Blogger Templates

SELAMAT DATANG....

Khas untuk pembaca......segalanya untukmu

KHAS BUAT ANDA.....

Selasa, 7 April 2015

Tawanan Cinta 29



BAB 29


Aisy memerhatikan gelagat Iman dengan pelbagai perasaan, sakit hati…marah…geram, semuanya bersatu dalam diri. Gelak ketawa gadis itu sedikit sebanyak membuatkan dia menahan rasa. Perlahan-lahan tanpa sedar kakinya melangkah menghampiri meja yang diduduki Iman bersama rakan-rakannya.
“Iman…Iman..” Panggil Amanda, kaki Iman dikuis kasar.
“Apa…” Amanda memuncungkan mulutnya ke satu arah, membuatkan Iman berpaling.
“La…..itu pun nak kecoh, biar la dia.” Ujar Iman, tak ambil peduli. Dia kembali rancak berbual dengan Aiman. Amanda menggaru kepalanya, si Iman ni memang sengaja cari masalah.
Aisy menarik nafas, menahan sabar, dia berdehem beberapa kali, sengaja mahu memberi isyarat agar Iman tahu tentang kehadirannya namun akhirnya dia sendiri yang bertambah sakit hati.
“Doktor Rayyan…” Aiman bangun serentak dengan Amanda.
“Boleh saya join?.” Tanya Aisy, serius bunyinya. Aiman mengangguk dan mempersilakan lelaki itu duduk.
“Borak pasal apa ni?.” Tanya Aisy, Iman mengangkat kening.
“Pasal kehidupan…kahwin…kerja…semua topik ada, doktor nak pilih yang mana satu?.” Tanya Iman, sengaja menyakat lelaki itu, Aisy mengetap bibir, main-main pulak budak ni.
“Sara bagitau saya yang dia dengan doktor ada hubungan kekeluargaan, kakak dia kawin dengan abang doktor….betul ke?.” Tanya Aiman, Aisy mengangguk.
“Patutlah dia dengan doktor Nampak macam ada sesuatu je, saya ingatkan ada hubungan istimewa.” Ujar Aiman, menghela nafas lega.
“Kau tak payah nak berangan nak pikat dialah…budak ni bakal isteri aku.” Bisik hatinya, panas…dan-dan mengaku bakal isteri.
“Jadi doktor tak kisah kan kalau saya keluar berdua dengan dia?.” Tanya Aiman, bunyinya macam meminta izin. Aisy tersenyum sinis.
“Saya tak kisah…tapi bakal suami dia, rasanya takkan bagi kot.” Ujar Aisy selamaba, Iman membulatkan mata, gila apa orang tua ni.
“Bakal suami?.” Aiman terkejut, terus saja dia berpaling kearah Iman.
“Kau tak cakap pun kau dah bertunang?.” Tanyanya kecewa, Iman menghela nafas panjang.
“Macam mana aku nak cakap…dah aku tak pernah bertunang. Itu pilihan keluarga lah, aku pun tak kata setuju lagi…dalam erti kata lain, awal-awal aku dah tolak.” Ujar Iman menyatakan pendiriannya, Aisy memandang tajam dan dibalasnya juga dengan pandangan yang sama, ibaratnya mereka sedang berentap dengan tenaga kuasa batin.
“Oh ya ke…baguslah, lega aku…kiranya ada peluang lagilah aku nak pikat kau.” Ujar Aiman, Iman tersenyum.
“Up to u…aku tak ada halangan apa-apa pun. Baik kau..Khairil ataupun Badrul, masing-masing ada kelebihan sendiri.” Ujar Iman, keningnya diangkat sambil matanya melirik pada Aisy yang riak wajahnya sudah bertukar, jelas menggambarkan yang dia sedang menahan rasa sakit hati. Amanda yang sedari tadi memerhatikan perang mulut antara Iman dan Aisy, hanya mampu berdoa agar keadaan tidak menjadi lebih kecoh.
“Mama pesan suruh balik rumah….tunggu aku dekat lobi, kita balik sama-sama.” Pesan Aisy sebelum bangun melangkah pergi, Iman sekadar mengangguk, langsung tidak dipandangnya wajah lelaki itu, dia lebih senang berbual rancak dengan Aiman.




Iman sudah mula menarik muka, bengang. Jam ditangan diperhatikan, sudah pukul 7.30 malam tapi batang hidung si jerangkung masih jua belum kelihatan. Tangan memeluk tubuh, mulutnya tak habis-habis ‘berzikir’.
“Dia ni memang nak kena agaknya, ingat aku ni apa…tunggul kayu.” Rungut Iman. Mata-mata yang memandang dibiarkan, malas dia hendak peduli. Dia menoleh ke kiri dan kanan mencari kelibat Aisy yang masih tak kunjung tiba.
“Lambat la kau ni…penat aku tunggu.” Tegur Iman bila matanya terpandang susuk tubuh lelaki itu yang menghala kearahnya, Aisy terus berjalan tanpa menghiraukan gadis itu. Iman mengetap bibir,
“Ini yang buat aku marah ni….bukan reti nak minta maaf, tegur aku pun tak.” Bisik Iman perlahan. Dia pantas bergerak menyaingi lelaki itu, lengan lelaki itu ditarik memaksanya berhenti.
“Kau ni kenapa…aku ada buat salah apa sampaikan kau masam muka dengan aku?.” Tanya Iman, tak puas hati. Aisy menolak tangan Iman dan terus berjalan.
“Ya Allah…apa masalah dia ni?.” Kepalanya digaru kuat, sakit jiwa melayan lelaki yang moodnya tak pernah tetap macam lalang, sekejap kesana…sekejap kesini.
“Aisy tunggulah.” Jerit Iman bila melihat lelaki itu semakin menjauh.




Aisy mahupun Iman, masing-masing tidak bersuara, masing-masing mengambil sikap berdiam diri, memaksa diri melayan celoteh dj radio yang rancak memutarkan lagu-lagu jiwang yang mampu meruntun jiwa.
Iman memandang Aisy dari ekor mata, lelaki itu kelihatan tenang memandu namun wajahnya jelas kelihatan sedikit terganggu. Iman mengetap bibir, berkira-kira bagaimana mahu memecahkan kesenyapan antara mereka.
“Kalau kau tak cakap…macam mana aku nak tahu salah apa yang aku buat, cuba cakap terus terang.” Akhirnya terbit bicara dari bibir Iman.
“Aisy tolong la…say something.” Ujar Iman, lengan lelaki itu disentuh.
“Boleh tak kalau kau diam, jangan nak membebel…bingit telinga aku tau tak.” Marah Aisy, Iman membulatkan mata,
“Aku cakap baik-baik…yang kau nak melenting ni kenapa?.” Tanya Iman, berkecil hati dengan cara lelaki itu bercakap dengannya.
“Lain kali boleh tak belajar cara nak jaga perasaan orang, jangan main cakap ikut sedap mulut je.” Ujar Aisy, tegas bunyinya.
“Aku tak faham…kau nak bagitau apa sebenarnya?.” Tanya Iman, Aisy menekan break mengejut sehinggakan Iman terdorong kedepan, nyaris dahinya terhantuk pada cermin kereta.
“Kalau ya pun marah, jangan la sampai nak membunuh orang.” Tegur Iman, lemah semangatnya. Aisy berpaling, mengadap gadis itu.
“Lepas ni aku tak nak tengok kau bermesra dengan doktor Aiman lagi.” Ujar Aisy, tegas. Iman mengangkat kening.
“Apa kena-mengena pulak dia dalam masalah kita ni, cuba cakap terus terang. Aku kadang-kadang tak faham bahasa kiasan ni.” Aisy menarik nafas panjang, riak pada wajah Iman cuba dibaca, samaada dia pura-pura tidak faham atau memang sengaja tak nak faham.
“As your future husband….aku tak nak tengok kau dengan doktor Aiman rapat macam yang kau buat siang tadi. As a friend and co-worker, aku memang tak ada masalah tapi kalau dah melibatkan hati dan perasaan, aku tak akan benarkan.” Ujar Aisy, serius. Ketawa Iman meledak, menggegarkan suasana.
“Kau  moody dengan aku ni….sebab tu jer, tolong la Aisy….tak sesuai langsung dengan imej kau. Aisy yang aku kenal, tak kisah pun dengan siapa aku nak berkawan hatta nak bercinta sekalipun….dia tak pernah peduli dengan kehidupan peribadi aku.” Ujar Iman, ketawanya masih belum berhenti.
“Dan untuk peringatan kau kan…aku ni Iman…bukan Yuli, jadi tolong jangan  berubah jadi pakwe dia depan aku…just jadi diri kau yang aku kenal selama ni.” Ujar Iman lagi, Aisy tersenyum sinis,
“Kau cakaplah apa yang kau nak cakap…tapi tolong setkan dalam kepala otak kau tu….aku serius dengan apa yang aku kata, jangan sampai aku guna kuasa veto aku…susahkan hidup dia.” Ugut Aisy, dah mula nak tunjuk kuasa Nampak. Ketawa Iman mati, riak wajah Aisy langsung tak menunjukkan yang dia bergurau.
“Jangan la serius sangat, takut aku.” Ujar Iman, dia memang tak suka dengan sisi baru Aisy yang dilihatnya hari ini, sungguh dia tak suka, serius yang amat, rasa macam sekejap lagi lelaki akan bertukar jadi warewolf.
“I’m not kidding Iman…jadi jangan perlekehkan apa yang aku kata.” Ujar Aisy, dia kembali meneruskan pemanduan dan Iman disebelah diam tak berkutik.
“Jangan mesra sangat dengan lelaki lain, jangan sampai mereka fikir kau bagi mereka harapan pulak.” Ujar Aisy lagi, lembut tapi penuh ketegasan.
“Better beware Iman, jangan sampai dia kotakan kata-kata dia…jangan cari nahas, gelap masa depan nanti.” Bisik hatinya, air liur ditelan, rasa macam kulit kayu manis…pahit.




Novel yang hendak dibacanya tadi dibiarkan terdampar diatas katil, kata-kata Aisy tadi benar-benar mencuri tumpuannya, entah kenapa dia merasakan lelaki itu bukan lagi lelaki yang dia kenal sebelum ini, macam pelik je.
“Kenapa dengan dia tu sebenarnya…buang tabiat ke atau dah tak waras. Takkanlah sebab aku mesra dengan Aiman, Khairil dan Badrul, dia nak marah, mengamuk…macam tak masuk akal.” Bisiknya perlahan.
“Entah-entah dia cemburu kot, tu pasal nak naik angin tak tentu pasal…” Hatinya bercanda.
“Hish, jangan mengarut la Iman, tak ada maknanya si jerangkung tu nak cemburu…aku bukannya makwe dia. Hurm…mungkin dia tengah stress kot, bersangka baik Iman…jangan sebarkan fitnah, tak baik..berdosa.” Nasihat hatinya, dia mengangguk.
“Tak mungkinlah dia maksudkan dengan apa yang dia kata, nak gertak aku je tu.” Ujar Iman, ingin menyedapkan hati.
Bunyi ketukan pada pintu mematikan ingatannya pada peristiwa tadi, sebaik pintu ditolak kedalam, terjengul wajah Amanda dengan senyum manisnya, baru balik dating la tu.
“Kau tak tidur lagi?.” Tanya Amanda, Iman mengangkat keningnya.
“Baru balik dating la tu.” Amanda tersengih.
“Keluar makan and tengok wayang….dah lama tak date, rindu.” Iman mencemik, nak termuntah. Amanda pantas melabuhkan punggungnya disebelah Iman, memaksa gadis itu menginjak sedikit ketengah.
“Iman…doktor Rayyan tu macam pelik je kan hari ni.” Iman mengecilkan matanya, agak pelik dengan pertanyaan Amanda.
“Pelik? pelik macam mana…aku tengok dia macam biasa je.” Ujar Iman, Amanda menggeleng.
“Tak…hari ni dia lain, lain sangat. Serius aku cakap, aku tak pernah tengok dia seserius macam tu masa kita makan kat kafe siang tadi. Selalunya dia Nampak macam tak kisah je bila kita makan dengan Aiman ke atau mana-mana doktor lelaki yang lain tapi hari ini aku tengok dia macam nak telan orang, risau gila aku.” Ujar Amanda, Iman menelan air liur….takkanlah Amanda pun perasan.
“Tak adalah…aku tengok dia ok je.” Ujar Iman, menidakkan kata-kata Amanda.
“Ya ke?.” Tanya Amanda, tak yakin. Iman mengangguk.
“Kalau dia tu pelik macam yang kau kata, dah tentu-tentulah dia  cakap  lembut dengan aku tapi tak pun…kitaorang bergaduh macam biasa jugak.” Ujar Iman, mahu terus mematahkan hujah Amanda yang sedikit sebanyak membuatkan dia jadi tak keruan.
“Mungkin perasaan aku je kot, silap tafsir.” Ujar Amanda, Iman pantas mengangguk, mengiakan.
“Oklah aku keluar dulu…nak mandi lepas tu tidur.” Amanda bangkit sebelum berlalu, Iman menarik nafas lega bila saja pintu biliknya tertutup rapat.
“Hish si Amanda ni…elok-elok aku nak belajar lupakan peristiwa tadi, dan-dan dia buka balik topik tu, nasib baik aku bijak..kalau tak, haru.” Bisiknya perlahan, dada diurut lembut, lega.




Aisy merenung syiling, kosong, sama seperti fikirannya. Sesekali dia mengeluh, semuanya serba tak kena. Entah kenapa hatinya sakit bila melihat kemesraan Iman dan Aiman walaupun dia tahu, mereka sekadar berkawan. Kepalanya yang sakit, dipicit perlahan. Dia bingkas bangun, duduk bersandar dikepala katil sambil merenung jauh keluar tingkap.

“Apalah yang tak kena dengan aku hari ni, kenapa aku marah sangat bila tengok dia dengan Aiman mesra….takkanlah aku ni dah gila. Oh! tolong la Aisy, jangan mengaku yang kau ni dah jatuh cinta dengan budak tiga suku tu…please, I’m bagging u.” Bantah hatinya, Aisy mengeluh lagi.
“Iman…Iman…ayat pengasih apalah yang kau amal ni sampai aku jadi tak betul hari ni.” Bebel Aisy sendiri, dia bangun dan menuju ke tingkap.
Aisy memejamkan matanya, berfikir sedalamnya, satu keputusan perlu dibuat untuk dia segera menyelesaikan masalah hati yang kian menjerat diri. Dia tidak mahu terus terperangkap dalam bebanan emosi yang tak berkesudahan.
“Apa aku nak buat ni? Pilih dia yang jadi pilihan nenek dan mama atau terus berkeras dengan pilihan sendiri? Tapi sanggup ke aku nak hampakan harapan mereka? Arghhh, peningnya kepala.” Jerit Aisy kuat tapi taklah sampai satu rumah boleh dengar.
“Tapi kalau difikirkan balik, tak salah aku cuba dan ambil risiko. Lagipun nenek dengan mama takkan pilih orang yang mereka rasa tak mampu bahagiakan aku Cuma masalahnya, boleh ke budak tiga suku tu bahagiakan aku kalau hari-hari kerjanya asyik nak cari gaduh je dengan aku…hurm, susahnya hidup.” Bebel Aisy lagi, dia kembali ke katil, berbaring dan menarik selimut, malas dia hendak serabutkan kepalanya lagi, lebih baik tidur dan sambung bermimpi. 

Isnin, 6 April 2015

Tawanan Cinta 28



BAB 28


Iman melangkah perlahan menghampiri ruang pejabat Puan Habibah, pengetua Rumah Amal Anak-Anak Sinar Harapan. Sudah hampir 7 tahun dia menjadi sukarelawan disitu bersama Amanda.
Dulu ketika masih belajar, setiap hujung minggu, dia dan Amanda pasti akan datang kesini memberi kelas tuisyen percuma kepada mereka Cuma sejak kebelakangan dia dan Amanda tidak mempunyai masa untuk datang lebih kerap.
“Umi….” Panggil Iman, kepalanya terjengul dimuka pintu.
“Iman…terkejut umi, bila sampai?.” Tanya Puan Habibah, dia bangun sebelum menghampiri dan memeluk tubuh itu.
“Baru je sampai.” Ujar Iman, senyuman manis terukir dibibirnya.
“Amanda mana?.” Tanya Puan Habibah, pandangannya dialihkan keluar pintu.
“Iman sorang je…Manda tak dapat datang, dia bertugas sampai malam hari ni.” Ujar Iman, Puan Habibah mengangguk.
“Kami minta maaf umi sebab dah lama tak datang, sibuk sangat dengan tugasan.” Ujar Iman, wajahnya sedikit muram, terasa bersalah. Puan Habibah menggeleng.
“Umi dengan adik-adik faham…Iman jangan susah hati sangat. Ha…kerja macam mana?.” Tanya Puan Habibah, bahu Iman digosok lembut.
“Alhamdulillah…semuanya ok.”  Ujar Iman dengan senyuman.
“Kerja-kerja jugak…kesihatan pun nak kena jaga, nanti kalau Iman jatuh sakit…umi dengan adik-adik susah hati.” Nasihat Puan Habibah. Iman mengangguk, faham.
“Iman pergi jumpa adik-adik dululah…rindu sangat kat diaorang, lama tak jumpa. Nanti Iman datang semula jumpa umi, kita borak panjang.” Ujar Iman seraya meminta diri, Puan Habibah sekadar mengangguk, dia tersenyum senang.




Iman tersenyum memerhatikan adik-adiknya yang tekun belajar tanpa menyedari kehadirannya. Air mata terasa bergenang bila melihat mereka, rindunya pada mereka waktu itu tidak dapat diceritakan, hanya emosi yang mencerminkan segalanya.
Kebanyakkan dari mereka merupakan anak-anak yatim manakala sebahagiannya lagi datang dari keluarga susah. Malah ada juga dari kalangan mereka yang datang dari keluarga yang berpecah-belah dan bermasalah. Perlahan-lahan pintu bilik belajar diketuk.
“Kak Iman….” Jerit mereka serentak, seraya bangun dan berlari memeluk orang yang mereka rindui.
“Rindunya…kenapa kakak dah lama tak datang, dah lupakan kami ya?.” Tanya Zahlia, yang lain mengangguk, mengiakan. Iman tersenyum dan menggeleng.
“Kakak tak pernah lupa…kamu semua sentiasa ada dalam hati kakak Cuma kebelakangan ni kakak sibuk dengan kerja jadi tak dapat datang selalu.” Ujar Iman sambil menggosok kepala mereka seorang demi seorang.
“Kak Manda say hai…dia minta maaf sebab tak dapat datang hari ni, nanti bila dia tak sibuk, dia datang.” Ujarnya, masing-masing sekadar mengangguk.
“Jom kita masuk, tengok apa yang kakak bawakan ni.” Ujarnya lagi sambil menunjukkan plastik berisi makanan dan alat tulis yang dibawanya bersama.




Iman mencuit bahu Zahlia membuatkan gadis itu mengangkat wajahnya dan memberi isyarat bertanya, pantas Iman memuncungkan mulutnya kesatu arah. Zahlia mengeluh.
“Itu Mariam…budak baru, minggu lepas masuk.” Ujar Zahlia, Iman mengangguk.
“Zahlia siapkan soalan ni dulu…nanti kakak datang semula.” Ujarnya sebelum bangun dan berjalan menghala kearah Mariam yang sedang duduk termenung disatu sudut berhampiran tingkap.
“Mariam…assalamualaikum.” Sapa Iman namun gadis kecil itu sekadar mendiamkan diri, langsung tidak mengendahkan tegurannya. Iman menarik kerusi lalu duduk bertentangan dengan gadis itu, bersedia untuk berkomunikasi dengan lebih lanjut.
“Nama kakak Iman…Mariam boleh panggil kakak…kak Iman.” Ujarnya lagi, memperkenalkan diri.
“Kakak ada bawa makanan..marilah join kami, kita makan sama-sama.” Pujuk Iman lagi, namun gadis itu tetap mendiamkan diri sebelum bangun dan meninggalkan bilik itu. Iman mengeluh, melihat dari cara perlakuan gadis itu, dia tahu Mariam pasti mempunyai masalah dalaman.
“Kak Iman tak payahlah pedulikan dia…buang masa je.” Balqis, Iman menggeleng.
“Mana boleh cakap macam tu, tak baik…itukan kawan kamu semua juga, tak bolehlah biarkan saja.” Ujar Iman, Balqis mendengus.
“Bukan kami tak cuba, dah puas…dia macam tu jugak, sombong tak bertempat.” Ujar Khalisha pula.
“Betul tu kak Iman…kami semua ni dah puas bertegur sapa dengan dia tapi dia buat bodoh je.” Ujar Kamal, Balqis mengangguk.
“Daripada dia mula-mula masuk sampai sekarang, dia hidup dalam dunia dia sendiri je…suka mengasingkan diri, tak nak bercakap sampai kadang-kadang kami semua ingatkan dia tu bisu.” Ujar Zamri pula, Iman tersenyum, sampai sejauh itu mereka berfikir.
“Tapi…kamu semua tak bolehlah biarkan dia macam tu je. Ingat tak apa umi pesan…kita kat sini, semuanya macam adik-beradik…tak boleh bergaduh, kena saling tolong menolong…satu untuk semua, semua untuk satu.” Ujar Iman, Masing-masing mengangguk.
“Tapi kami dah tak tahu nak buat apa lagi, dah macam-macam cara kami cuba…semuanya tak Berjaya.” Adu Zahlia. Iman tersenyum lagi.
“Untuk capai sesuatu..adakalanya kita kena gagal berkali-kali…takkanlah baru gagal sekali dan mengalah.” Ujar Iman, keningnya diangkat.
“Oklah…kami cuba lagi…tapi tak janji boleh Berjaya.” Ujar Zahlia, yang lain hanya mengangguk. Iman tersenyum,
“Macam tulah adik kakak…tak mudah mengalah. Jom kita sambung siapkan kerja sekolah…nanti boleh keluar bermain.” Masing-masing bertepuk tangan, cepat-cepat mereka kembali menumpukan perhatian pada kertas soalan dihadapan.
Aisy berhenti menyuap makanannya bila terdengar suara Aiman dan Badrul berbual, dia menyedut air minumannya sambil memasang telinga, mahu mendengar butir bicara mereka berdua.
“Aku nak tanya kau sikit boleh?.” Tanya Badrul. Aiman mengangguk.
“Kau rapat dengan Sara kan?.” Tanya Badrul lagi. Aiman mengangkat keningnya,
“Lain macam je bunyinya soalan kau tu, kenapa tiba-tiba bangkitkan soal Sara pulak ni?.” Tanya Aiman, pelik. Badrul tersenyum, penuh makna.
“Aku nak tahu kalau-kalau dia ada boyfriend ke tak?.” Tanya Badrul lagi, Aiman tersedak.
“Jangan kata kau nak potong jalan aku…Sara tu aku punya tau.” Ujar Aiman, jari telunjuknya lurus menghala kearah muka Badrul.
“Oppss…dia belum buat keputusan lagi, maknanya sesiapa pun masih ada peluang untuk pikat dia.” Ujar Badrul, tangan lelaki dihadapannya ditepis.
Aisy mengecilkan matanya, bibirnya digigit kuat, geram mendengar bicara lelaki dibelakangnya, macamlah si budak tiga suku tu sejenis trofi yang perlu direbut dan dimenangi.
“Kepunyaan kau??abah kau…bila masa pulak budak tu declare nak jadi girlfriend kau, suka-suka hati kau je buat keputusan sendiri.” Bebel Aisy perlahan, wajah berkerut Johan dengan senyuman sumbingnya langsung diperdulikan.
“Came on la Aiman…kita bersaing secara gentleman, kalau kau menang, aku akan menyerah kalah…kalau aku menang, kau kena tarik diri serta merta.” Ujar Badrul.
“Korang berdua rasa…korang boleh tandingi aku ke?.” Tanya Khairil, kehadirannya yang tiba-tiba mengejutkan Aiman dan Badrul.
“Yellow mongkey ni pun nak tumpang sekaki…bagus sangat la, dua kali lima jugak bodohnya. Dia ingat dengan gaya K-pop macam tu, budak tiga suku tu nak pilih dialah…belum apa-apa lagi nanti, rambut tu dulu yang kene gondol.” Bisiknya lagi, Johan sekadar mendengar bebelan Aisy yang dirasakan penuh dengan bau-bau cemburu.
“Habis tu..kau rasa Sara akan pilih kau ke?.” Tanya Aiman, Khairil mengangguk, yakin.
“Kalau kau dah rasa macam tu…fine, lets the game begin. Kita tengok siapa yang Sara akan pilih.” Ujar Aiman, Badrul dan Khairil sama-sama mengangguk.
Aisy tersenyum sinis, kepalanya digeleng, pelanduk dengan pelanduk berebut, kancil jugak yang untung.
“Games yang korang nak main ni…dah lama tamat sebelum korang mula lagi. Pemenangnya memang dah siap nak genggam trofi pun.” Bisiknya perlahan.
“Kau kenapa pandang muka aku macam tu, ada yang tak kena ke?.” Tanya Aisy tiba-tiba bila terasa pandangan sahabatnya itu masih tidak teralih, Johan menggeleng namun senyumannya masih tidak lekang dari bibirnya.
“Habis tu yang kau duk tersenyum, tersengih tu kenapa?.” Tanya Aisy, masih curiga.
“Tak ada apa…saja, nak buat senaman mulut…tak boleh ke?.” Tanya Johan pula, Aisy mengangkat kening.
“Aku tak cakap tak boleh, Cuma pelik…jarang-jarang kau nak tersenyum bila time makan, selalunya serius memanjang.” Ujar Aisy. Johan ketawa, dia terus menyambung menyuap sementara Aisy kembali memasang telinga mendengar perbualan tiga seteru dibelakangnya.




Iman berhenti melipat telekung sembahyangnya, matanya menyorot memandang Mariam yang duduk bersendirian dibelakang. Gadis itu hanya memerhatikan perlakuan mereka, jelas terpancar diruang matanya keinginan untuk bersama melakukan apa yang kawan-kawannya lakukan.
“Umi…Iman nak Tanya sikit boleh?.” Puan Habibah mengangguk.
“Kenapa dengan Mariam tu….Iman tengok sejak Iman datang sampai sekarang, dia asyik bersendirian…langsung tak mahu campur dengan kawan-kawan, dia ada masalah apa?.” Tanya Iman, Puan Habibah tersenyum.
“Kenapa…Iman rasa dia ada masalah ke?.” Tanya Puan Habibah, Iman mengangguk, dari pemerhatian dialah, dia yakin gadis itu ada masalah.
“Mariam tu sebenarnya mangsa serangan seksual.” Iman melopong, biar betul.
“Mangsa serangan seksual???oleh siapa?.” Tanyanya.
“Ayah kandungnya sendiri. Dia dibawa kesini oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, itupun atas permintaannya sendiri.” Ujar Puan Habibah. Iman menekup mulutnya, macam tak percaya mendengar kata-kata yang terluah dari mulut uminya itu.
“Ya Allah….habis tu, ayah dia dah kena tangkap?.” Tanya Iman, Puan Habibah mengeluh.
“Awalnya memang kena tangkap tapi maknya pulak tak sanggup nak biarkan suaminya masuk penjara, dipujuknya Mariam supaya gugurkan dakwaan dengan alasan mereka tiada tempat bergantung.” Ujar Puan Habibah. Iman mengetap gigi, manusia jenis apa ni?, Tanya hatinya.
“Sanggup mak dia pertahankan suaminya yang perangai macam binatang tu, apa…Mariam tu bukan anak dia ke sehinggakan dia tak ada langsung rasa bersalah.” Rungut Iman, Puan Habibah menggeleng.
“Entah la Iman, umi pun tak tahu nak cakap apa…mujur juga Mariam tu pilih untuk dihantar kesini...kalau tidak entah apa yang  akan jadi pada dia sekarang.” Ujarnya, Iman mengangguk.
“Patutlah dia bersikap mendiamkan diri, tak nak bergaul dengan orang…rupanya dia sedang menanggung beban emosi yang berat, kasihan dia kan umi.” Puan Habibah mengangguk, lemah.
“Harapkan pagar…pagar makan padi.” Iman mengangguk, setuju.
“Manusia yang macam tu…patutnya kita potong je anu dia…lepas tu campak dalam kandang buaya…baru padan dengan muka.” Omel Iman, Puan Habibah ketawa kecil.
“Hish…tak baik cakap macam tu.” Ujar Puan Habibah, Iman menarik muka masam, geram betul dengan perangai manusia yang Nampak macam baik tapi sebenarnya dialah keturunan setan.
“Sudahlah…mari kita bersiap, adik-adik semuanya dah lapar tu.” Ajak Puan Habibah, Iman mengangguk. Adik-adiknya sudah mula menghilangkan diri, berduyung-duyung berjalan menuju ke bilik sajian.



Iman meletakkan pinggan berisi nasi dan lauk-pauk dihadapan Mariam, gadis itu mengangkat wajahnya, pantas Iman mempamerkan senyuman manis sehinggakan terbit segaris senyuman dibibir gadis itu.
“Alhamdulillah…dia dah mula belajar untuk bersenyum.” Bisik hatinya senang. Balkis dan Zahlia segera menghampiri meja Mariam tatkala melihat isyarat yang diberikan Iman.
 “Boleh kami duduk kat sini?.” Tanya Balkis, lambat-lambat Mariam mengangguk. Balkis dan Zahlia memandang Iman serentak, ibu jari diangkat tanda dia bangga dengan kedua-dua gadis itu.
“Makan kenyang-kenyang….nanti kalau nak tambah lagi, bagitau akak…ok.” Mariam mengangguk, dia terus menikmati makan tengahharinya tanpa sedikit pun mengangkat wajah. Iman terus berlalu, mahu memberi peluang pada Mariam untuk mengenali Balkis dan Zahlia.




Bait-bait lagu ‘This Love’ nyanyian Shinhwa menjerit nyaring memecah lamunan Iman yang asyik melayan adik-adiknya bermain badminton. Skrin handphone dipandang dengan mulut yang muncung.
“Kau nak apa?.” Tanya Iman kasar.
“Amboi cantiknya bahasa…salam tak jawab, apa tak…terus Tanya.” Tegur Aisy. Iman mendengus.
“Sehari kalau kau tak kacau aku tak boleh ke?.” Tanya Iman tanpa mempedulikan teguran Aisy.
“Where have u been?.” Tanya Aisy.
“Asal kau nak tahu?.” Tanya Iman, musykil.
“Aku Tanya tu jawab je lah.” Marah Aisy, Iman dah mula menyingai.
“Yang kau tiba-tiba nak marah aku ni kenapa…apa masalah kau?.” Tengking Iman pula.
“Where have u been?.” Tanya Aisy buat kali yang kedua.
“Somewhere…why?.” Tanya Iman, Aisy mendengus.
“Somewhere tu kat mana…shopping mall ke, restoren ke atau book store?.” Tanya Aisy tak puas hati.
“Tak yah sibuk nak tahulah aku kat mana…kau tu nak apa, cakap la cepat…aku tak ada masa nak layan ni…banyak kerja lain lagi aku nak buat.” Ujar Iman, malas.
“Jawab je soalan tu tak boleh ke?susah sangat ke soalan tu?.” Tanya Aisy.
“Soalan tu tak la susah mana…mulut aku je yang berat nak jawab.” Ujar Iman masih bermain tarik tali membuatkan Aisy semakin naik angin.
“Doktor Nur Iman Qaisara….kau jangan nak buat aku naik angin boleh tak.” Suara Aisy sudah meninggi. Iman menghela nafas panjang, mengeluh.
“Tak nak cakap sudah.” Pantas perbualan diputuskan, malas hendak melayan kerenah si jerangkung yang kadang-kadang buat dia pening kepala…terlebih busy body macam lah mereka berdua pasangan kekasih.
Aisy menggenggam erat tangannya, belum habis bercakap lagi, budak tiga suku itu dah putuskan talian. Handphone ditangan dipandang, rasa macam nak baling ke dinding je.
“Mana budak tiga suku ni pergi sebenarnya…nak berrahsia-rahsia bagai sampaikan kak Yana pun tak tahu dia kat mana.” Bebel Aisy sendiri.
“Tak boleh jadi ni…baik aku Tanya kembar tak seiras dia…mungkin dia tahu mana budak tiga suku tu pergi.” Pantas Aisy bangun lalu keluar mencari Amanda.




“Amanda….” Panggil Aisy, Amanda berhenti melangkah, dia berpaling ke belakang.
“Doktor Rayyan…ada apa?.” Tanya Amanda, hairan.
“Saya nak Tanya awak sikit…” Amanda mengangguk, dia menanti Aisy meneruskan bicara.
“Kembar tak seiras awak tu kemana?.” Amanda menggaru kepalanya.
“Kenapa doktor cari dia….ada masalah ke?.” Tanya Amanda bimbang, jangan-jangan si Iman ni buat hal lagi, bisik hatinya. Aisy menggeleng.
“Saya call dia tadi…tanya dia kemana tapi dia boleh ignore panggilan saya.” Adu Aisy, Amanda menahan senyum, bertuah sungguh budak itu.
“Dia ke Rumah Amal Sinar Harapan.” Ujar Amanda, Dahi Aisy berkerut.
“Rumah Amal Sinar Harapan?.” Amanda mengangguk.
“Kami dah lama jadi sukarelawan kat sana…sejak zaman universiti lagi. Setiap hujung minggu…kami akan kesana untuk mengajar anak-anak kat situ Cuma sejak kebelakangan ni…kami dah jarang kesana, ada masa terluang baru kami pergi.” Ujar Amanda, Aisy menarik nafas lega.
“Oklah awak boleh sambung kerja balik..thanks for that info.” Ujar Aisy sebelum berlalu, Amanda menggelengkan kepala, Nampak je garang tapi sebenarnya caring jugak.
“Kau ni Iman…memang suka menyusahkan akulah, tak pasal-pasal aku pulak yang kena explain.” Bebelnya sebelum melangkah pergi.

Jumaat, 3 April 2015

Tawanan Cinta 27



BAB 27

           
            Bunyi loceng pintu mengejutkan Iman dari tidurnya, dengan mata yang masih tertutup, dia bangun dan keluar menuju kearah pintu besar. Sempat dia mengintai melalui celah lubang kecil, mahu memastikan siapa gerangan yang mengganggu masa untuk dia bermimpi.
            ”Muka kau lagi...kau nak apa, kacau orang tidur je  lah.” Bebel Iman, pintu dibuka, pantas hidungnya ditarik kuat.
            ”Tidur apanya lagi...matahari dah lama naik, burung pun reti bangun awal tau. Ini subuh, solat ke tidak ni.” Marah Aisy, Iman mencemik.
            ”Orang tengah cuti-cuti Malaysia la.” Aisy tersenyum nipis sedangkan Iman, mukanya sudah merona merah.
            ”Manalah tahu...kau tu bukan boleh percaya sangat, kau kalau dah tidur...tidur mati.” Ejek Aisy, Iman mengacukan penumbuknya.
            ”Nah....” Aisy menghulurkan plastik berisi bungkusan makanan dan pantas disambut Iman dengan wajah yang terpinga-pinga, mamai lagi.
            ”Apa ni?.” Tanyanya bodoh, Aisy menggigit bibir, geram.
            ”Your breakfast la....mama kirim. Dia takut bakal menantu dia mati kebulur tak makan.” Ujar Aisy, Iman mengangkat keningnya.
            Manalah tahu...kot-kot bom ke.” Aisy terus menunjal dahi Iman membuatkan gadis itu terdorong sedikit kebelakang.
            ”Setakat nak suruh kau mati cepat, aku tak payah  nak hantar bom...cium je, gerenti kau terus gol.” Iman mengecilkan matanya, terus pintu ditutup, bergegar bunyinya, nyaris-nyaris batang hidung Aisy terkepit dicelah pintu.
            ”Hish dia ni....bukan reti nak berterima kasih, penat-penat aku berkejar kesini...kalau tahu tadi, baik aku sedekah dekat kucing....dapat jugak pahala.” Kepalanya digeleng berkali-kali sebelum melangkah pergi.



            Iman berpaling bila terdengar bunyi pintu ditolak, terjengul wajah Amanda dengan muka sembap tak cukup tidurnya. Garis hitam bawah matanya jelas kelihatan, namun diwajahnya masih terpancar rona-rona kegembiraan.
            Aku terserempak dengan Doktor Rayyan tadi, dia buat apa kat sini?.” Tanya Amanda.
            ”Hantar ni...” Ujar Iman sambil mengangkat plastik berisi bungkusan nasi lemak. Amanda tersenyum.
            ”Sayang jugak dia kat kau ya...sampai sanggup hantar breakfast pagi-pagi.” Iman mencemik, menyampah, sayang....ah, ini semua poyo.
            ”Mama yang kirim la...dia cuma tolong hantar je.” Ujar Iman, Amanda ketawa, dia melangkah menuju ke dapur.
            Iman menghulur sebungkus nasi lemak sebaik sahaja Amanda duduk, masing-masing diam tak berkutik, terlalu asyik menikmati sarapan pagi sehinggakan bunyi cicak berbual pun boleh didengari.
           



            ”Aisy....baru balik? Dah hantar breakfast pada Iman?.” Tanya Datin Munirah sebaik sahaja terpandang wajah anak terunanya. Aisy mengeluh,
            ”Mama ni...tak menyempat, kot ya pun bagilah Aisy duduk dulu, penat pun tak hilang lagi ni.” Ujar Aisy, Datin Munirah mencemik.
            ”Ala....kamu bukannya pergi hantar jalan kaki, naik kereta kan.” Sindir Datin Munirah. Aisy menghela nafas panjang.
            ”Memang la...tapi sekurang-kurangnya mama bagi lah Aisy duduk dulu, tarik nafas barulah tanya.” Ujar Aisy, Datin Munirah tersenyum.
            ”Yalah...tuan putera, silalah duduk, santap...” Gurau Datin Munirah sambil ketawa kecil.
            ”Teruk betul perangai cucu kesayangan nenek tu, tak reti berterima kasih langsung. Susah payah Aisy datang hantar sarapan untuk dia, jemput masuk pun tak...dah la tu...halau Aisy macam tu je.” Adu Aisy, Datin Munirah ketawa.
            ”Memang betul la kalau dia buat macam tu...memang patut pun.” Ujar Datin Munirah, Aisy mendengus.
            ”Hish mama ni....” Bahu Aisy ditepuk perlahan, lembut sentuhannya.
            ”Mama tak kata tindakan dia halau Aisy tu yang betul, mama cuma sokong tindakan Iman yang tak bagi Aisy masuk. Kamu dengan dia tu bukannya mahram, tak elok kalau orang pandang.” Ujar Datin Munirah, Aisy mengangguk, ada betulnya juga.
            ”Tapi sekurang-kurangnya...cakaplah terima kasih. Sejuk jugak hati...” Gomel Aisy perlahan, Datin Munirah tersenyum.
            ”Iman tu...walaupun dia tak cakap...mama tahu dia hargai apa yang Aisy buat untuk dia...Cuma dia tak nak tunjuk je.” Ujar Datin Munirah, Aisy mencemik...ialah tu.




            Iman menjinjing beg kertas dengan berhati-hati, bimbang jika makanan didalamnya tertumpah. Pandangan jururawat dikaunter pertanyaan langsung tidak diambil peduli, dia terus melangkah menuju ke bilik Aisy. Nafas panjang ditarik, pintu diketuk perlahan. Sebaik terdengar arahan masuk diberikan, Iman terus menolak pintu dan melangkah masuk.
            Aisy mengangkat keningnya, pelik dengan tingkah Iman yang tiba-tiba muncul dengan pakaian santainya. Seingat dia, gadis itu Cuma on call saja hari ini. Iman berlagak selamba, meja kerja Aisy dihampiri, beg kertas ditangan diletakkan diatas meja lalu disorong kearah Aisy.
            ”Apa yang kau bawa ni?.” Tanya Aisy, Iman menggaru kepalanya, macam mana dia nak cakap ni.
            ”Hello...aku tanya ni, jawablah.” Ujar Aisy, dia memeluk tubuh, menanti jawapan Iman.
            ”Alamak...takkan aku nak cakap yang aku bawa bekal untuk dia...hish, bantai kena gelak aku ni.” Bisik Hati Iman, bibirnya digigit.
            ”Doktor Nur Iman Qaisara...aku bercakap dengan kau ni, boleh tak tolong bagi respon sikit...jawab.” Ujar Aisy lagi, Iman masih mendiamkan diri, berfikir.
            ”Argh...gasak lah, dia nak gelak ke apa, janji niat aku baik.” Hatinya berbisik, dia berdehem, perlahan-lahan butir bicaranya terkeluar.
            ”Tu sebagai tanda terima kasih aku pada kau sebab bawakan sarapan....pagi tadi.” Ujar Iman, wajah Aisy langsung tidak dipandang, malu weh. Aisy menyimpul senyum dalam diam, bekas berisi makanan dikeluarkan dari beg kertas.
            Buntang matanya bila terpandang lauk-pauk yang dibawa Iman, lengkap segala nutrisinya. Ikan kerisi goreng, sayur kacang buncis goreng, sotong masak merah dan tumis serai ikan selayang, ditambah dengan hirisan buah betik sebagai pencuci mulut.
            ”Kau masak semua ni?.” Tanya Aisy, macam tak percaya. Iman tersenyum sinis.
            ”Tak lah...minachi sebelah rumah yang masak, aku tolong bawa je.” Aisy ketawa kecil, sayang jugak rupanya.
            ”Kau tak campur ubat pengasihkan dalam ni?.” Usik Aisy, Iman buat-buat ketawa.
            ”Bukan setakat ubat pengasih, semua jenis racun aku campur...racun tikus, racun rumpai...peluntur kain dengan ubat semut sekali...nanti kalau kau makan, agak-agak rasa dia lain sikit, jangan tanyalah kenapa ya.” Aisy ketawa lagi, gadis ini kalau bab loyar buruknya...memang no.1.
            ”Thank you..” Ucap Aisy, ikhlas, Iman sekadar mengangguk.
            ”Nanti dah habis makan...bekas tu bagi pada Amanda.” Ujar Iman seraya bangun.
            ”Nak balik dah?.” Tanya Aisy, Iman berpaling.
            ”Balik la...nak tunggu buat apa lagi.” Dengus Iman, Aisy mengangkat keningnya,
            ”Tak nak temankan aku makan?.” Tanya Aisy, Iman menjelirkan lidahnya.
            ”Balik rumah sambung tengok drama Korea lagi bagus...” Ujarnya, langkah kakinya terus diatur menuju ke pintu.
            ”Makan tu jangan lupa baca bismilllah...kan tercekik susah pulak, tak pasal-pasal si guli tu jadi janda muda nanti.” Ujar Iman, mengingatkan sebelum menutup pintu dan beredar. Aisy menggelengkan kepalanya, sempat lagi gadis itu mengenakan dia tapi dia gembira, dalam garang Iman...masih terselit sikap lembut hati yang menyenangkan.


Semerbak harum bau masakan Iman terus-terusan membangkitkan seleranya, buku ditutup dan ditolak ke tepi. Beg kertas diangkat lalu dibawa ke meja kopi, sempat tangannya mencapai botol air mineral yang sudah tersedia ada. Makan tengahhari itu dinikmati dengan ukiran senyuman yang memikat hati.





            Iman mengetuk kepalanya beberapa kali, jin apalah agaknya yang merasuk dia hari ini sampaikan dia terlebih rajin memasak dan menyediakan bekal untuk lelaki itu, sedangkan sebelum ini, nak tengok dia masuk dapur pun seminggu sekali  pun susah, itu kalau dia rajin, selalunya kak Yanalah yang jadi masterchefnya.
            ”Comfirm si jerangkung tu gelakkan aku sampai pagi esok. Sengal lah kau ni Iman.” Kutuk hatinya, Iman menekup muka, rasa macam nak masuk dalam peti mayat tak nak keluar-keluar, malunya.
            ”Sara...Sara...” Iman berpaling, dahinya ditepuk. Wajah Karina yang ceria sikit dari mayat dipandang tanpa perasaan.
            ”Apahal?.” Tanyanya acuh tak acuh.
            ”Kau buat apa kat sini, bukan kau off day ke?.” Tanya Karina, Iman mengangguk.
            ”Habis tu buat apa datang?.” Tanyanya lagi, Iman mendesis.
            ”Suka hati akulah...kau ada masalah ke?.” Tanya Iman pula, keningnya diangkat. Karina mendengus.
            ”Entah-entah kau datang nak jumpa doktor Rayyan...tak.” Teka Karina, Iman tersenyum sinis.
            ”Aku datang jumpa siapa pun.....yang kau nak sibuk kenapa, ada aku susahkan kau ke?. Tanya Iman, tajam matanya merenung wajah Karina membuatkan gadis itu merona merah menahan marah.
            ”Dah la...malas aku nak layan kau, balik sambung tidur lagi syok la.” Ujar Iman, terus saja dia melangkah tanpa mempedulikan gadis itu sambil mulutnya tidak henti-henti membebel.
            Amanda berhenti menulis, pertanyaan Aiman bernar-benar membuatkan dia terkarisma seketika. Air liur ditelan, bagaimana dia hendak menjawab soalan yang agak susah untuk dia terangkan jawapannya. Wajah lelaki itu yang sedang menanti jawapan dipandang.
            ”Errr...aku rasa lebih baik kalau kau tanya dia sendiri, aku tak tahu macam mana nak jawab.” Ujar Amanda, dahi Aiman berkerut,
            ”La...kau kan kawan baik dia, takkan kau tak tahu dia dah ada teman lelaki ke tak.” Tanya Aiman, Amanda menggaru kepalanya yang tidak gatal.
            ”Memang la aku kawan baik dia tapi tak semua hal peribadi dia aku tahu. Aku rasa lebih baik kalau kau tanya dia sendiri.” Ujar Amanda, cuba mengelak, Aiman mendengus.
            ”Susahlah kau ni...nak jawab soalan senang pun tak boleh.” Rungut Aiman, Amanda mencemik.
            ”Aku tak boleh jawab soalan yang aku sendiri tak pasti jawapannya. Nanti kalau aku kata dia tak ada boyfriend...tiba-tiba boyfriend dia muncul, apa aku nak jawab dan kalau aku kata dia dah ada boyfriend, tapi sebenarnya tak ada...kau kata aku menipu pulak...jadi adalah lebih baik kalau aku biar dia sendiri yang jawab.” Ujar Amanda dengan senyum simpulnya, Aiman mengangguk.
            ”Betul jugak cakap kau...lebih senang kalau dia sendiri yang jawab, kan.” Ujar Aiman, Amanda pantas mengangguk.
            ”Oklah...aku blah dulu...jumpa kau nanti.” Ujar Aiman sebelum melangkah pergi, Amanda sekadar mengangguk, nafas lega dihela.
            ”Doktor Amanda...” Tegur Aisy, Amanda tersentak.
            ”Doktor Rayyan..” Air liur ditelan,
”Bila masa pulak dia ni muncul, tup-tup dah tercongok kat depan mata, hish dia dengar ke? aduh masalah ni.” Bisik hati Amanda.
            ”Kenapa dengan doktor Aiman tu, saya dengar dia sebut nama Iman tadi.” Tanya Aisy, curiga. Amanda menggigit bibir, memang sah dia dengar.
            ”Oh...tak ada apa-apalah doktor.” Ujar Amanda, cuba mengelak  untuk berbicara tentang hal tadi. Aisy  mengangkat keningnya, pandangan matanya saja sudah cukup membuatkan hati Amanda kecut macam buah kismis.
            ”Dia tanya saya kalau-kalau Iman ada boyfriend.” Ujar Amanda, mengalah akhirnya. Aisy tersentak.
            ”Untuk apa?.” Tanyanya, keras. Amanda mengangkat bahu.
            ”Nak try pikat Iman la kot.” Ujarnya perlahan. Aisy membulatkan matanya, pikat Iman....no way.
            ”Awak jawab apa?.” Tanyanya lagi, ingin tahu.
            ”Saya suruh dia tanya Iman sendiri.” Ujar Amanda, Aisy mengetap bibir. Kalau ditanya budak tu, memang sah la dia jawab tak ada...hish, tak boleh jadi ni.
            ”Lain kali kalau dia tanya soalan yang sama lagi pasal Iman, awak jawab je...kawan baik awak tu, bakal dijodohkan dengan pilihan keluarga.” Ujar Aisy, mematikan pertanyaan. Amanda melopong, serius.
            ”Ok?.” Tanya Aisy, Amanda mengangguk, apa lagi yang dia nak kata. Aisy tersenyum mengangguk.
            ”Oh ya...Iman suruh saya bagi bekas makanan ni pada awak.” Ujarnya seraya menghulurkan beg kertas berisi bekas makanan kosong dan pantas disambut Amanda, sempat dia menjenguk kedalam beg kertas, patutlah rajin benor budak Iman tu memasak hari ini, rupanya ada udang disebalik spegetti.
            ”Eleh...sayang tapi tak nak mengaku...bencilah konon, rupanya dalam hati ada taman.” Bisik Amanda perlahan sebaik sahaja kelibat Aisy menghilang. Dia kembali menyambung kerjanya, tak sabar nak balik mengusik gadis itu.