Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Selasa, 19 Jun 2012

Gerhana Cinta Luka 12


EPISODE 12
            Andrea memulas tombol pintu, suis lampu ditekan, serta-merta lampu menyala, dari ruang tamu sehingga ke dapur. Matanya meliar memerhatikan keadaan rumahnya, bersih tanpa sebarang kekotoran. Pintu ditutup dan dikunci rapat, dia melangkah menuju ke sofa.
Beg sandangnya diletakkan ditepi, tubuhnya dihempaskan diatas sofa berbentuk L. Matanya dipejam, cuba mengusir kenangan dari terus merantai ingatannya.  Bahunya terasa lenguh dan sakit, pantas tangannya memicit lembut, meredakan ketegangan urat dileher.
            Keluhan kedengaran lagi, terbit dari bibirnya biarpun halus. Perlahan-lahan dia bangun sebelum melangkah ke bilik. Dia mahu mandi sebelum kembali menyiapkan kerjanya yang tertangguh. Segalanya perlu disiapkan segera, bagi mengelakkan tugasannya bertembung dengan tugasan lain.
Kepenatan jelas tergambar diraut wajahnya, seharian berada di studio menyiapkan pergambaran cukup meletihkannya tambahan pula dia sering tidak dapat tidur malam, jadi tenaganya sedikit berkurangan.
“Sendiri cari penyakit, orang suruh berehat…..aku kerja. Padahnya aku sendiri yang kena tanggung. Kalau si Tom tahu, alamatnya telinga aku boleh pekak sebulan. Harap-harap tak ada siapa yang bagitau dia.” bebel Andrea sendiri.
Selesai mandi dan menikmati makan malam biarpun sekadar sup dan roti, dia kembali ke ruang kerjanya.

            Andrea tidak jadi meneruskan kerjanya, matanya asyik terpandang kearah kabinet cermin yang menempatkan pelbagai album gambar miliknya. Gambar dari zaman sekolah sehingga dia bergelar jurugambar professional semuanya tersimpan kemas disitu.
Perlahan-lahan dia bangun menghampiri kabinet itu dan mengeluarkan sebuah album gambar besar tertulis perkataan ‘ A.E, behind the memory ’ lalu dibawa ke mejanya.




            Album gambar lama berkulit keras berwarna maroon itu dibelek satu persatu, wajah lima sahabat kelihatan begitu naïf, maklum sajalah ketika itu masing-masing baru menginjak zaman remaja, berusia belasan tahun.
            Gambar yang diambil menggunakan kamera hadiah pemberian makcik Jane masih elok warnanya biarpun telah tersimpan selama 10 tahun.
            Gambar-gambar itu diambil sebelum mereka menamatkan alam persekolahan. Tangannya berhenti disebuah gambar besar, gambar kenangan mereka bersama Hannah, gambar terakhir yang diambil sebelum Hannah pergi meninggalkan mereka.
Album itu terus ditutup, tidak mahu melihat kenangan itu lagi. Dia bimbang ingatannya pada Hannah yang mahu dilupakan akan kembali menjelma semula. Bukan dia mahu melupakannya, dia sekadar tidak mahu mengingatinya terus.



            Andrea menarik nafas panjang, dia masih berfikir tentang email Thalia.  Sejak tadi dia asyik bangun dan duduk, semuanya serba tak kena. Kata-kata Thalia begitu menyentuh perasaannya.
            Memang diakui kebenaran kata-kata Thalia, bukan sekali dua sahabatnya itu menghantar berita, beratus-ratus kali Cuma dia saja yang tidak pernah ambil peduli dengan semua itu.
            Setiap kali ada email yang diterima dari Thalia, Sandra mahupun Marion dia akan terus memadamkannya tanpa dibaca. Sengaja dilakukan semua itu, dia sebolehnya mahu membuang ingatannya pada  kenangan lama.
Tapi dia sendiri tidak pasti kenapa email yang dihantar Thalia kira-kira seminggu yang lalu tidak dipadam, mungkin ada penyebabnya yang dia tidak pasti.
            “Kenapa dengan kau ni, kenapa mudah sangat kau melupakan janji yang pernah dibuat dulu.” Tanya hatinya. Andrea mengeluh. Mungkin kerana peristiwa yang menimpa Hannah menyebabkan dia tidak mahu lagi dikaitkan dengan Pekan Primrose.
“Aku rasa aku memang patut balik….aku tak boleh selamanya larikan diri macam ni. Peristiwa tu dah lama berlaku, aku sepatutnya dah boleh terima kenyataannya bukan terus menidakkannya lagi macam sekarang.” bisik hati kecilnya. Andrea mengangguk, dia kembali ke biliknya.




Andrea duduk diatas katil sambil bersandar dikepala katil. Handphone yang diletakkan diatas meja kecil disisi katilnya dicapai, nombor Stella didail.
            “Aku nak pergi bercuti, tapi tak tahu berapa lama. Kalau ada apa-apa just email or call, ok.” ujar Andrea, kedengaran suara gembira disebelah sana.
            “Akhirnya….kau nak bercuti kat mana? Paris, London, New York, Seoul, Rome atau Perth.” Tanya Stella. Andrea ketawa.
            “Tak ada maknanya aku nak pergi jauh-jauh. Kalau aku kesana, aku takkan berehat.” ujar Andrea, giliran Stella pula yang ketawa.
            “Betul jugak tu.” ujarnya.
            “Habis tu, Kau nak pergi bercuti kemana?.” Tanya Stella.
            “Balik ke tempat asal aku.” ujar Andrea perlahan. Kedengaran Stella bertepuk tangan, gembira sangat la tu.
            “Elok sangat la tu, , dah 10 tahun kan kau tak jenguk Pekan Primrose. Pasal kerja kau jangan bimbang, tahulah aku macam mana nak uruskannya. U….just enjoy ur vacation.” ujar Stella. Andrea ketawa, macam tak percaya pulak dia boleh buat keputusan mendadak seperti ini.
            “Pasal sesi photoshoot yang lain tu, kita tangguhkan dulu. Tapi kau kena jugak hubungi mereka dan maklumkan tentang hal ni. Kalau mereka tak boleh tunggu, minta mereka cari jurugambar lain.” ujar Andrea.
            “Kau jangan bimbang lah, aku pasti yang mereka sanggup tunggu sampai kau habis cuti.” ujar Stella.
            “Apapun minta mereka comfirm dulu samaada mereka nak tunggu kita atau cari jurugambar lain….ok.” ujar Andrea, memberi arahan.
            “Oklah bos….esok pagi aku call la mereka, kau jangan risau ok.” ujar Stella meyakinkan Andrea.
            “Thanks….oklah aku nak pergi kemaskan beg dan tidur. Selamat malam.” ujar Andrea sebelum memutuskan perbualan.
            Nombor Veronica pula didail, tidak perlu menunggu lama, panggilannya sudah dijawab. Dia mahu gadis itu melakukan sesuatu buatnya.
            “Ya cik Eliss, ada apa yang saya boleh bantu?.” Tanya Veronica sopan.
            “Macam mana galeri hari ni, ramai yang datang?.” Tanya Andrea.
            “Ramai juga, malah ada yang menunjukkan minat untuk beli tapi masih belum buat sebarang keputusan. Saya dah bagi nombor telefon galeri, mana tau mereka dah buat keputusan.” ujar Veronica.
            “Saya nak bagitau awak yang saya nak pergi bercuti untuk beberapa minggu, kalau ada apa-apa….hubungi saya atau email macam biasa.” ujar Andrea.
            “Ok….pasal galeri, cik jangan bimbang. Saya akan uruskannya sebaik mungkin.” ujar Veronica.
            “Saya tahu, terima kasih. Oh ya Vee…..tolong bungkuskan ‘ Best Friend Forever ’ cantik-cantik tau. Saya nak hadiahkan pada seseorang, esok pagi saya ambil.” ujar Andrea.
            “Ok….itu saja ke?.” Tanya Veronica.
            “Yup….thanks.” ujar Andrea sebelum memutuskan talian. Dia berlalu ke biliknya.




Almari pakaiannya dibuka, sebuah kotak besar berwarna coklat muda dikeluarkan. Tiga kotak kecil berbalut kemas dikeluarkan dari kotak besar, penutupnya dibuka. Satu set peralatan menjahit tersisip kemas didalamnya, pada setiap pemegang terukir nama M. HACH.
Kotak kedua dibuka, terserlah satu set peralatan memasak yang berukir nama S. QUINN. Manakala sebuah lagi kotak berisi sebatang pen serta sebotol dakwat isian semula yang terukir nama T. CARTER.
Hadiah itu sudah lama dibeli, ketika dia mula-mula mendapat bayaran pertamanya. Hadiah itu kembali disimpan didalam kotaknya lalu diletakkan ditepi. Esok sebelum kembali ke Pekan Primrose, dia akan singgah dimall dulu, mencari hadiah buat empat si kecil comel, saudara-mara dan rakan-rakan lama.
Beg pakaian segera dikeluarkan dari almari, beberapa helai pakaiannya juga dikeluarkan. Dia tidak mahu membawa terlalu banyak pakaian, kerana makcik Jane masih menyimpan banyak pakaiannya dirumah. Dia hanya membawa beberapa barang yang penting sahaja.
            Gambar kenangan mereka berlima dikeluarkan dari album lalu dimasukkan semula kedalam frame gambar dan disimpan didalam beg sandangnya.




Andrea menarik nafas panjang, gambar-gambar itu pernah dihumbannya kedalam tong sampah satu ketika dulu tapi dia kembali mengutipnya semula tidak sampai 10 minit malah gambar-gambar itu juga pernah cuba koyakkan namun dia tidak sampai hati untuk meneruskan niatnya itu.
Gelang manik pemberian Hannah sebagai hadiah pengikat persahabatan mereka masih terikat kemas dipergelangan tangannya. Dia tidak pernah menanggalkan gelang itu, begitu juga gelang milik Hannah, masih tersarung kemas di tangannya.
“Hannah……aku akan balik, balik pada kau. Tunggu aku ya.” bisik hati kecil Andrea. Gelang manik milik Hannah ditanggalkan lalu  disimpan sebuah kotak kecil, gelang itu akan kembali menyatukan persahabatan antara mereka berlima.
Andrea menutup mulutnya, matanya terasa pedih. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk tidur, lagipun esok dia perlu menempuh perjalanan yang jauh.
Lampu meja dibiarkan terpasang, Andrea menarik selimut. Semenjak peristiwa lima tahun yang lepas, dia tidak pernah tidur tanpa bertemankan lampu meja. Jika bukan kerana peristiwa itu tentu dia tidak akan hidup dalam kegelisahan sebegini, peristiwa itu benar-benar mengugat ketenangan dirinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan