EPISODE
11
Andrea kelihatan begitu sibuk memberi
arahan kepada beberapa orang model yang sedang mengayakan pelbagai fesyen pakaian
yang akan dimuatkan didalam Majalah Fashioniesta, salah satu antara majalah
fesyen yang paling laris di Alamas.
Kelipan
lampu kameranya menerangi segenap set pergambaran yang diadakan didalam studio
miliknya.
Hujan
yang turun sejak semalam sedikit mengganggu kelancaran pergambaran yang sudah
dirancangkan sebulan sebelumnya. Pergambaran yang sepatutnya dilakukan diluar
terpaksa dilakukan didalam studio.
Malahan
tema untuk bulan ini juga terpaksa ditukar pada saat-saat akhir menyebabkan
suasana menjadi sedikit kelam kabut tambahan pula persiapan dibuat pada
saat-saat akhir. Mujur saja, design team sudah bersedia dengan back up plan,
jadi persiapan hanya mengambil masa 5 jam untuk menyiapkan reka bentuk set yang
baru.
Andrea tersenyum, berpuas hati
dengan hasil gambar yang diambilnya tadi. Setiap gambar yang diambil,
dimasukkan terus kedalam komputer supaya senang untuk dia mengedit dan
mengasingkan gambar yang telah diambil.
Namun
ada kalanya dia masih menggunakan cara lama, mencuci gambar sebelum diasingkan
dan dimasukkan kedalam komputer. Pemilihan terakhir akan dilakukan oleh Faye
bersama ahli lembaga pengarah.
Jarang
sekali dia ikut campur dalam urusan pemilihan akhir, dia hanya bertanggungjawab
untuk memilih gambar terbaik untuk dipersembahkan pada Faye dan menjadi tugas
Faye untuk memilih gambar mana yang akan dimuatkan didalam Majalah.
Sebaik
sahaja masa rehat tamat, Andrea langsung tidak duduk diam, sekejap dia ke kiri,
sejap lagi dia ke kanan, mulutnya juga tidak berhenti-henti memberi arahan pada
model-modelnya. Dia tidak mahu sebarang kesilapan berlaku yang akan membuatkan
pergambaran hari ini tidak berjalan dengan lancar dan hasilnya tidak dapat
memuaskan hatinya.
Andrea melepaskan penatnya, botol
mineral dicapai lalu diteguk rakus. Lega rasanya bila air sejuk itu menerjah ke
kerongkong. Jari-jemarinya begitu sibuk menekan papan kekunci. Mana-mana gambar
yang tidak diperlukan dibuang, dia tidak mahu gambar-gambar itu bercampur
sehingga mengganggu kelancaran kerjanya.
Sesekali
matanya melirik kearah model-model yang selalu bekerja dengannya, mereka sedang
sibuk menyalin pakaian untuk sesi kedua pergambaran. Dia tersenyum sedirian,
bukan sekali dua dia berurusan dengan model-model dari Clark & Louis
Agency.
Model- model mereka sememangnya diakui
kualitinya, baik dalam disiplin mahupun cara kerja. Sebab itu model-model kelahiran agensi ini
cukup dikenali dan dikagumi dalam dunia fesyen di Alamas juga dinegara luar.
Andrea
mengangkat wajahnya bila dia terasa bahunya disentuh. Senyuman hambar terukir
dibibir tatkala melihat wajah Stella Davis, sahabat merangkap pembantunya.
“Kau ni memang tak faham makna rehat
yek?.” ujar Stella. Andrea ketawa besar.
“Aku taulah kau baru menang anugerah
tapi takkanlah sampai tak sabar-sabar nak mula kerja. Kalau ya pun rehatlah
dulu sehari dua.” bebel Stella. Andrea tersenyum sumbing.
Kerusi ditarik menghampiri Andrea,
sebelum punggungnya dilabuhkan. Wajah Andrea yang kelihatan agak pucat
dipandang membuatkan gadis itu hairan.
"Kau ok ke? aku tengok macam
tak sihat je, tak dapat tidur lagi?." tanya Stella. Andrea hanya
tersenyum.
“Biasa lah….bukan kau tak tahu aku
ada masalah tidur.” ujar Andrea selamba. Stella menggeleng.
“Still?.” Tanya Stella, Andrea hanya
tersenyum menampakkan barisan giginya yang putih tersusun.
“7 tahun kau jalani terapi untuk
atasi masalah ni, tapi sampai sekarang tak ada sebarang perubahan pun aku
tengok.” ujar Stella, dia mengeluh. Andrea mengangkat keningnya.
“Itu yang aku malas nak pergi lagi
jumpa Dr. Youth, buat habis masa aku jer. Baik aku stay kat studio ni, buat
kerja lagi bagus.” ujar Andrea.
“Tapi kalau hari-hari kau mengadap
kerja je, tak elok jugak. Sesekali kena juga rehatkan diri. Aku ada cadangan.”
ujar Stella. Andrea mengangkat keningnya.
“Apa?.” tanyanya.
"Apa kata kalau kau ambil cuti,
berehat. Lagipun kau dah lama tak pergi bercuti….kan." ujar Stella. Andrea
mencemik, balik-balik sahabatnya itu memberi cadangan yang sama.
“Kau dah tak ada cadangan lain ke
nak bagi, aku kan baru pergi bercuti, nak buat apa bercuti lagi.” ujar Andrea.
Stella mengangkat keningnya.
“Yang itu tidak dikira cuti ok, kau
kesana sebab kerja. Nak ambil gambar untuk penuhkan galeri kau tu.” ujar
Stella. Andrea tersenyum.
“Kira dua dalam satulah tu…..sambil
kerja, sambil bercuti. Jimat kos, kan.” ujar Andrea, selamba.
“Please la Eliss, kau nampak teruk
sangat tu. Lama-lama kesihatan kau boleh terjejas teruk tau.” ujar Stella,
Andrea buat tidak kisah. Malas memikirkan masalah kesihatannya.
“Buat apa aku pergi bercuti, kalau
dalam fikiran aku asyik terfikir pasal kerja. Dari aku bazirkan duit pergi
bercuti, baik aku tambah duit dengan bekerja. Aku kaya….kau pun untung jugak.”
ujar Andrea, sengaja membakar perasaan Stella.
“Kau ni kan…..aku cakap serius, kau
buat main-main pulak. Aku report kat Thomas nanti baru padan muka kau.” marah
Stella. Andrea cepat-cepat mengalihkan tajuk perbualannya, gerun bila mendengar
nama lelaki itu disebut.
"Aku ada banyak kerja lah,
banyak dateline yang aku kena penuhi. Takkan aku nak cuti dalam keadaan macam
ni." bantah Andrea, memberi alasan. Lagipun dia baru pulang bercuti, untuk
apa lagi dia pergi bercuti.
Tugasnya
sebagai jurugambar menuntut banyak masanya dihabiskan di studio. Stella
menggeleng, selalu sangat gadis itu memberi alasan begitu.
“Itu je lah alasan kau kan,
dateline-dateline. Macamlah bila kau tak buat kerja tu, kau boleh mati.” marah
Stella. Andrea ketawa.
“Tahu tak apa. Kerja ni kan hidup
aku, kalau aku tak kerja, mati lah wei.” ujar Andrea sengaja menambah kemarahan
sahabatnya itu.
"Tapi kau boleh tangguhkan dulu
semua tu, dia orang takkan marah lah, after all selama ni semua kerja kau,
beres apa." ujar Stella.
"Nantilah aku fikirkan." ujar Andrea, malas. Stella menggeleng. Dia
berlalu meninggalkan Andrea yang mula tenggelam dalam dunianya.
Kadang-kala
timbul perasaan kasihan pada bosnya itu, selama bertahun-tahun dia melihat Andrea menderita. Setiap tahun pasti ada
sesuatu yang buruk berlaku pada gadis itu dan dia yakin tahun ini juga tidak
terkecuali.
Fikirannya
melayang teringatkan wanita yang ditemuinya semalam, puas dia berfikir dimana
dia pernah melihat wanita itu. Iris matanya mengingatkan dia pada seseorang,
seseorang yang pernah dikenalinya dulu. Lapan tahun tidak memungkinkan dia
untuk melupakan renungan mata wanita itu, dia tahu mereka pasti pernah berjumpa
sebelum ini.
“Kenapa
aku rasa macam aku kenal dia, suaranya mengingatkan aku pada seseorang. Argh!!!
mustahil dia, tak mungkinlah dia orang yang sama. Pasti perasaan aku saja yang
buat aku fikir yang bukan-bukan.” bisik hati Andrea perlahan. Kepalanya
digelengkan beberapa kali, mahu menghalau memori tadi pergi.
Andrea mengemas peralatannya, kamera
jenama Canon EOS 1Ds Mark III kesayangannya dimasukkan kedalam beg khas. Lambat-lambat dia berkemas, malas.
Pandangannya dialihkan pada model-modelnya yang sudah siap berkemas dan menukar
pakaian.
"Ok
semua....photo shot kita hari ini sampai kat sini je. Kita sambung esok. Good
work everyone.” puji Andrea.
“Cik Elissa ok ke? nampak macam tak
sihat je?.” tegur Maria, model yang sudah lama bekerja dengannya. Andrea
tersenyum, mengangguk.
“Saya ok….Cuma penat sikit,
maklumlah baru saja pulang dari Italy.” ujar Andrea. Gadis itu mengangguk, dia
senang bekerja dengan wanita dihadapannya ini, mudah untuk berurusan.
“Well….u should go home and get some
rest.” ujar Deborah. Andrea mengangguk.
“By the way…tahniah kerana memenangi
Anugerah Jurugambar Muda Terbaik, cik Elissa memang terbaihk.” ujar Maria,
Andrea ketawa kecil.
“Thanks….bye.
Have a nice day.” ujar Andrea sambil mengangkat tangan dan melambai. Pintu
studio ditutup, yang tinggal hanya dia dan Stella yang masih setia menemaninya.
Andrea
mencapai laptopnya, dia mahu memeriksa jika ada email baru. Inbox dipandang
sepintas lalu, ada sepuluh email baru yang belum sempat dibacanya, dia
mengeluh. Maklum sajalah agak lama dia tidak membuka email.
Email
pertama datangnya dari Veronica Dash, orang yang bertanggungjawab untuk menjaga
‘ DREAM’S ART GALLERY ’. Galeri miliknya yang dibina hasil daripada sumber
pendapatan dia sebagai seorang jurugambar. Galeri yang menjadi impian dia dan
Aiden.
“ ‘ Love on my side ’ sudah dijual dengan harga
$ 35,000. Cek sudah diterima dan dibank-in kan. ”
Andrea
tersenyum, satu lagi karyanya, gambar sepasang angsa yang sedang berenang
ditasik pada waktu senja yang diambil beberapa bulan lalu ketika melakukan
pergambaran di Paris sudah dibeli.
Andrea
mengeluh bosan, lapan email yang lain adalah dari editor majalah. Namun tiba-tiba dia
terpandang satu email, niat untuk menutup laptop terus terpadam. Agak lama dia
merenung email itu, sebelum mengambil keputusan, pantas ikon tetikus dihalakan
kearah email itu lalu diklik sebanyak dua kali.
Matanya
dipejam, cuba mencari kekuatan untuk membaca bait-bait tulisan yang tertera
diskrin laptopnya. Dia menarik nafas panjang sebelum menghembusnya perlahan.
Perlahan-lahan matanya dibuka.
Hai….(
buat kali yang entah ke berapa )
Andrea,
Lamanya kita tak bersua muka, rasanya
dah berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus email yang kami hantar, sayangnya
tiada satu pun yang kau balas. Puas kami menunggu namun hasilnya selalu
menghampakan kami.
Kau seolah-olah hilang dari hidup kami. Tiap kali kami
berkumpul dirumah pokok, kami selalu berdoa tahun ini kau akan kembali pada
kami.
Tapi selepas email terakhir dari Marion, kami ambil
keputusan untuk biarkan kau sendiri menentukan nilai persahabatan kita. Mungkin
kasih sayang kami masih belum cukup untuk membuatkan kau kembali.
Ann….
10 tahun bukan masa yang sekejap, 10 tahun sudah cukup
untuk mengubah kehidupan kita semua. Kita bukan lagi anak-anak remaja yang naïf
tapi dah berubah dan melalui fasa kedewasaan. Dan aku percaya kau juga begitu.
Kalau tidak masakan kami semua melihat wajah kau terpampang
di majalah fesyen terkenal, Andrea Elissa Carlson…..jurugambar muda yang
mempunyai sentuhan magis, mampu mengubah apa saja melalui lensa kamera.
Ann…..
Tahukah kau betapa bangganya kami bila melihat kejayaan
kau, betapa kami cukup berharap untuk berkongsi rasa gembira itu bersama kau
seperti mana kita selalu berkongsi rasa sedih. Apapun tahniah dari kami semua
kerana kejayaan kau memenangi Anugerah Jurugambar Muda. We so proud and happy
for you.
Ahh….kita lupakan saja hal itu. Sebenarnya banyak yang aku nak ceritakan pada kau dan aku harap
sedikit sebanyak cerita ini akan mendekatkan kita semula.
Pekan Primrose dah banyak berubah, dah maju. Lebih maju
dari zaman kita sekolah dulu. Aku dan Sandra buka Café, kami namakan café itu ‘
My Pal Café ’ sempena persahabatan kita berlima. Marion pulak ada butik
sendiri, ‘ The Style Boutique ’. Tak sangkakan…..impian kita semua dah pun jadi
satu kenyataan.
Kami masing-masing dah pun berkeluarga, Aku bukan lagi Thalia
Carter tapi Thalia Wilson, suami aku Alan ….Timbalan Sheriff, tentu kau masih
ingat pada dia kan.
Macam tak percaya
pulak kami dah kawin, dulu bukan main lagi aku bencikan dia tapi tengoklah
sekarang, kami sama-sama layari alam rumah tangga.
Sandra pulak dah jadi Sandra Taylor, suami dia Zach…..doktor
dan Marion kini bergelar Mrs Corina….suami dia Vince seorang doktor gigi.
Kami masing-masing dah ada anak. Aku ada dua orang anak,
seorang lelaki dan seorang lagi perempuan, Justin dan Tanessa. Sandra pulak ada
seorang anak lelaki, Patrick dan Marion punya seorang anak perempuan, Melinda.
Ann….
Pakcik Shawn dan makcik Lucy akhirnya berkahwin juga,
punyalah lama dia cuba memikat makcik Lucy…..sampai sanggup ‘berumah tangga’
dihadapan rumah makcik Lucy semata-mata nak makcik Lucy terima lamaran dia.
Dan pakcik Shawn sekarang dah buka kedai cenderamata,
memang patut pun kan. Lagipun kita semua tahu yang dia memang pakar dalam
bidang ukiran.
Pakcik Charlie pun, dah bersara. Dia dan makcik Mary sekarang
sama-sama buka ladang lembu. Dia bukan setakat penternak tapi pembekal juga, daging-daging
tu dia eksport ke serata Antlia. Malah dia bekalkan daging dan susu untuk café
kami dan kedai daging milik Encik Ahmed.
Pakcik Harry pun dah
mula berjinak-jinak dalam bidang perniagaan, dia dah buka sebuah hotel, Star
Fish Hotel. Katanya bagus untuk ekonomi Pekan Primrose dan aku pun setuju
dengan kata-kata dia.
Hurm, Kau tahu tak….dia masih mencuba untuk memikat makcik
Jane tapi sampai sekarang makcik Jane masih belum menunjukkan tanda-tanda akan
menerima lamaran pakcik Harry. Tapi aku rasa tak lama lagi mereka pasti bersama
juga.
Ann….
Aku rindu kau, Sandra dan Marion juga rindukan kau. 10
tahun kami tunggu kau balik, tapi kau tak pernah muncul.
Apa jadi pada janji kita dulu?kau dah lupa ke?. Balik la Ann,
bagi kami peluang untuk leraikan rindu kami pada kau….”
-Thalia -
Andrea
termenung, dia mengeluh. Email Talia dipadam, dia tidak
mahu kenangan lama
menjengah, kalau boleh dia mahu membuang semuanya dari kotak ingatan. Sentuhan Stella
mematikan lamunan Andrea.
“Semua orang dah balik…..kau kenapa
masih ada kat sini?.” Tanya Andrea.
“Bos tak balik….macam mana pembantu
dia nak balik.” usik Stella. Andrea tersenyum.
“Bodek-bodek ni tak mainlah…..kalau nak minta tambah gaji,
cakap je terus terang” ujar Andrea. Stella ketawa besar.
“Memang nak minta tambah gaji pun,
tapi buat masa sekarang ni gaji yang kau bagi tu dah lebih dari cukup. So….tak
payah lah.” ujar Stella, Andrea menampar lembut bahu Stella.
“Habis tu kenapa kau tengok aku macam
tu?.” Tanya Andrea hairan bila Stella masih menilik wajahnya bagaikan ada
sesuatu disitu.
“Aku rasa baik kau ambil cuti
panjang, berehat. Keadaan kau memang teruk sangat ni, nanti kalau kau jatuh
sakit macam mana, tentu semua orang susah hati.” pujuk Stella. Andrea mengeluh.
“Nantilah aku fikirkan dulu.” ujar Andrea,
malas. Stella menggeleng. Tidak mahu masuk campur lagi dalam urusan hidup
bosnya itu. Tiada guna membazirkan air liurnya untuk melembutkan hati Andrea,
gadis itu tidak akan mempedulikan kata-katanya.
Pintu studio yang terkuak mematikan
bicara mereka berdua, pantas kepala dijenguk, mahu melihat siapa yang datang
lewat malam begini.
“Hei….cepatnya photoshot habis.”
Tanya Faye Dawn, editor Majalah Fashioniesta. Masing-masing menghembus nafas
lega.
“Eh! Eliss…..I ingatkan u masih
dalam mood bercuti lagi.” ujar Faye, terkejut dengan kehadiran Andrea.
“Bukan u tak kenal dengan cik kak
ni, dia mana tahu erti rehat. Tak kiralah menang anugerah ke, apa ke…..yang dia
tahu dalam kepala otak dia tu, kerja tetap kerja.” ujar Stella sambil
menghadiahkan jelingan maut pada bosnya itu.
“So u lah yang handle photo shoot
hari ni?.” tanya Faye, Andrea mengangguk.
“ Tapi Eliss tak sihat sikit hari ni,
jadi kami tamatkan lebih awal. Esok baru sambung balik. Lagipun tak banyak yang
tinggal, hanya ada dua lagi photoshot.” ujar Stella bagi pihak Andrea.
“Patutlah I tengok wajah u pucat,
kalau tahu tak sihat kenapa teruskan juga. Kenapa tak tangguhkan dulu, dateline
kan lambat lagi. Lagipun u baru saja balik dari Italy, kan.” ujar Faye.
“Tak apa lah, bukan masalah besar
pun. Setakat tak boleh tidur malam, I dah biasa sangat dengan semua ni. Lagipun
selepas ni, I ada photoshot dengan Majalah
Life & Style pulak. Jadi tak boleh la nak berehat dulu.” ujar Andrea.
Dia membiarkan Stella dan Faye yang tidak habis-habis berbual-bual tentang kemenanganya seminggu
lepas.
Dia menggelengkan kepalanya, muak
mendengar kisah kemenangannya yang dianggap sudah basi ditelinganya. Bukan
tidak menghargai sokongan mereka Cuma dia merasakan ada orang lain yang lebih
hebat daripadanya, yang lebih layak menerima anugerah itu.
Faye memandang wajah Andrea lama,
dia mengetap bibirnya, mahu bertanya sesuatu. Walaupun dia sudah dapat mengagak
jawapan yang akan diberi Andrea.
“Kenapa
u tak nak ikat kontrak dengan kami je, kami boleh bagi berapa saja yang u nak.”
Tanya Faye, sudah beberapa kali dia cuba memujuk Andrea untuk mengikat kontrak
dengan Fashioniesta namun gadis itu sering menolak.
“U
kan tahu I suka bebas, jadi duit bukan sebab utama. I memang tak suka terikat
dengan sesuatu, ianya akan menyekat kebebasan I untuk bekerja.” ujar Andrea,
Faye mengangguk. Sebenarnya dia sudah tahu prinsip dan cara Andrea bekerja, dia
akan menjadi jurugambar pada mana-mana majalah tidak kira kecil atau besar
pengaruh majalah itu dalam dunia fesyen.
“Tapi
I tertanya-tanya jugak sebab kenapa u tak boleh berpisah dengan Tom dan Anna
sedangkan u kan tak suka terikat.” tanya Faye, musykil. Andrea tersenyum.
“Sebab
mereka berdua adalah tulang belakang dan sumber kekuatan I, tanpa sokongan
mereka berdua, I tak mungkin boleh berjaya dalam bidang ni. Lagipun u sendiri
tahu kisah silam I dulu, kan. Dan sebab itu jugalah, I takkan tinggalkan mereka
walau apa pun yang terjadi.” ujar Andrea, yakin. Faye tersenyum.
“I tahu u memang tak suka terlibat
secara langsung dalam dunia fesyen ni, I Cuma nak cuba nasib….mana tahu kalau u
ubah fikiran.” ujar Faye. Andrea menepuk bahu Faye lembut.
“Kalau I ubah fikiran satu hari
nanti, majalah u lah yang akan jadi majalah pertama untuk I mengikat kontrak.”
ujar Andrea sambil ketawa. Faye mengangguk dan tersenyum.
“I pegang kata-kata u, hope satu
hari nanti kata-kata tu akan jadi kenyataan.” ujar Faye. Andrea memang selalu
menjadi jurugambar bagi Majalah Fashioniesta dan dia sering menjadi pilihan
barisan para editor setiap kali mereka
mahu melakukan pergambaran fesyen untuk majalah.
“Oklah…..I
tak nak ganggu u berehat dan I rasa u patut balik sekarang, dah lewat malam ni.”
ujar Faye, sebelum berlalu pergi.
“Jom aku hantar kau balik Eliss….”
ujar Stella, Andrea mengangguk, lampu studio dipadam, pintu ditutup dan
dikunci. Mereka melangkah turun beriringan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan