalam tempoh masa dua, tiga tahun ni. Kau sendiri pun setuju masa kami usulkan cadangan ni. Ini tiba-tiba kau Tanya soalan macam ni, kenapa Eliss?.” Tanya Thomas Clark, salah seorang dari pemilik Clark & Louis Agency. Andrea tidak mejawab soalan itu sebaliknya bertanya.
            “Pernah tak kau hantar mana-mana jurugambar untuk cari bakat-bakat baru ataupun mereka sendiri ada datang untuk hantar gambar pada agensi kau?.” Tanya Andrea lagi.
“Tak adalah Eliss…..kalau betul aku nak cari bakat baru, dah tentulah aku akan minta bantuan dan pendapat kau. Kau ni macam tak biasa pulak. Kita bukannya baru sehari dua bekerjasama, dah enam tahun la.” ujar Thomas. Andrea ketawa.
            “Mana lah tahu kan, kalau kau atau Anna nak cuba jurugambar lain pulak.” usik Andrea lagi. Maklum sajalah ketika itu dia sedang sibuk dengan pergambaran fesyen di Nice, Italy.




Bunyi bising dari corong telefon menyebabkan Andrea terpaksa menguatkan suaranya. Dia tahu setiap malam minggu, lelaki itu pasti akan keluar berhibur. Pantang ada kelab malam baru dibuka, pasti kelibat lelaki ini dijumpai disitu.
            “Jangan merepek la, kami takkan cari jurugambar lain selain kau. Kita sama-sama tahu apa yang kita perlukan. Lagipun kami dah biasa dengan cara kau.” ujar Thomas, memuji.
            “Ya lah tu.…oklah aku tak nak ganggu masa berseronok kau. Satu lagi pasal esok, Stella akan uruskan baki photoshot kita.” ujar Andrea.
            “Kenapa Eliss?.” Tanya Thomas bimbang.
            “Aku nak pergi bercuti, rasanya sekarang aku betul-betul perlukan cuti.” ujar Andrea tenang.
            “Oh….baguslah kalau macam tu. Deborah ada bagitau aku, hari ni kau nampak macam tak sihat. Tentang photoshot kita yang akan datang, aku tunggu sampai kau betul-betul bersedia ok.” ujar Thomas.
            “Ok…..bye.” ujar Andrea lantas memutuskan talian. Dia kembali berbaring diatas katilnya.
Jam didinding dipandang, sudah pukul 3 pagi, dia mengeluh. Perlahan-lahan kakinya melangkah keluar, pintu ditutup rapat. dia bergerak menuju ke balkoni.




Wajahnya didongak keatas memandang langit yang cerah, ditaburi jutaan bintang berkelipan. Andrea tersenyum memandang satu bintang, teringatkan kata-kata Hannah.

            ‘ star light…..star bright.…first star I have seem tonight.
              I wish I may…..I wish I might….have a wish I wish tonight. ’
           
Kata-kata itu sering dibisikkan ditelinga mereka berlima, setiap kali mereka duduk bersantai diatas rumah pokok, memandang bintang setiap malam.
Hannah selalu berangan ingin menjadi seorang ahli astronomi, bila ditanya kenapa, dia akan cakap supaya senang untuk dia memetik bintang untuk diberikan kepada mereka.
Pintu sliding ditutup dan dikunci, langsir ditarik menutupinya, dia berlalu menuju ke biliknya, memanjat katilnya dan menarik selimut sebelum menyambung tidurnya kembali. Esok dia akan menempuh satu perjalanan jauh.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan