BAB 25
Aisy berhenti menyuap, wajahnya diangkat memandang wajah
Yuli. Gelas minuman dicapai sebelum airnya diteguk. Tisu yang tersedia
disebelahnya diambil lalu mulutnya dikesat. Kenapalah pagi-pagi begini gadis
itu suka sangat mematahkan moodnya.
“U cakap apa tadi?.” Tanya Aisy, kurang jelas. Yuli
mengeluh. Nampak sangat lelaki itu tidak memberi perhatian.
“I Tanya…bila lagi u nak suruh keluarga u hantar
rombongan meminang. Papa dan mama I dah sibuk bertanya, I tak tahu nak bagi
alasan apa lagi pada mereka.” Ujar Yuli, geram. Aisy mengeluh.
“Sabar sikit boleh…I tengah cuba pujuk keluarga I la ni,
u pun tahukan mereka tu macam mana.” Ujar Aisy, meminta Yuli memahami
keadaannya.
“Diaorang tu tak habis-habis lagi ke nak suruh u kawin
dengan budak sengal tu.” Tanya Yuli, Aisy tersenyum hambar, mereka takkan habis
dan takkan pernah habis selagi tak lihat dia dan Iman bersatu.
“U kenalah pandai ambil hati diaorang tu, terutamanya
nenek I. Kalau u Berjaya, jangan kata mereka nak datang meminang, silap-silap
terus bawa rombongan bertunang.” Ujar Aisy, memujuk. Yuli ketawa kecil.
“Tak adalah sampai macam tu, keluarga I Cuma nak suruh keluarga
u datang hantar tanda supaya senang diaorang nak tolak kalau ada pinangan dari
orang lain.” Ujar Yuli, Aisy mengangguk.
“I tengah usaha ni…u sabar ya.” Pujuk Aisy, Yuli
mengangguk malas.
“Tapi jangan lama sangat, takut nanti keluarga I terima
pinangan dari orang lain pulak.” Ujar Yuli, bimbang. Aisy sekadar mengangguk
sebelum menyambung makannya.
Fikiran Aisy melayang jauh, dia sendiri sudah tidak tahu
bagaimana hendak meyakinkan keluarganya terutama sekali neneknya yang dia dan
Iman takkan serasi bersama.
Iman tersenyum sendiri, nasi lemak didalam pinggannya
hanya sedikit sahaja yang luak, selebihnya dia
lebih banyak menguis. Amanda
berhenti menyuap, Iman yang termenung jauh dipandangnya hairan.
“Kau ni gila ke apa senyum sorang-sorang.” Tegur Amanda.
Iman mencemik.
“Tadikan aku lalu kat bilik baby tau…Ya Allah…comel
giler, rasa nak picit-picit je pipi diaorang, geram sangat.” Ujar Iman, air
mukanya ceria.
“Dah namanya baby…mestilah comel, pernah ke kau tengok
baby tak comel.” Ujar Amanda, Iman menjelirkan lidahnya, geram pulak mendengar
kata-kata Amanda.
“Aku dah boleh bayangkan, anak aku nanti mesti lagi
comel…mewarisi kecantikan aku dan ketampanan daddy dia.” Ujar Iman, nak jugak
puji diri sendiri. Dia tersenyum, mula memasang angan-angan. Amanda mengangguk.
“Aku pun dah boleh bayangkan, anak korang mesti comel
giler….siap ada lesung pipit macam kau lagi dan ditambah dengan kekacakan daddy
dia yang muka macam John Loyd Cruz tu…peh, memang boleh jadi juara pertandingan
baby tercomel lah.” Ujar Amanda, Iman memandang gadis itu tajam.
“Hei…hei…siapa kata muka anak aku macam si jerangkung
tu, tolong sikit yek…muka dia macam Junjin tau…diulang sekali lagi, JUNJIN…”
Ujar Iman, membetulkan kesilapan Amanda.
“Hello…” Amanda melambai tangan,
“Aku tak sebut nama Doktor Rayyan pun…aku kata John Loyd
Cruz...” Ujar Amanda, dia tersenyum.
“Sama la tu…” Ujar Iman tak puas hati, apa yang
salahnya.
“Ha…kiranya kau mengaku la jugak yang muka dia tu macam
John Loyd Cruz.” Ujar Amanda, jarinya dihala kearah Iman, pantas gadis itu
menepis.
“No komen...” Ujar Iman selamba membuatkan Amanda ketawa
besar, malulah tu kantoi.
“Dah la…cepat makan.” Amanda cepat-cepat menghabiskan
sarapannya bila melihat Iman menolak pinggannya ketepi. Selesai bersarapan,
mereka beredar.
“Kau free tak malam
ni?.” Tanya Aiman, wajah Iman berkerut.
“Kenapa…nak ajak
aku keluar?.” Tanya Iman, Aiman mengangguk.
“Aku nak belanja
kau tengok wayang and makan-makan.” Ujar Aiman, Iman terdiam seketika,
berfikir.
“Rasanya aku free
malam ni, Amanda keluar dengan boyfriend dia….kakak dengan abang ipar aku
keluar negara.” Ujar Iman, Aiman sudah tersenyum lebar, ada peluanglah dia.
“Khairil dengan
Badrul pun ikut sekali?.” Tanya Iman, Aiman pantas menggeleng.
“Diaorang kerja
shif malam hari ni…tak boleh join kita.” Ujar Aiman, Iman mengeluh,
“Jadi kita berdua
jelah.”
“Ala..sesekali, apa
salahnya kita dating berdua.” Iman ketawa dan mengangguk, tak salah rasanya dia
menerima pelawaan lelaki itu, selagi belum terikat…haruslah dia bebas.
“Kalau macam tu,
aku jemput kau kat rumah.” Iman menggeleng,
“Kita jumpa kat
luar jelah, kau bagitau je kat mana nak jumpa.” Ujar Iman, Aiman menggeleng.
“Tak gentleman la
kalau macam ni.” Ujarnya, Iman mencemik.
“Tak payah nak
gentleman-gentleman sangat la dengan aku…geli tau tak.” Ujar Iman, dada lelaki
itu ditumbuk lembut. Aiman ketawa,
“Oklah…nanti aku
message kau.” Ujar Aiman sebelum meminta diri, Iman sekadar mengangguk, dia
mencapai buku laporan, masa untuk lawatan tapak.
Aisy memeluk tubuh,
dia bersandar didinding, perbualan antara dua insan itu begitu menarik
perhatiannya sehinggakan api cemburunya marak menyala, bibir digigit lembut,
haruskah dia biarkan semua itu berlaku sedangkan dia ada hak untuk
menghalangnya.
“Jangan haraplah
kau nak bebas keluar dengan orang lain. Masa kau Cuma untuk aku je.” Bisiknya
perlahan, dia mengangguk, handphone dikeluarkan dari poket seluarnya, nombor
Iman didail.
Iman berjalan melenggang, lambat-lambat dia menapak
menghampiri bilik Aisy yang terletak dihujung koridor. Dia mengeluh, tag nama
yang tertampal dipintu dipandang sepi, dia mengeluh sebelum pintu itu diketuk
perlahan. Sebaik terdengar arahan masuk diberikan, dia menolak daun pintu
kedalam, meja Aisy dihampiri.
“Apa hal panggil aku?.” Tanya Iman malas. Aisy terdiam,
langsung tidak menjawab malah kepalanya juga tidak diangkat, dia asyik dengan
kerjanya. Iman mengeluh, ini yang buat dia angin, si jerangkung ni memang
sengaja hendak mencabar kesabarannya, sengaja nak mengajak dia bergaduh.
“Doktor Aisy Rayyan Ziqry…kau kalau tak ada benda nak
cakap, jangan panggil aku masuk bilik kau. Aku ada banyak lagi kerja lain nak
buat, tak ada masa nak duduk percuma mengadap muka kau.” Omel Iman, geram. Meja
lelaki itu ditepuk kuat.
Aisy berhenti menulis, serentak kepalanya diangkat
memandang wajah kelat Iman dengan pandangan yang tajam.
“Doktor Nur Iman Qaisara….kau ingat aku nak sangat
tengok muka kau yang macam tenuk tu, aku pun ada banyak kerja lain nak buat
la.” Bentak Aisy, Iman mengetap bibir.
“Dah tu buat apa panggil, kalau dah tahu kau tu ada
banyak kerja nak buat…ke kau rindu nak tengok muka aku…tu yang suruh aku masuk
jumpa kau.” Ujar Iman, sengaja nak buat lelaki itu muntah hijau.
“Jangan nak perasan….muka tenuk kau tu, babun je yang
ada selera nak tengok.” Ujar Aisy, tersenyum sinis. Iman mencemik,
“Memang la…sebab kau yang jadi babunnya.” Bisik Iman
perlahan namun jelas. Aisy meletakkan pen ditangan, kasar. Dia berpusing
kebelakang, sebeban kertas kerja diangkat lalu diletakkan dihadapan Iman sambil
melemparkan senyum sumbing.
“Selesaikan yang ini.” Arah Aisy. Iman membulatkan mata,
mulutnya ternganga. Gila, nak dia siapkan semua…banyak tu.
“Ni??semua??.” Tanya Iman inginkan kepastian,
takut-takut la dia tersalah dengar ke apa. Aisy mengangguk,
“By the end of the day.” Tambahnya lagi. Rahang Iman
jatuh lagi, buat kali yang kedua. Wajah Aisy dipandang tak berkelip.
“By the end of the day…maknanya tak sampai 4 jam je lagi
sebelum bulan naik.” Muka Iman berkerut, mana sempat.
“Emmm…esok je tak boleh?.” Tanya Iman, cuba tawar-menawar,
kot-kot la lelaki itu termakan pujuk rayunya. Aisy menggeleng, pantas.
“Today.” Ujarnya menolak, Iman mengeluh, perlahan-lahan
timbunan kertas yang berat setinggi gunung Kinabalu itu diangkat.
“Nak kemana pulak tu?.” Tegur Aisy, Iman berhenti
melangkah, dia berpaling.
“Nak keluarlah, siapkan kerja.” Ujarnya masam. Aisy
tersenyum sinis, tangannya disilang kedada.
“Ada ke aku suruh keluar?.” Dahi Iman berkerut.
“Dah tu kalau aku tak keluar, macam mana aku nak siapkan
kerja ni.” Iman mengetap gigi, sakit hati pulak rasanya.
“Aku suruh siapkan kerja…bukan suruh keluar.” Ujar Aisy,
selamba. Iman mengangkat kening, mendalam maksud tu.
“Takkan la kau nak aku buat kerja ni kat sini…dalam
bilik kau.” Aisy tersengih, Iman mati akal, Nampak gayanya perderaan emosinya
bakal bermula. Kepalanya ditunduk, perlahan-lahan dia bergerak kearah sofa,
dalam hati mulalah nak menyumpah seranah lelaki itu, tak ada hati perut
langsung.
Aisy tersenyum, sembunyi, melihat gelagat Iman yang
macam cicak kepanasan membuatkan dia terasa hendak ketawa, serba tak kena
dibuatnya. Dia tahu gadis itu sedang memprotes dalam diam. Bukan dia tak kenal
dengan perangai Iman Cuma dia sengaja buat tak tahu, malas nak ambil pusing.
Sesekali, gadis itu perlu diajar.
“Buat kerja tu biar ikhlas. Kalau mulut tu asyik
terkumit-kumit membebel macam mak nenek, macam mana nak dapat berkat.” Ujar
Aisy, Iman mendengus.
“Ada aku kisah, mulut aku…suka hati aku la.” Bebel Iman
perlahan, jari-jemarinya masih ligat menari diatas helaian kertas.
“Memang la mulut kau…kalau mulut orang lain, dah lama
kena simen.” Ujar Aisy, Iman mengetap bibir, buku rujukan yang setebal kamus
dihempas kuat, biar runtuh meja kopi si jerangkung ni.
“Buku tu ilmu….marah-marah macam tu, tak melekat ilmu tu
dalam kepala…nanti sia-sia je gelaran doktor tu.” Ujar Aisy lagi, Iman berhenti
menulis, Aisy dipandangnya macam hendak dimakan.
“Mulut kau tu diam boleh tak…kan tak pasal-pasal, aku
suruh kau kunyah buku ni semua.” Sudahlah rancangannya hendak keluar dengan
Aiman gagal dan lelaki ini pulak sengaja hendak menambah kesengsaraannya. Aisy
ketawa,
“Doktor Nur Iman Qaisara…kau, bila marah sebijik macam
muka mak lampir yang baru lepas jatuh longkang…bukan buat orang takut, tapi
makin nak gelak.” Sepantas kilat, sebiji buku melayang tepat mengenai muka
Aisy, nasib baik dia sempat mengelak, kalau tidak patah tulang hidungnya.
“Amboi..gurau kasar.” Ujar Aisy, Iman menutup
telinganya, serabut kepalanya asyik mendengar celoteh Aisy.
“Diam lah…” Jerit Iman, kuat. Aisy ketawa lagi, sikitpun dia tidak marah dengan perlakuan
gadis itu asalkan budak tiga suku itu ada depan matanya. Tangan diangkat tanda
dia menyerah, tak mahu menganggu kerja Iman lagi.
Iman mengeliat membetulkan pinggangnya yang lenguh,
bersimpul habis urat sarafnya gara-gara tugasan yang diberikan Aisy. Buku
ditutup sebelum disusun kemas, kepalanya diangkat, memandang kearah meja Aisy.
“Hampeh punya orang, aku duk sibuk-sibuk siapkan
kerja....kau boleh hilang pulak tinggalkan aku.” Omel Iman, geram. Jam ditangan
direnung, sudah menginjak pukul 9.00 malam. Buku-buku rujukan yang bersepah
diatas meja dibiarkan, tak kuasa dia nak tolong mengemas.
“Pandai-pandai lah
kau jerangkung kemas sendiri....aku dah tolong siapkan kerja ni pun dah kira
bagus.” Ujar Iman, beg sandangnya diangkat lalu disangkut kebahu sebelum
kakinya melangkah keluar dari ruang pejabat Aisy.
Sebaik sahaja Iman menghilang, Aisy muncul dengan semug
milo panas dan sepiring biskut, prihatin juga dia dengan kebajikan Iman.
“Aikk...mana pulak budak tiga suku ni
hilang. Rasanya masa aku tinggalkan dia tadi, dia masih tercongok kat sofa.
Cepat sangat hilang, takkan dah kena culik kot.” Handphone dikeluarkan dari
poket seluar, nombor Iman didail.
”Kau
kat mana?.” Tanya Aisy.
”Kat
bawah...kenapa?.” Tanya Iman pula.
”Dah
nak balik?.” Tanya Aisy lagi.
”Dah
tu...takkan nak suruh aku tidur kat sini.” Ujar Iman, kasar bunyinya. Aisy
ketawa, masih marah la tu.
”Tak
adalah...ingatkan kau dah kena culik dengan makhluk asing ke apa, takut jugak
aku.” Ujar Aisy, Iman buat-buat ketawa.
”Tak
payah nak tunjuk yang kau tu prihatin sangat la, geli urat perut aku.” Ujar
Iman, giliran Aisy pulak ketawa.
”Aku
takut kalau nenek tanya je, susah aku nak jawab nanti.” Balas Aisy, Iman
mendengus,
”Dah
la...aku nak balik ni, buang masa aku je layan kau.” Ujar Iman, sebelum
memutuskan perbualan mereka.
”Kalau
ya pun...tak payah la lekatkan handphone tu kat telinga lagi, cakap depan-depan
je kan senang”. Ujar Aisy mengejutkan Iman, pantas gadis itu berpaling.
”Kurang
asam punya jerangkung, asal kau tak cakap awal-awal yang kau dah ada kat
bawah....eeee, aku bunuh jugak kau ni karang.” Marah Iman, kaki Aisy terus
disepak kuat. Patutlah semua orang kat lobi ni pandang dia semacam je, siap
senyum lagi, rupanya mangkuk seekor ni dah tercongok dibelakangnya.
”Jangan
nak salahkan aku...kau tu yang tak prihatin dengan keadaan sekeliling.” Balas
Aisy, geram, dahi Iman ditunjal sekuat hati, kalau boleh biar patah tulang
lehernya.
”Jom
aku hantar kau balik, karang kalau dibiar sorang-sorang, dibawa lari dek cik
Cong pulak.” Ujar Aisy, tangan Iman dicapai lalu digenggam sebelum diheret
keluar menuju ke keretanya.
”Cik
Cong tu siapa pulak...girlfriend baru kau?.” Tanya Iman, Aisy ketawa,
”Encik
Pocong...kawan kaulah.” Iman mengetap giginya, aduh sakitnya hati, dadanya
dipukul lembut berkali-kali.
”Lapar tak...kalau lapar, kita pergi makan
dulu sebelum balik.” Saran Aisy, Iman cepat-cepat mengangguk, memang dia
betul-betul lapar, tengahhari tadi dia hanya menjamah sedikit saja nasi. Enjin
kereta dihidupkan, Aisy terus memecut keluar dari perkarangan hospital menuju
kearah pusat bandar.
”Baru
balik dating ke?.” Tegur Amanda sebaik sahaja Iman melangkah masuk. Pantas
gadis itu mendengus, marah.
”Banyak
la kau punya dating...kau tak tahu aku kena dera teruk hari ni.” Ujar Iman,
punggungnya dihenyak diatas sofa, gelas air milik Amanda dicapai lalu diteguk
habis, sekali nafas, hish...tak senonoh, entah-entah bismillah pun tak baca.
”Siapa
yang dera kau?.” Tanya Amanda terkejut, sungguh dia tidak tahu.
”Si
jerangkung tu la, suruh aku siapkan kerja sebelum matahari terbenam...ada ke
patut, dah la tinggi menggunung....bagi masa ciput je.” Adu Iman, Amanda
ketawa.
”Patutlah
masa aku call kau tadi, dia yang angkat.” Ujar Amanda, Iman mengangkat
keningnya.
”Kau
call aku?.” Tanya Iman, Amanda mengangguk.
”Mangkuk
ayun punya manusia, dia tak cakap pun kat aku yang kau ada call.” Ujar Iman,
tak puas hati, sofa ditumbuk kuat.
”Dia
cakap apa dengan kau?.” Tanya Iman lagi, masih tak berpuas hati bila Aisy
melanggar privasinya.
”Dia suruh aku balik dulu, katanya kau kena
temankan dia siapkan kerja.” Ujar Amanda, lagilah Iman menyinga, pantas lengan Amanda ditarik sebelum
digigit.
”Sakit
la....” Marah Amanda, kepala Iman ditolak menjauh.
”Yang
kau pergi dengar cakap dia tu kenapa, sengal la kau ni.” Omel Iman geram,
lengan Amanda yang sudah berbekas dengan kesan gigitannya digosok lembut.
”Dah tu nak suruh aku pergi rempuh masuk
bilik dia semata-mata nak selamatkan kau.” Ujar Amanda, Iman mengangguk.
”Gila
kau...tak pasal-pasal aku kena tindakan tatatertib.” Ujar Amanda, Iman ketawa.
”At least kawan baik baik kau ni
terselamat.” Amanda mencemik, mereng betul otak budak sekor ni.
”Dah...pergi
mandi, busuk.” Tubuh Iman ditolak,
”Ooo...busuk yer..”
Ujar Iman, dia tersengih pantas digeselkan tubuhnya ke tubuh Amanda sebelum melarikan
diri tatkala jeritan gadis itu memecah kesunyian rumah mereka.